Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Saturday, April 30, 2011

Cucur keladi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

CUCUR KELADI

BAHAN2 :
 
1/2Kg keladi - Rebus n potong dadu
1 Cawan udang - Buang kulit
2 Sudu besar ikan bilis - Tumbuk
3 Tangkai daun sup - Hiris
2 Cawan tepung gandum
1 Labu bawang besar - Mayang
1 Biji cili merah - Mayang
1 Sudu teh gula
1 Biji telur
Secubit garam
Air secukupnya
 
CARANYA :
 
1 - Ayak tepung gandum dan gaul bersama garam gula.Masukkan semua bahan kecuali air
2 - Gaul hingga sebati dan mesra.Masukkan air sesuai dengan kepekatan membuat cucur
3 - Sudukan adunan dlm minyak panas dan goreng hingga kekuningan.Hidang dgn sos cili

Friday, April 29, 2011

Ayam bbq

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
AYAM BBQ

BAHAN PERAP AYAM :
 
2 Kg ayam - Dipotong n Kelar
1 Biji bawang besar
5 Ulas bawang putih
2 Inci halia
2 Sudu makan serbuk cili
1 Sudu kecil serbuk kunyit
2 Batang serai
1 Sudu makan serbuk jintan manis
1 Sudu kecil serbuk jintan putih
1 Sudu kecil serbuk ketumbar
1 Sudu kecil garam
1 Cawan gula
 
CARANYA :
 
1 - Kisar semua bahan diatas hingga halus.Masukkan dlm bekas bersama ayam dan gaul sebati
2 - Perap ayam satu malam / 3 jam dlm peti sejuk.Lagi lama lagi sedap
3 - Bakar ayam hingga masak

 
SOS BBQ

BAHAN2 :
 
1 Biji bawang besar - Cincang
2 Sudu makan minyak sayur
2 Sudu makan cuka
2 Sudu makan gula perang
4 Sudu makan sos lemon
1 Cawan sos tomato / Sos cili
3 Sudu makan sos worcesteshine
1/2 Sudu kecil sos tobasco
Garam secukuprasa
 
CARANYA :
 
1 - Panas minyak dan tumis bawang hingga kuning dan masukkan bahan2 lain.Remeh sos 30Minit
2 - Biar sejuk,kisar hingga halus.Sesuai juga utk daging rusuk dan daging lembu

 

Kebab berkeju wif daging salai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 

KEBAB BERKEJU WIF DAGING SALAI

BAHAN2 :
 
1 Batang roti french loaf - Potong 2
3 Keping daging salai
1 Biji bawang besar - Mayang
1 Biji tomato - Hiris
5 Helai daun pudina
2 Helai daun salad
3 Sudu besar minyak zaitun
1 Sudu makan butter
 
CARANYA :
 
1 - Renjis minyak zaitun atas roti dan letak daun salad.
2 - Susun tomato dan bawang besar atas daun salad tadi.Susun daun pudina n letak butter
3 - Akhir sekali,susun daging salai dan potong mengikut citarasa anda.sedia dinikmati bersama sos cili dan mayones

 

Thursday, April 28, 2011

Tuesday, April 26, 2011

Rojak tok wan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

ROJAK TOK WAN

BAHAN2 :
1 Biji betik muda - Dihiris
1 Biji nenas muda - Dihiris
1 Biji timun - Dihiris
BAHAN KUAH :
1 Keping nise
5 Ekor isi ikan sardin yg dipanggang
3 Sudu besar cili kering yang dikisar
1 Sudu besar cuka
2 Inci belacan
CARANYA :
1 - Satukan bahan kuah dan gaul hingga sebati dan masak selama 5 minit.
2 - Boleh dihidang bersama buah yg dipotong tadi

Monday, April 25, 2011

Sit-Up Selamat Bagi Ibu Comel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

LANGKAH PERTAMA
  • Baring di atas lantai.Cari kawasan yang selesa dan lantai yang rata.Bengkokkan lutut.Kedua-dua tapak kaki pula diatas lantai.
LANGKAH KEDUA
  • Letakkan bantal kecil di sisi pinggul supaya rahim yang membesar tidak menekan pembuluh darah.
LANGKAH KETIGA
  • Angkat kepala dan bahu daripada lantai sambil menghembus nafas.Tidak perlu mengangkat kepala dan bahu terlalu tinggi.Cukup sekadar 6-7 inci daripada permukaan lantai.
LANGKAH KEEMPAT
  • Turunkan semula kepala dan bahu ke lantai sambil menarik nafas.
LANGKAH KELIMA
  • Ulangi langkah-lngkah ini,8 hingga 10 kali.

