Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Tuesday, December 27, 2011

Khutbah Terakhir Rasullullah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

 
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Saturday, October 1, 2011

Jalan-Jalan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua.......,
Hari ni redup dan tenang.perrrrhhhhh malas nok bangun hari sabtu katakan hahahaha terpaksa bangun awal untuk solat subuh heeeeeeeee.walaupun malas tetap melangkah jugak,Emmmmm bila dah bangun si kecik pun bangun mulalah dengan muka seposen "Ummie saya lapar la...."

Seperti biasa,hari sabtu adalah untuk keluar jln2.Tepat jam 1.30 tengahhari kami sekeluarga keluar makan tengahhari di Al-Hassan Restoren Bangi "Yumm yumm yumm"Bila selesai mula menuju kedestinasi iaitu aktiviti mencari kereta hahahahaaha.......OPPsssss sebelum tu singgah solat zuhur kat masjid Bandar Tasik Selatan.

Hyundai showroom bandar tasik selatan cheras,fullamakkkkkkk terpikat bila tengok starex 2.5.bincang punya bincang,tengok punya tengok The Price hummmmmmm dlm mimpi ajelah dapat kreta tu hihihihihi.Keluar singgah skejap dekat Ramly Shope n meneruskan perjalanan ke Shah Alam Showroom Toyota.Alamak !!!!!! kreta yg nak tengok x dok pulak,posing2 keluar dengan hampa hemhemhem

Kami sekeluarga terus pulang kerana belum solat asar dan badan pun rasa penat.Tanpa singgah dimana-mana tepat jam 6 petang kami sudah sampai dirumah.Dengan kata lain minggu ni bawa Hazreeq jalan2 cari kereta.

Safari Walk

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Boleh dikatakan hampir setiap Sabtu kami pergi ke Zoo Negara sebab Hazreeq suka melihat haiwan-haiwan secara live. bertolak pukul 9.30am. sampai sana nak dekat 10.30am. Sepatutnya pegi bertiga, tapi tiba-tiba pulak adik Nuqman n Syafikah mau ikut. so jalan je...Tiket masuk RM20/person.




bukannya nk tgk binatang kat blakang tu...sibuk nk bergambar ...............


















bila tgk pic ni nk tergelak plak bila ingat balik...ye la..walaupun takut tapi masih lagi nak bagi makan dekat si gajah hahahahaha...........nampak cam brani je.....
Pendek kata memang bestla pegi sana. sempatla tengok animals show kul 11am tu. Hazreeq sangatla excited dapat tengok live. dia sampai taknak makan. minum je. berlari2 je dia..bila penat, kasi duduk kt stroller kejap..pastu dh bertenaga balik, meronta2 la nak turun.

Saturday, September 17, 2011

Suasana Hari Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualikum.......
Jom layan foto hari raya.......







Persiapan Lebaran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friday, August 5, 2011

Bihun goreng tomato

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

BIHUN GORENG TOMATO

BAHAN2 :
 
400Gm bihun kasar - Rendam n toskan
1 Cawan udang kering
6 Batang sosej ayam - Hiris
1 Batang caret - Hiris halus
Sedikit daun bawang - Hiris
4 Biji bawang merah - Tumbuk
3 Ulas bawang putih - Tumbuk
5 Tangkai cilim api - Tumbuk
1/2 Cawan sos tomato
Minyak secukupnya
Garam gula secukuprasa
Sedikit bawang goreng
Sedikit air jika perlu
 
CARANYA :
 
1 - Panas minyak tumis bahan tumbuk,udang kering dan sos tomato hingga naik bau
2 - Masukkan sosej dan caret gaul sebati.Masukkan garam gula dan kacau sebati
3 - Masukkan bihun goreng hingga rata.Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Pilihan Ramadhan 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

AYAM SAMBAL SIAM

BAHAN2 :
1/2 Kg ayam - Potong kecil
1 Cawan santan
Minyak masak
20 Tangkai cili kering - Kisar
6 Biji bawang merah - Kisar
2 Inci kunyit hidup - Kisar
2 Inci halia - Kisar
6 Helai daun limau purut - Hiris halus
4 Inci lengkuas - Hiris nipis
3 Batang serai - Hiris nipis
Sedikit belacan - Bakar n kisar
2 Sudu makan kerisik
Garam gula secukuprasa
BAHAN HIASAN :
2 Helai daun limau purut - Hiris nipis
2 Ulas bawang putih - Mayang dan goreng garing
1 Labu bawang besar - Mayang
CARANYA :
1 - Panas minyak,tumis bahan kisar dan masukkan bahan hirisan,kerisik dan belacan kacau hingga naik bau.
2 - Masukkan ayam gaul sebati dan hingga daging ayam empuk.
3 - Masukkan santan dan garam gula,kacau hingga sebati.
4 - Masukkan daun limau purut dan perlahankan api biar hingga kuah jadi pekat
5 - Angkat dan hiaskan dengan bahan hiasan

