Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Saturday, May 18, 2013

Kerang rebus

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum.....
Selamat malam semua...........
 
Malam ni rasa malas pulak nak cooking-mooking hehehe.....
Satu hari shada menghabiskan masa dengan mengupdate resepi dan blog,kerana minggu depan shada sudah sibuk dengan tempahan dari beberapa kedai yang membeli crunchy penuts dalam kuantiti yang banyak
 
Shada mengambil peluang untuk mengemaskini resepi dan blog bagi senang untuk shada menjalankan tugasan harian seperti biasa.Emmmm blog ni dah lama bersawang kerana tuannya....asyik bz dengan rutin harian.Bagi tidak menghampakan kawan-kawan yang sudi singgah untuk koleksi resepi, shada membuat sedikit perubahan dan suasana yang baru bagi nampak menarik dan kemas lagi blog ini.
 
Oleh kerana malas nak masak...malam ni shada just buat kerang rebus dengan sosej bakar.Kerang rebus ni selain dimakan begitu saja...ia juga boleh dimakan bersama nasi.Oleh kerana utk makan malam shada tidak makan nasi atau makanan berat,jadi shada sekeluarga makan begitu sahaja.
 

KERANG REBUS

BAHAN A :

21/2 Cawan kerang
2 Batang serai - Diketuk
1 Helai daun kunyit - Disiak2
1 Sudu teh garam
Air secukupnya utk merebus

BAHAN B (SOS) : DIKISAR

1 Sudu makan jus limau nipis
4 Sudu makan kicap , 1 Biji tomato
2 Biji cili api , 2 Ulas bawang putih

CARANYA :

1 - Bersihkan kerang dan rebus dengan serai,daun kunyit dan garam secukup rasa.
2 - Sudah masak,angkat dan ketepikan.
3 - Untuk membuat sos campur semua bahan B dan kisar.
4 - Sesuaikan rasa masam masin manis dan hidangkan bersama kerang rebus tadi.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...