Sunday, April 24, 2011

8 Tip Dekor Bilik Anak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Siapa yang tidak suka jika kamarnya dihias cantik.Lebih-lebih lagi mempunyai konsep tersendiri.Namun untuk mengatur urus kamar anak,anda perlu mempunyai perancangan supaya setiap susun yang dibuat kelihatan menarik,sekaligus tidak menjejaskan ruang kamar anak anda.Hope tip yang dipaparkan dibawah dapat memberi sedikit panduan dlm membantu anda menghias kamar anak-anak.
  1. Pilihlah warna dinding yang disukai oleh anak anda.Pemilihan warna terang dapat merangsang minda dan pergerakan mereka.Warna biru dan oren menjadi pilihan anak lelaki dan anak perempuan lebih menyukai warna merah jambu atau ungu.Untuk memberikan kesan yang lebih baik,gantung gambar menarik sebagai penyeri dinding bilik anak.
  2. Mood pencahayaan mampu memberi kesan keseronokan pada diri kanak-kanak.Terdapat banyak jenis pencahayaan buat si kecil misalnya lampu yang berwarna-warni,pencahayaan yang mempunyai kesan bunga atau kumbang.Cahaya yang suram mampu merangsang si kecil untuk tidur.Tetapi jika dia ingin melakukan aktiviti di kamarnya,haruslah menggunakan pencahayaan yang terang.
  3. Cadar tilam yang diminati oleh anak anda.Biasanya watak-watak animasi televisyen menjadi pilihan anak-anak seperti Snow White,Spiderman atau Ben10.Bagi anak yang masih bayi,aksesori cadar yang digunakan mempunyai corak yang ringkas dan lembut di pandang mata.Juga serikan kamar dengan patung-patung yang comel.
  4. Kertas dinding turut menjadi penyeri kamar anak.Ajak si kecil untuk memilih kertas dinding untuk kamarnya.Ia pastinya membuatkan bilik si kecil sungguh istimewa.Lazimnya ia menjadi pembahagi ruang dinding kamar anak.Mungkin boleh memilih corak kereta,abjad ABC dan watak kartun kegemarannya.
  5. Untuk mengelak dinding terlalu kosong,rak buku dipasang pada dinding bagi memudahkan si kecil mencapai bahan bacaannya serta anak patung/permainan kesayangannya.Jika boleh,pastikan ia sedondon dengan warna tema kamar anak anda.Pasti memukau mata yang melihatnya.
  6. Kamar yang luas tidak semestinya mempunyai pelbagai perabot.Susun perabot dengan konsep dekorasi ringkas agar menampilkan keluasan berganda.Lebih kreatif lagi,pemilihan warna perabot sama dengan warna tema kamar.
  7. Langsir jurai dengan karakter kartun pasti mempersonakan kepada mereka yang melihat kamar itu.Jangan lupa menggantung perhiasan aksesori yang menghasilkan bunyi apabila terdapat tiupan angin.
  8. Pastikan anda menyediakan ruang khas untuk anak anda bermain.Platform ini boleh menjadi ruang lebih menarik dan tempatkan segala permainan anak di sini.Juga penstoran untuk barang-barang permainan anak sentiasa kemas dan teratur.