UDANG GORENG MANIS

BAHAN2 :
20 Ekor udang sederhana besar
Minyak secukupnya
4 Ulas bawang putih - Tumbuk
2 Biji bawang merah - Tumbuk
3 Sudu makan sos soya manis
1 Sudu makan serbuk kunyit
2 Sudu makan cili kisar
Garam gula secukuprasa
CARANYA :
1 - Bersih udang,jangan buang kulit just potong dikepala sedikit saja n tos kan
2 - Gaul bersama bahan lain dan perap selama 20Minit.
3 - Panas minyak,goreng udang hingga masak dan boleh dihidangkan.

IKAN BILIS SAMBAL PETAI

BAHAN2 :
2 Cawan ikan bilis - Goreng garing
3 Papan petai - Buang kulit
Minyak secukupnya
1 Cawan air asam jawa
6 Biji bawang merah - Mayang halus
4 Inci belacang - Bakar n Tumbuk
2 Sudu makan cili kisar
Garam gula secukuprasa
CARANYA :
1 - Panas minyak,tumis cili kisar,bawang merah dan belacan hingga wangi n pecah minyak.
2 - Masukkan air asam jawa,garam gula dan biar hingga kuah pekat
3 - Masukkan petai dan ikan bilis gaul mesra dan biar seketika.Angkat sedia dihidangkan

IKAN GORENG SERAI

BAHAN2 :
3 Ekor ikan kembung
Garam kunyit secukupnya
Minyak Secukupnya
1 Cawan air asam jawa
15 Tangkai cili kering - Kisar
6 Batang serai - Kisar
5 Biji bawang merah - Kisar
Garam gula secukuprasa
CARANYA :
1 - Perap ikan dengan garam kunyit.Panas minyak,goreng ikan hingga kekuningan.ketepikan
2 - Tumis bahan kisar hingga naik bau,masukkan air asam dan garam gula secukuprasa
3 - Kacau hingga kuah pekat,masukkan ikan yg digoreng tadi,gaul sebati dan angkat.

DAGING BAKAR

BAHAN2 :
1/2 Kg daging
1/2 Cawan santan
1 Sudu makan serbuk kunyit
1 Sudu makan serbuk gula merah
Garam secukupnya
BAHAN HIASAN :
2 Labu bawang besar - Potong bulat
2 Sudu makan cuka
2 Sudu makan air
1 Sudu teh pewarna merah
Gula secukupnya
BAHAN AIR ASAM SIAM : PENCICAH
Minyak secukupnya
2 Sudu makan sos soya
1 Cawan air asam jawa
15 Tangkai cili kering - Goreng garing dan kisar
6 Ulas bawang putih - Mayang n goreng dan kisar
Garam gula secukuprasa
CARANYA :
1 - Perap daging bersama bahan2 diatas selama 30minit.Panggang daging dlm aven 170'c selama 30minit
2 - Keluarkan dan potong nipis hias dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.
3 - Campurkan semua bahan pencicah,gaul hingga sebati dan dihidang sebagai pencicah.

Thursday, August 4, 2011

Kerabu sotong dan mangga

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

KERABU SOTONG DAN MANGGA

BAHAN2 :
 
1/2 Kg sotong
2 Biji mangga muda - Hiris halus
10 Biji bawang merah - Mayang
1 Inci halia - Hiris halus
3 Batang serai - Hiris halus
2 Tangkai daun ketumbar - Hiris
4 Tangkai daun pudina - Hiris
6 Ulas bawang puting - cincang
10 Tangkai cili api - Hiris
1/2 Cawan jus limau nipis
4 Sudu makan sos ikan
 
CARANYA :
 
1 - Sotong dibersih dan dipotong bulat2,celur n toskan
2 - Campurkan bersama mangga,bawang merah,serai,halia,daun ketumbar dan daun pudina.Gaul rata
3 - Masukkan bawang putih,sili api,jus limau dan sos ikan.Gaul sebati sebelum dihidangkan

Pencuci Mulut Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

PENGAT PISANG DURIAN

BAHAN2 :
1/2 Kg pisang nangka
1 Biji pisang tanduk
1 Liter air
Rm3 santan
2 Keping nise
Gula pasir secukupnya
1 Cawan sago / Secuikupnya
1 Cawan isi durian
Garam secubitrasa
CARANYA :
1 - Pisang buang kulit dan dipotong tebal 1cm.Masak pisang dgn air gula hingga lembut.
2 - Masukkan santan,nise,sago dan garam.Kacau seketika masukkan isi durian dan kacau hingga mendidih.

