Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Tuesday, March 29, 2011

Kari kambing mamak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


KARI KAMBING MAMAK

BAHAN2 :
 
1 Kg daging kambing - Potong kecil
4 Biji ubi kentang - Potong kecil
4 Tangkai daun kari
2 Biji cili merah - Belah 2
50 Ml santan
100 Ml air asam jawa
500 Ml air
 
BAHAN REMPAH :
 
1 Sudu kecil serbuk ketumbar
1 Sudu kecil serbuk jintan manis
1 Sudu kecil serbuk lada sulah
3 Sudu makan kari daging
1 Sudu makan serbuk cili
 
BAHAN TUMIS :
 
4 Cm kulit kayu manis
2 Kuntum bunga lawang
3 Biji buah pelaga
4 Biji bunga cengkih
 
BAHAN KISAR :
 
4 Ulas bawang putih
2 labu bawang besar
3 Cm halia
 
CARANYA :
 
1 - Tumis bahan kisar dengan bahan tumis hingga naik bau.Masukkan daun kari dan bahan rempah,tumis hingga garing
2 - Masukkan santan dan daging kambing.Masukkan air dan air asam jawa
3 - Reneh hingga daging empuk.Tambahkan garam gula secukupnya dan masukkan ubi kentang dan cili
4 - Bila ubi sudah empuk bolehlah dihidangkan

Sunday, March 20, 2011

CuTi CuIt BuKiT TiNgGi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

BUKIT TINGGI

Actually sebelum ni, Shada tak pernah tahu pun pasal Bukit Tinggi ni walaupun duk berulang ikut Highway Karak bila time balik kampong. 'bukit tinggi' mungkin translation daripada perkataan 'highland'. So, Shada pikir mungkin Genting Sepah. Rupanya bukan... Ahaks! Malu.. malu..


Tanggal 18 March 2011 tepat jam 8.30pm kami tiba di Bukit Tinggi dengan kepenatan pulang dari Tasik Kenyir panjat bukit pulak huhuhu....Pusing punya pusing sampailah akhirnya di sebuah tempat Colmar Tropicale is a replica of a collection of buildings from a north-eastern village in France dating back to the 16th Century.The French themed resort was opened in July 2000. Feels like we are not in Malaysia. Cam kat oversea ler pulak. It's surrounded by lush tropical forest land. A clock tower at the entrance welcomes the visitors. You need to walk up (and down) curvy concrete staircases to view the entire development. How much it cost? About RM400 for one night. Masa kitorang pergi got offer 20%. So RM320.

Tapi setelah pergi dan bermalam di sana, Shada tahu mengapa tak register tempat ni sebagai salah satu dari destinasi 'cuti-cuti malaysia'. Ternyata cakap2 orang takde apa yang menarik sangat di sini rupanya sebaliknya bagi kami sekeluarga. Walaupun satu-satunya yang menjadi daya penarik adalah rekabentuk hotel dan 2 tempat lawatan yang ada di sini adalah Rabbit's Farm, Japanese Tea House dan Botanical Garden.Kami amat berpuas hati kerana dapat meluangkan masa bersama disamping pengalaman yg baru.

Kitaorang cuma pergi kat Rabbit's Farm dengan Japanese Tea House. Botanical Garden tu memang x sempat nok pegi. How does the Rabbit's Farm looks like? ermm.. Bayangkan satu tanah lapang yang dipagar dan dilepaskan beberapa puluh ekor arnab, dan pengunjung boleh bagi makan. Makan apa, Yer.. sila beli dedak kat kaunter. RM3 satu packet. Senang betul diorang bela arnab! makanan pun orang belikan! And most of them tak makan sangat pun, sebab 24hours mengadap pengunjung yang sua makanan gamaknya.


The Japanese Village is located at 3,500 feet above sea level. The first of its kind outside Japan. It encompasses a Japanese Tea House, Sakura and Ume Tatami Suites, and a Botanical Garden. An hour long authentic Japanese Tea Ceremony conducted by Kimono clad ladies can be observed at the Japanese Tea House located within a Japanese garden with mini waterfalls and a pond of multi-coloured Koi. But the thing is... If you want to try the japanese tea, make sure came at lease 1 hour early. Sebab nak pakai kimono tu jer dah makan 30 minit. Ni pun bukan free, kena bayar RM20 per person.Kalau tak nak, jenguk-jenguk dari luar jer la.