Saturday, April 23, 2011

Udang galah masak lemak nenas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
UDANG GALAH MASAK LEMAK NENAS

BAHAN2 :
 
1 Kg udang galah
1/2 Biji nenas
 
BAHAN2 KISAR :
 
200Gm cili padi
2Cm kunyit
150Gm bawang besar
1 Helai daun kunyit
3 Batang serai
1 Liter santan
Garam gula secukuprasa
 
CARANYA :
 
1 - Kisar semua bahan dengan sedikit air.
2 - Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumiskan bahan2 kisar.Tunggu hingga naik bau.
3 - Tambahkan santan,udang dan nenas sehingga empuk.Masuk garam gula gaul sebati dan boleh hidang

Thursday, April 21, 2011

Siakap goreng mangga muda

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


SIAKAP GORENG MANGGA MUDA

BAHAN2:
 
1 Ekor ikan siakap (1/2 Kg)
Sedikit lada sulah
Tepung jagung secukupnya
2 Biji mangga muda - Cincang memanjang
1 Labu bawang besar - Hiris
15 Tangkai cili padi - Hiris
4 Biji bawang merah - Hiris
Sedikit daun pasli - Cincang
3 Sudu makan sos tiram
2 Sudu makan kicap manis
2 Sudu makan sos ikan
2 Sudu makan sos cili
Gram gula secukuprasa
2 Sudu makan cuka
1 Sudu makan sos plum
1 Sudu makan sos tomato
 
CARANYA :
 
1 - Lumur ikan ikan yg telah dibersihkan dengan garam,lada sulah dan tepung jagung.
2 - Goreng dlm minyak yg banyak hingga warna keperang-perangan.Ketepikan
3 - Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.Hidang dengan kerabu mangga dan daun pasli.

Wednesday, April 20, 2011

10 TiPs MuDaH MeLaHiRkAn

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

1. LAKUKAN URUTAN PERINEAL
  • Anda digalakkan untuk mula melakukan urutan perineal di antara bahagian dubur dan faraj sekitar minggu ke-34 kehamilan.Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun namun elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum.Langkah ini disyorkan kerana membantu anda mengurangkan risiko koyak ketika meneran.
  • Walau bagaimanapun,sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yg merawat anda terlebih dahulu.Selain itu,pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan rutin urutan.
2. TEMAN YANG KUAT SEMANGAT
  • Suami yang bakal menemani anda di dalam bilik bersalin perlu kuat semangat agar dia dapat memberi semangat dan sokongan kepada anda ketika bertarung kesakitan untuk melahirkan bayi.Walau bagaimanapun,ada juga di kalangan anda yang mahu ibu atau ahli keluarga menemani diri selain daripada suami.Jadi,ada baiknya anda tetapkan siapa yg bakal menemani anda di bilik bersalin nanti.Tidak salah jika anda menetapkan pilihan kedua jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah.
3. KEADAAN SELESA
  • Proses pelahiran berlangsung dengan lebih pantas apabila anda berada di dalam keadaan selesa.Namun,cetek pengetahuan dan mudah gopoh-gapah menjadikan proses pelahiran memakan masa yg panjang.Tambahan pula,sikap ini dapat menghidar anda daripada perlu menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep.
  • Jadi,cubalah bertenang sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.Apabila kontraksi menyerang selang 5 minit sekali,itu petanda anda perlu segera ke hospital pilihan kerana masa untuk melahirkan hampir tiba.
4. PERGUNAKAN GRAVITI
  • Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran.Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak.Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan denagn betul.Oleh kerana itulah anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi"turun"dan mempercepatkan proses kelahiran.
5. TIDUR MENCUKUPI
  • Lazimnya,di minggu-minggu akhir kehamilan,agak sukar untuk tidur.Hal ini mungkin berlaku kerana anda begitu teruja menanti saat berlakunya tanda awal bersalin.Biarpun begitu,anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi.Hal ini penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.
6. JANGAN KERAP TERTEKAN
  • Kelahiran songsang berlaku kepada kira-kira 3% wanita hamil.Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesarean dilakukan.Wanita yg mudah tertekan,takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat.Bagi mengelak atau membetulkan kedudukan bayi yg songsang,anda boleh mencuba kaedah pernafasan bio-energetic,hypnosis atau teknik bertenang yg betul.
7. TARIKNAFAS PANJANG
  • Bunyinya kedengaran ringkas namun sering tidak dipedulikan.Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran!Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya,anda menjadi kurang tenang.Ingat tentang apa yg telah dipelajari di dalam kelas antenatal dan beri perhatian terhadap cara anda bernafas.
8. JANGAN TAHAN KENCING
  • Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin didalam bilik air sepatutnya disisihkan.Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran.Jika pundi kencing terasa penuh,jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air.Jadi,sebarang kemungkinan yg tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan selesa untuk menempuhi saat bersalin.
9. RANGSANG PAYU DARA
  • Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitosin masuk ke dalam aliran darah sekali gus mencetuskan kontraksi.Hal ini dapat anda lakukan dgn menggunakan pam payu dara atau mengurut bahagian puting menggunakan tangan.Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis di atas payu dara sama seperti yg anda lakukan untuk merangsang pengaliran susu ibu sewaktu hamil.
10. ELAKKAN PARAS GULA JATUH
  • Pengkalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses pelahiran.Untuk itu,hisap amaun kecil jus buah segar yg tinggi kandungan potassium seperti jus oren yg turut kaya dengan asid amino I-glutamine.

