We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Hari ni shada ingin kongsikan satu resepi yang menjadi kegemaran hazreeq pada bualan puasa tahun ini.Kepak ayam madu....kalau tak buat satu hari asyik duk tanya jah,ummie mana kepak ayam saya ? hari ni ummie tak buat ka ? saya kan suka makan kepak ayam hari-hari.....saya suka kepak ayam....
Tiap2 hari mesti dengan soalan yang sama selagi tak nampak kepak ayam.Kekadang naik borink dibuatnya...tapi itulah seronok bila dapat buatkan makanan kegemaran untuk anak dan suami.Alhamdulillah.....walaupun tiap-tiap hari makan kepak ayam,tetap habis,kekadang tak cukup minta lagi....
inilah kenangan bulan puasa bersama anakku dikala usianya 7 tahun.Alhamdulillah puasa penuh dan belum tinggal lagi walaupun setiap hari penat dan padat dengan jadual persekolahan.
Syukur alhamdulillah..... semua aktiviti persekolah berjalan dengan lancar.Jom lah kita intai-intai resepinya...
KEPAK AYAM MADU
BAHAN2 :
20 ketul kepak ayam
8 ulas bawang putih 3 sb madu
2 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
walaupun sibuk dengan tugasan harian masih sempat untuk shada meluangkan masa untuk hobi shada yang satu ini,memasak n membuat coretan di laman fun page KekManis dan blog Secubit Rasa.Walaupun masih banyak kelemahan dan kekurangan dalam mengupdate blog shada tetap mempunyai azam untuk cuba memperbaiki dari masa kesemasa dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh kawan-kawan semua...^_^
Haini shada nak kongsi resepi sup ayam yang ringka dan senang hendat membuatnya.
Insyaallah....rasanya tidak akan menghampakan hehehe...!
SUP AYAM
BAHAN TUMIS :
4 Ulas bawang putih - Mayang
2 Biji bawang merah - Mayang
1 inci halia - Mayang
2 sk bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
1 sk buah pelaga
1 sk lada hitam
4 batang cabey
BAHAN2 :
1/2 Ekor ayam - cuci toskan
1 bungkus sup bunjut
Garam gula secukup rasa
Air secukupnya
2 tangkai daun sup - Hiris
2 helai daun bawang - Mayang
8 tangkai cili api - Hiris
2 biji limau nipis - Potong
Bawang goreng secukupnya
CARANYA :
1 - Masak air yang secukupnya utk buat kuah sup hingga mendidih.
2 - Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng bahan tumis hingga kekuningan.angkat toskan dan masukkan dalam air yang didihkan tadi.
3 - Masukkan sup bunjut dan ayam biar seketika.masukkan garam gula dan biar hingga masak
4 - Sebelum hidang masukkan daun sup n daun bawang,bawang goreng,cili api dan limau nipis
Haini dapat kongsi satu resepi kuih-muih yang cukup sinonim dengan bulan puasa.
Onde-onde sangat terkenal di negeri cik siti wan kembang pada musim bulan ramadhan.
Bak kata pepatah kalau xdok kuih onde-onde maka xlengkaplah bebuka pada haitu...
Di klate kuih onde-onde ini agak unik berbanding di tempat lain kerana kebiasaanya orang menggunakan gula melaka sebagai intinya,tetapi... di klate intinya dibuat dari nise,rasanya lebih sedap dan kurang manisnya.Bagi penggemar kuih ini sudah pasti dapat membezakan rasa kedua2nya.
ONDE-ONDE
BAHAN :
1 cawan tepung pulut
2 sb tepung beras
5 helai daun pandan - Ambil airnya
Nise secukupnya - di potong kiub kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau
CARANYA :
Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
Kisar daun pandan
bersama sedikit air dan tapis. campurkan
sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam
campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang
boleh digentel.
Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan nise sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
Rebus dalam air mendidih sehingga onde-onde timbul. Angkat dan toskan.
Salut buah melaka dengan kelapa parut, gaul rata dan hidangkan.
Sebenarnya dah lama buat menu ni...tetapi tak sempat-sempat nak update.
Mohon maaf banyak-banyak pada kawan semua yang request resepi ni...
Menu yang simple n mudah nak buat,rasanya pun boleh tahan jugak.Walaupun orang tua-tua cakap tak elok makan benda-benda dalam tetapi....sekali-sekala rasa teringin pulak nak makan huhuhuhu....mohon maaf ya...
PERCIK PEDAL AYAM
BAHAN2 :
30 keping pedal ayam - cuci dan rebus seketika
2 batang serai - Diketuk
Garam secukup rasa
4 keping asam gelugur
1 Keping nise
2 cwn santan
BAHAN KISAR :
5Tangkai cili kering
3 Ulas bawang putih
5 Biji bawang merah
1/2 inci halia
CARANYA :
1. Panaskan kuali tanpa minyak,masukkan bahan kisar dan biar seketika .Masukkan santan,serai dan asam gelugur.
2. Masukkan nise dan garam secukupnya.masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
3. Masukkan pedal ayam dan gaul hingga sebati.Angkat n toskan.
4. Cucuk pada lidi n panggang sehingga garing kemerahan.