Saturday, March 19, 2011

HoLiDaY At TaSiK KeNyIr

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

TASIK KENYIR

Pengalaman bercuti di Tasik Kenyir amat menggembirakan. Ingin Shada kongsi bersama kawan2 semua bagaimana keindahan alam di negeri Terengganu ini.

Kami sekeluarga mula bertolak dari Putrajaya sekitar jam 12.30 am 17 March 2011 menggunakan kereta Myvi. My noty boy, Hamirul terus melelapkan matanya sebaik sahaja menaiki kereta. Tak tahan ngantuk dah dia.

Tepat jam 5.30 am kami pun berhenti di Masjid Bandar Al Muktafi Billah untuk menunaikan solat Asar. Terasa keletihan yang teramat sangat. Kemudian Shada cuba menghubungi penyelia yang akan arrange penginapan dan transport ke Lake Kenyir Resort '& Spa tapi malangnya tiada jawapan. Kemudian kami berehat sebentar di persimpangan Ajil untuk makan tengah hari.Mak aiii murahnya luch  ja dah RM13 untuk 3 org tu pun nasi goreng pattaya wif sirap ais,nasi goreng daging merah wif tea and nasi goreng ayam goreng kunyit wif sirap ais. Hm makanannya pun sedap berbanding kat putrajaya hehehe,yang pasti sesiapa singgah kat sini berbaloi...

Sekitar jam 7.00pm kami pun sampai la di  Tasik Kenyir. Mohon pertolongan dari pakcik2 yang ada kat situ untuk call penyelia tersebut. Akhirnya dapat jugala penyelia tu menghubungi kami. Penyelia tu maklumkan yang kami perlu menunggu seketika dekat pondok perhentian sebelum tren pick up.Tepat jam 7.30pm tren sampai dan membawa kami ke hotel,terkejut beruk dibuatnya patutla mahal kat Lake Kenyir Resort '& Spa meme cantik dan penginapan jenis chale rupanya.

Selesai check in kami sempat di bawa pusing2 oleh pemandu tren sebelum hantar kebilik C304 hehehe. Agak menakutkan juga la masa nak naik bilik suasana sunyi sepi dalam hutan bersama dgn anak kecik ni kan tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar.20 minit rehat kami keluar menaiki tren menuju ke tempat makan malam.Lepas makan balik bilik dan solat Insyak semua landing time la zzzzzzzz terutamanya driver (my huny) sampai xsedar dunia.

Jam 6.30am  selesai solat Subuh kami berjalan2 ke tempat sarapan.Emmmmm boleh tahan la makanan kat sini.Dok lain dok buke nasi dagang menjadi pilihan kami sekeluarga untuk sarapan pagi.Kami sempat pusing2 sekitar hotel dan  Hi Tea sambil membaca sebelum menunggu tren pick up ke jeti.Tepat jam 9.45am kami dibawa ke jeti utk naik Boat pergi jln2 di Taman Herba.

Taman Herba terletak berhampiran dengan Pulau Sah Besar yang mana Rumah Penginapan Persekutuan terletak disini.Kami tidak membuat tempahan Rumah Persekutuan kerana sudah penuh di booking.Nak pergi ke Taman herba ni ada 2 kaedah pertama dengan menaiki kayak dengan kadar harga RM7 untuk double dan RM5 unutk single. Kaedah kedua adalah dengan melalui jambatan di kawasan banglo tersebut. Jadi kami yg menginap di Lake Kenyir terpaksa menaiki boat Rm 40/Per son masa yang diambil lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Taman Herba.Di Taman Herba kitaorg sempat mengambil gambar dan mimum air tongkat ali dan air kacip fatimah ori punya ooooo. Nak tau rasanya? Amat pahit sehingga xtertanggung rasanya.Yang menariknya Hamirul pun sempat habis satu cawan tongkat ali hihihi......

Penggembaraan seterusnya bermula jam 11.00 pagi 18 March 2011.Destinasi pilihan selepas Taman Herba adalah Air Terjun Saok.Tambang Boat tu x payah coz skali bayar utk jln2 di dua2 tempat ni.Kanak2 FOC hehehe harganya berbaloi-baloi......bila dapat lihat keindahan alam sekitar ni.

Sekali pandang memang menggerunkan, tapi melihat panorama air terjun di sini amat menarik. My huny terus salin baju nak mandi tapi baru je nak mandi tetiba lak hujan turun. So kitorg berteduh dulu di pondok berdekatan. Sempat juga la aku menidurkan Hamirul.5 minit kemudian, hujan pun mulai reda dan aku join my huny untuk menyambung mandi manda di air terjun tersebut. Tepat jam 1.30 petang Pemandu Pelancong pun datagmenjmeput kami pulang ke Lake Kenyir. Aktiviti petang adalah memancing, my huny siap cari cacing untuk buat umpan tp malangnya hujan turun dengan lebatnya sehingga jam 4.00 Petang.