Tuesday, April 19, 2011

Tips Dunia Kulinari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

GORENG TAUHU TIDAK MELEKAT

BAHAN2 :
  • Garam halus
CARANYA :
  1. Taburkan garam dipermukaan dan belakang tauhu
  2. Panaskan minyak dan goreng,insyaallah tidak melekat
HILANGKAN KEPAHITAN PERIA

BAHAN2 :
  • Garam
  • Air secukupnya
CARANYA :
  1. Masukkan garam dan air kedalam bekas secukupnya.
  2. Rendam buah peria yg telah dipotong selama 20 minit,sejat dan boleh masak seperti biasa.

KEKALKAN KESEGARAN SAYUR

BAHAN2 :
  • Cuka
  • Air secukupnya
CARANYA :
  1. Masukkan air dan cuka dalam bekas,rendam sayur seketika
  2. Bilas dengan air bersih,Insyaallah sayur segar semula bahkan segala kotoran juga hilang
LEMBUTKAN DAGING

BAHAN2 :
  • 3 Helai daun betik
CARANYA :
  1. Bungkus daging yg dipotong dgn daun betik selama 20 minit dan bukakan.
  2. Masaklah mengikut selera anda.Selain cara ini anda boleh juga rebus daging bersama pucuk betik

ELAKKAN BAU HANYIR
  1. Lumur sedikit cuka masakan pada lauk 45 minit/sejam.Kemudian bilas hingga bersih
  2. Perap dgn asam jawa,air perahan limau nipis/limau kasturi selama 15 minit.Bilas dan bersihkan
  3. Tepung gandum juga boleh digunakan bagi menghilangkan hanyir dgn cara perapkan selama 30 minit,kemudian bilas
  4. Ambil beberapa helai daun kadok dan daun kesum dan dimasak bersama2 ikan air tawar.bau hanyir ikan akan hilang sendirinya


TAUGE KEKAL SEGAR

BAHAN2 :
  • Limau nipis
  • Semangkuk air / Secukupnya

CARANYA :
  1. Masukkan tauge dalam semangkuk air.Masukkan perahan limau nipis
  2. Gaul sebati dan simpan dalam peti sejuk

Monday, April 18, 2011

Tips & Petua Utk Anak2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

ELAKKAN ANAK KENCING MALAM

BAHAN2 :
  • 1 Sudu kecil madu
  • Lemon secukupnya - Jusnya
CARANYA :
  1. Ambil satu sudu kecil madu yang dicampur dengan perahan lemon.
  2. Berikan kepada anak makan,Insyaallah anak kecil anda akan berhenti kencing malam.

CANTIKKAN KENING ANAK

BAHAN2 :
  • Daun sirih secukupnya - Bertangkai
CARANYA :
  1. Patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian bergetah pada kening anak.
  2. Lakukan setiap hari,hasilnya anak anda akan memiliki kening yang lebat dan hitam.
  3. Amalan ini sesuai untuk anak berumur setahun kebawah.

Sunday, April 17, 2011

Story For Kid's

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

PONTENG PUASA

Bulan puasa menjelang tiba.Ibu berjanji akan membelikan sebuah basikal jika Hafiz berpuasa penuh.Dia berazam untuk berpuasa penuh tahun ini dan berjanji dengan Haris,kawan baiknya untuk sama-sama menunggang basikal ke sekolah nanti.Mulanya,Hafiz bersungguh-sungguh berpuasa tetapi saban hari hatinya mula tergoda setiap kali melalui kebun mangga datuknya.
Suatu hari Hafiz bercadang mahu ponteng puasa.Selepas pulang dari sekolah,dia terus ke kebun datuknya.Dia memanjat pokok mangga dan makan dengan gelojoh.Ketika hendak turun dari pokok mangga,Hafiz tergelincir dan jatuh.
Dia menjerit kesakitan kerana kakinya terseliuh.Mujur datuknya yang sedang membersihkan kebun mendengar suara Hafiz.Dia segera membawa Hafiz ke hospital.Hafiz menyesal kerana inilah balasan Tuhan kerana dia ponteng puasa.Walau bagaimanapun,Hafiz tetap mendapat basikal yang dijanjikan Ummienya kerana dia sudah menyesal dan berjanji menjadi budak yang baik.

PeNyUsUaN SuSu IbU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Persepsi dan salah anggap oleh kebanyakkan ibu bapa,keluarga mahupun masyarakat tentang keperluan pengambilan susu untuk membesar amat menyedihkan.Hal ini kerana mereka sering membuat anggapan bahawa pengambilan susu berkenaan adalah suatu kemestian.
Tidak kurang juga ada yang beranggapan tempoh 6 bulan penyusuan susu ibu secara eksklusif sudah mencukupi.Langkah seterusnya,bayi perlu diperkenalkan dengan susu untuk membesar bagi memastikan dia memperoleh khasiat makanan mencukupi seperti yg tertera di dlm kandungan tin susu utk membesar yg dijual di pasaran.
Padahal,tanpa pemberian susu utk membesar pun,bayi mampu membesar dengan sihat.Syaratnya,bayi tersebut diberi makanan pelengkap secukupnya mengikut keperluannya di samping meneruskan penyusuan ibu seperti biasa.
Lantaran itu,seharusnya bayi diberi hak untuk meneroka dunia makanannya.Apatah lagi,menerusi peluang yg diberi itu,si manja berupaya untuk belajar banyak perkara baru.Pengalaman secara tidak langsung inilah yg merangsang IQ dan mengukuhkan potensi yg ada di dlm diri bayi tersebut.Malah,berteraskan rangsangan berterusan,bayi bakal menjadi insan yg cerdik pandai disebabkan faktor pengalaman yg anda curahkan kepadanya.
  • RASA
Makanan pelengkap yg diperkenalkan tentu sekali mempunyai rasa yg berbeza-beza.Misalnya pelbagai jenis daging,sayur-sayuran,buah-buahan dan lain2.Dedahkan bayi dgn nikmat rasa yg pelbagai itu.Jika dia diberi susu untuk membesar,sudah pasti rasa susu berkenaan sangat terhad kepada rasa tertentu sahaja seperti vanila,coklat atau strawberi.
  • TEKSTUR
Setiap makanan mempunyai pelbagai tekstur berlainan.Ada yg halus,keras,lembut,liat dan sebagainya.Apabila bayi diberi peluang utk menikmati makanan pelengkap sebegini,dia akan belajar mengenali tekstur objek sambil merangsang deria sentuhan dan rasanya.
  • WARNA
Terdapat pelbagai variasi warna yg terkandung di dalam makanan yang boleh dipelajari oleh bayi.Seperti yang anda sedia maklum,warna susu untuk membesar amat terhad iaitu putih,coklat dan merah jambu sahaja.
  • BAU
Setiap kali sesi makan,bayi mendapat pendedahan tentang pelbagai jenis bau makanan yang berbeza antara satu sama lain.
  • KEMAHIRAN MOTOR
Menerusi aktiviti makan,bayi dapat merangsang kemahiran motornya seperti mata,tangan,mulut dan lain-lain.Malah,koordinasi tangan sangat penting untuk menggalakkan keupayaan yang pelbagai.
  • PERKEMBANGAN PERGIGIAN
Melalui aktiviti mengunyah,ia secara tidak langsung membantu pertumbuhan gigi bayi yang sihat.
  • PERBENDAHARAAN KATA
Malah,menerusi aktiviti makan juga,bayi akan belajar pelbagai jenis perbendaharaan kata menerusi jenis makanan yang berbeza yang dihidangkan setiap hari.
  • KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
Anda dan suami dapat mengembangkan kemahiran ini apabila menghabiskan masa dengan bayi ketika waktu makan.Ini dapat dilakukan melalui perhatian yang anda berdua berikan kepadanya.