Selesai je hujan dengan perut yang berkeroncong sempat lagi makan sebelum bertolak balik untuk ke destinasi seterusnya.Makan punya makan jam menghampiri pukul 4.30 my huny terus check up.Then kami pun berangkat pulang sebab nak singgah holiday kat Bukit tinggi lak. Dalam perjalanan sempat shopping keropok lekor,beratus gak la habis kat pasar Kampung sok tu. Tapi xpe skali skala ja kan.

Wednesday, March 16, 2011

Ayam Goreng Lemon

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




AYAM GORENG LEMON

BAHAN2 :
 
1 Mangkuk isi ayam - Potong dadu
1/2 Biji lemon - Diperah
1/2 Biji lemon - Dipotong bulat
Sedikit kulit lemon - Mayang memanjang
10 Tangkai cili kering - Dipotong
1 Biji telur - Dipukul dgn sedikit garam
4 Ulas bawang putih - Cincang
1/2 Inci halia - Dicincang
Sedikit daun ketumbar
Garam gula secukuprasa
Minyak
 
CARANYA :
 
1 - Perap ayam dengan kulit lemon dan sedikit garam sekurangnya selama 10 minit
2 - Panas minyak,celup ayam dlm telur dan goreng hingga kekuningan.Angkat toskan
3 - Untuk sos : Ambil sedikit minyak tadi,tumis bawang putih n halia hingga wangi.Masukkan cili kering,perah lemon dlmnya dan garam gula.
4 - Masukkan ayam tadi kacau sebati dan taburkan daun ketumbar.
  
 

Tuesday, March 15, 2011

Jala mas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


JALA MAS

BAHAN2 :
20 Biji telur itik - Kuning saja
1Kg gula pasir
500Ml air
1 Tangkai daun pandan
CARANYA :
1 - Pukul telur sehingga kembang,kemudian tapis telur tersebut supaya bersih.
2 - Masak air bersama gula dan daun pandan hingga mendidih.Bila didih buang daun pandan.
3 - Tuang kuning telur tadi dlm acuan roti jala dan layangkan kedlm air gula tadi.
4 - Biar hingga masak seketika baru diangkat.Lipat jala emas dan sedia dihidangkan.


Sunday, March 6, 2011

JOM CREATIVE WIF ME

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

KERONGSANG REBEN

BAHAN2 :
Glue gun
Glue stick
Reben
Ceper penutup
Rangka pin kerongsang
CARANYA :
1 - Ikat simpul dan bentuk reben terlebih dahulu.
2 - Letakkan sedikit gam pada belakang ceper penutup
3 - Letakkan ceper tersebut pada belakang simpulan reben
4 - Masukkan besi sambungan ceper kedlm lubang rangka pin kerongsang.Setelah itu,rapatkan dgn kemas.

BOOKMARK KILAUAN MANIK

BAHAN2 :
Pembaris
Manik pelbagai bentuk dan warna
Seutas tali berukuran 40sm
CARANYA :
1 - Ukur tali ikut size buku yg anda buat agar dapat jarakkan manik2 nanti
2 - Masukkan satu persatu manik melalui tali di dua bahagian hujung tali
3 - Sebelum itu pastikan anda merancang susunan manik dahulu.Utk mengelak dari buat kesilapan
4 - Jangan lupa buatkan simpulan di hujung deretan manik agar manik kekal berada ditempatnya
5 - Bahagian tengah dibiarkan kosong agar senang utk selitkan dibuku.

KERONGSANG RAMA-RAMA

BAHAN2 :
Gunting
Tali warna biru
Pin baju bersize besar
Rama-rama hiasan
CARANYA :
1 - Ambil pin baju dan masukkan hujung tali kedlm lubang belakang pin tersebut
2 - Lilit tali tersebut pada badan bahagian belakang pin.Lilit hingga ke kepala pin
3 - Dari kepala pin lilit sekali lagi menghala ke hujung pin.
4 - Temukan hujung tali dgn hujung tapi tadi dan ikat dgn kemas
5 - Ambil seekor rama2 hiasan,selitkan dawai rama2 pada kepala pin supaya kedudukan kemas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...