Bayi yang terlalu bergantung kepada susu untuk membesar,dia tidak mahu makan kerana tiada selera kesan daripada perutnya sentiasa penuh.Anda tentu sedia maklum bahawa susu formula sukar dihadam.Ini akan membuatkan bayi sentiasa kenyang.Malah,faktor ini turut dilihat sebagai salah satu punca mengapa kebanyakkan bayi sering dikaitkan dengan masalah cerewet makan.
Lain pula halnya,jika bayi berterusan menyusu susu ibu di samping mengambil makanan pelengkap.Sememangnya susu ibu mudah dihadam.Jadi,bayi sentiasa mempunyai keinginan untuk makan.Penyusuan ibu tidak sepatutnya dihentikan setakat 6 bulan pertama sahaja.Ia perlu berterusan sehingga sekurang-kurangnya bayi berusia 2 tahun.
Dalam usaha memastikan bayi kekal mendapat khasiat makanan yg diperlukan untuk pertumbuhan dirinya,anda perlu menyediakan makanan pelengkap.Tidak semestinya makanan istimewa.Cukup sekadar makanan yg ringkas tetapi berkhasiat.Tidak perlulah anda gusar jika mengambil keputusan untuk tidak memperkenalkan bayi dengan susu untuk membesar setelah usianya melebihi 6 bulan.Percayalah,ada pelbagai faktor lain yg dapat menyokong pertumbuhan bayi agar menjadi insan yg sihat dan pintar.

Friday, April 15, 2011

InTiM 3S WaKtU HaMiL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

TRIMESTER PERTAMA

Sakit payu dara,morning sickness dan pelbagai kerisauan bermain di minda menjadikan anda kurang bernafsu.Anda diselubungi dgn perasaan gusar utk mengadakan hubungan intim/seks (kelamin) pada trimester pertama.Ini terutamanya jika anda menunggu sehingga usia kandungan melepasi usia 12 minggu bagi mengelakkan sebarang risiko keguguran.Ketahuilah,seks adalah selamat sepanjang tempoh kehamilan selagi anda tidak terjebak dlm apa2 jenis komplikasi kehamilan.Walau bagaimanapun,jika anda mengalami pendarahan/simptom dan masalah kehamilan bukan biasa,elakkan diri daripada melakukan hubungan seks sehinggalah mendapat nasihat daripada doktor.
  • TUBUH ANDA
Adalah sesuatu normal,jika anda kerap keletihan sepanjang trimester pertama.Faktor ini jugalah yg membuatkan anda sering menolak utk mengadakan hubungan intim.Di peringkat awal kehamilan,kebanyakkan wanita berpendapat mereka mengalami keletihan sama seperti yg dialami sebelum haid sekaligus menjadikan mereka dingin terhadap apa2 hubungan asmara.Biarpun begitu,apa kata anda melakukan aktiviti seperti bercium,memeluk dan bermesra bagi menggantikan hubungan seks agar suami tidak rasa tersisih.
  • SUAMI
Golongan suami biasanya gusar hubungan asmara akan mendatangkan mudarat kepada bayi dalam kandungan.Namun,lendir mukus yang meliputi serviks tidak akan membenarkan penis menghampiri bayi.
  • POSISI TERBAIK
Ada baiknya,anda yang berada di atas.Posisi ini membolehkan anda mengawal pergerakan dan kedalaman penis.Jika anda rasa sakit/risau tentang sesuatu,anda boleh berhenti seketika atau mengubah posisi mengikut keselesaan diri.Malah,posisi yg sama ini juga membolehkan anda dan suami prihatin terhadap apa2 masalah yg mungkin timbul melalui komunikasi mata anda berdua.

TRIMESTER KEDUA

Seiring dengan saiz rahim yang semakin membesar,nafsu terhadap seka perlahan-lahan meningkat.Setelah usia kandungan memasuki trimester kedua,kebanyakkan wanita dilaporkan menikmati hubungan seks lebih daripada biasa.Dengan keadaan fizikal yang sedikit demi sedikit berubah,ia menambahkan lagi kenikmatan
hubungan asmara./
  • TUBUH ANDA
Pada peringkat ini,hormon kehamilan mula menjalankan tugasnya menyediakan ruang yang lebih selesa untuk bayi.Jadi,punggung makin besar,payu dara membengkak dan rambut semakin lebat.Perubahan ini secara tidak langsung menjadikan anda seorang yang seksi.
  • SUAMI
Cik abang anda pasti suka dengan perubahan fizikal anda terutamanya payu dara yang semakin membesar dan bentuk tubuh baru.Jadi,habiskan lebih banyak masa bersama.Dia mungkin sedikit janggal kerana perut anda semakin membesar dan lebih bulat.Nikmati masa berbaring bersama dengan melakukan posisi spoon (suami mendakap anda dari belakang.Ingat!Beritahu dia secara lembut jika suami secara tidak sengaja menyebabkan anda rasa sakit)
  • POSISI TERBAIK
Posisi yang memerlukan anda berkeadaan seperti merangkak boleh dicuba.Apatah lagi,ketika ini perut anda semakin membesar.Pasti akan menimbulkan rasa tidak selesa jika anda melakukan posisi yang lain.Malah,perut anda akan lebih relaks dalam posisi ini.Apa2 pun komunikasi dua hala sangat penting.Jadi,suami tidak akan memasukkan penisnya terlalu dalam selain tahu apa yang boleh membuatkan anda kekal selesa.

TRIMESTER KETIGA

Memasuki trimester ketiga,perut anda semakin besar.Ketika berasmara,anda perlu pandai mencipta teknik dan cara yang bersesuaian untuk terus kekal selesa.Carilah pelbagai cara yang sesuai dengan keadaan perut anda.Pastikan anda tidak melakukan posisi berdepan kerana akan menyukarkan pergerakan anda berdua.
  • TUBUH ANDA
Tubuh anda kini lebih fleksibel kerana ia sedang mempersiapkan anda ke arah kelahiran.Biarpun kedengaran seperti masa ini sangat ideal untuk lebih kerap "bersama"suami,namun anda masih perlu beringat.Anda tidak lagi mampu untuk bertahan dalam satu2 posisi bagi tempoh yang lama.Kekejangan kaki sering berlaku di akhir kehamilan.Jika ini terjadi,anda perlu berhenti seketika dan lakukan sedikit regangan untuk menghilangkan kekejangan.
  • SUAMI
Jika anda mula dingin seks tetapi suami sebaliknya,jangan panik.Hangatkan hubungan anda berdua dengan melakukan urutan manja.Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kesakitan yang anda alami.Malah,ia membantu suami mengikis perasaan disisihkan.
  • POSISI TERBAIK
Spoon sangat ideal pada peringkat ini kerana perut anda kini makin besar.Dengan mengaplikasikan posisi ini,anda tidak memerlukan tenaga yang banyak kerana suami melingkar di belakang tubuh anda.Malah,ia adalah posisi paling baik untuk anda berdua berdakapan.Rasa bahagia dan pasti anda berdua seronok.

INFO : Bukan semua waktu seks suami isteri halal.Seks sewaktu haid,nifas,siang pada bulan Ramadan dan sewaktu dalam ihram adalah diharamkan.Suami dibenarkan mengadakan seks dengan isteri dengan posisi apa sekali pun tetapi haram jika dia meliwat isteri walau apa pun alasannya.

Thursday, April 14, 2011

Saturday, April 2, 2011

SpOrt'S Day

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

HARI SUKAN CIC AT PRESINT 16 PUTRAJAYA



Tanggal 2/4/11 berlangsungnya hari sukan yang bertempat di padang sekolah Presint 16 Putrajaya.Acara dimulakan dengan Arrival of quests at 7.30am.Sambutan memang menggalakkan walaupun cuaca pada hari tersebut amat panas.Start pukul 8.00am juruacara mula memainkan peranannya - Welcoming Speech and Du'a.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk rumah-rumah sukan oleh para pelajar CiC yang diiringi oleh cikgu rumah masing-masing.Dimulakan dengan rumah merah,kuning,biru dan hijau.Hazreeq dlm pembarisan rumah kuning kena dengan warna kesukaannya,"Yellow Colours It's My Favourite"Katanya.


Ini adalah pertama kali Hazreeq join sport' day.Sewaktu umur 4 years abienya tidak membenarkan Hazreeq untuk menyertai mana2 aktiviti yang dianjurkan oleh pihak CiC.Tetapi apabila Hazreeq 5 years Abienya mula membenarkan Hazreeq menyertainya.Shada ingat lagi, aktiviti yang pertama Hazreeq ikut adalah lawatan ke Zoo Negara dan aktiviti yang kedua adalah Sport's Day.Alhamdulillah kedua-dua aktiviti tersebut Hazreeq dapat menyertainya dengan happy.


Acara sukan ini diadakan dari jam 7.30am sehinggalah 1.30pm.Memang panas dan hitam legam kami waktu itu. Dari pagi sampai tengah hari semua aktiviti berlangsung di padang.Namun semua ibu bapa tidak berganjak dari tempat masing-masing kerana teruja melihat kerenah dan telatah anak masing-masing.

Seperti biasa Hazreeq seorang yg sangat aktif dan malu-malu ayam jika bertemu dengan orang yang tidak dikenalinya.Oleh kerana tema hari sukan kali ini adalah Vegetable's,semua acara sukan berkaitan dgn Vegetable's iaitu Veggie Dance,Veggie Puzzle,Water in Cabbage Run,Veggie Vs Words,Sort the Vegetable,Vegetable Face,Tomato in Spoon,Fill in The Blank,Pass the Veggie,Carrot baton n Parents Tournament.Maka setiap pelajar harus menyertai satu jenis games sahaja oleh kerana bilangan pelajar sgt ramai dan masa yg agak terhad untuk mengadakan games yang banyak.Setiap games telah ditentukan bilangan pelajar dan mengikut umur.Hazreeq mengambil bahagian dlm games Sort the Vegetable dan rumah kuning mendapat tempat kedua.Majoritinya kemenangan adalah milik rumah kuning.Walaupun panas terik amatlah berbaloi-baloi kerana semua pelajar mendapat hadiah.

Tepat jam pukul 12.00am semua pelajar kelihatan penat,letih dan ada dikalangan para pelajar yang menangis.Inilah kerenah anak-anak yang tidak dapat dilupakan dan tinggi nilainya dihati para ibu bapa.Seperti biasa Hazreeq tidak boleh lari dari kepenatan yang teramat sangat tak kala berada di tengah panas kerana dia salah seorang kanak-kanak yang tidak tahan dengan panas.Terpaksalah Abienya membawa dia berehat seketika di tempat yang teduh sambil makan dan minum apa yang telah disediakan oleh pihak CiC.

Sukan kali ini sememangnya sentiasa meriah dengan tema warna warni dan keriuhannya. Segala urusan para pelajar dan rumah sukan terpikul di bahu cikgu sepenuhnya, penglibatan semua cikgu amatlah baik walaupun ada cacat celanya.Pihak pengurusan hanya pegawai kejohanan yang memantau segala persiapan para cikgu dan kakitangan yang dilantik khas,sesekali menjadi tempat rujukan para cikgu bagi melancarkan lagi acara sukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...