AGAR2 BUAH NAGA

BAHAN2 : A
10Gm agar2
250Ml air
1 Biji buah naga
200Gm gula
20Gm isi buah naga - Potong kuib
BAHAN2 : B
10Gm agar2
250Ml air
250Ml pati mangga
200Gm gula
1 Liter susu cair
CARANYA :
1 - LAPISAN A
 - Kisar buah naga,tapis ambik jusnya saja.Ketepikan
 - Masak agar2 bersama air hingga mendidih dan hancur.Masuk gula dan jus buah naga tadi
 - Masak, angkat dan masukkan dlm acuan kecil yg telah diletak buah dragon kiub.Sejukkan seketika   supaya agak keras sedikit
2 - LAPISAN B
 - Masak agar2 bersama air hingga larut.Masukkan gula,susu cair dan pati mangga,kacau rata
 - Tuang adunan atas lapisan A,pastikan lapisan A hampir keras.Sejukkan sebelum dihidangkan.

Cookies'Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friday, July 29, 2011

Wednesday, July 27, 2011

Lagu pilihan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Insya Allah - Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you'll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that its way too late
Your're so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you'll find your way

Insya Allah x3
Insya Allah you'll find your way
Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise yourhands and pray
ooo Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insya Allah x3
Insya Allah we'll find the way

Monday, July 18, 2011

Thursday, July 14, 2011

Wednesday, July 13, 2011

Pasta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

PASTA PEDAS

BAHAN2 :
4 Biji telur - Pukul ringan
1 Labu bawang besar - Cincang
2 Tangkai cili merah - Buang biji & cincang
1/2 Cawan dal - Rebus
2 Ulas bawang putih - Cincang
1 Batang serai - Hiris
3/4 Cawan daging ayam rebus - Dicarik
1 Sudu kecil serbuk cili
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 Helai daun limau purut - Hiris
1 Sudu kecil minyak masak
1/2 Cawan pasta (spiral) - Rebus & dituskan
CARANYA :
1 - Satukan isi ayam yang dicarik, garam, lada sulah, serai dan serbuk cili dengan telur.
2 - Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi, masukkan campuran telur dan kacau hingga rata.
3 - Masukkan pula dal, daun limau purut dan juga cili merah, perlahankan api biarkan sehingga kelihatan beku tanpa dikacau.
4 - Apabila dal kelihatan beku, campurkan pasta, kacau lagi hingga rata dan hidangkan.

Sambal telur kayu manis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
SAMBAL TELUR KAYU MANIS

BAHAN2 :
 
20 Biji telur puyuh - Direbus
1 Cm belacan - Dikisar
11 Ulas bawang merah - Dikisar
25 Tangkai cili kering - Dikisar
1 Sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Minyak untuk menggoreng
Garam gula secukup rasa
 
CARANYA :
 
1 - Panaskan minyak dan goreng telur hingga kekuningan. Ketepikan.
2 - Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan bau.Masukkan serbuk kulit kayu manis dan kacau rata.
3 -  Masukkan garam dan gula secukup rasa, diikuti telur. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. Angkat dan hidangkan.

Monday, July 11, 2011

Pilihan Ramadhan 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

SAYUR KANKUNG WIF FISH BALL

BAHAN2 :
1 Ikat kankung - Potong
8 Biji fish ball - Belah 2
4 Ulas bawang putih - Tumbuk
4 Tangkai cili api - Tumbuk
Garam gula secukuprasa
Minyak
CARANYA :
1 - Panas minyak,tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.Masukkan fishball gaul seketika
2 - Masukkan kankung dan garam gula.Gaul sebati hingga kankung separuh masak


IKAN TERBUK MASIN GORENG BEREMPAH

BAHAN2 :
1 Ekor terbuk masin - Potong 2
4 Biji bawang merah - Mayang halus
12 Tangkai cili api - Potong halus
1/2 Biji limau nipis
Minyak
BAHAN REMPAH :
1/2 Sudu kecil serbuk lada hitam
1 Sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 Sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 Sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 Sudu tepung jagung
1 Biji telur
CARANYA :
1 - ikan terbuk digaul bersama bahan rempah dan perap selama 15 minit.
2 - Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kekuningan dan bau harum
3 - Masukkan bawang merah dan cili api,gaul seketika dan sebelum hidang perah limau nipis atas ikan tadi

IKAN SIAKAP KUKUS & KERABU

BAHAN2 :
1 Ekor ikan siakap - Sederhana
2 Biji mangga muda - Hiris
2 Biji bawang merah - Hiris
3 Tangkai cili merah - Hiris
3 Tangkaim cili padi - Hiris
3 Sudu besar jus limau kasturi
Garam gula secukuprasa
CARANYA :
1 - Kukus ikan siakap yg telah dibersihkan hingga masak.Ketepikan
2 - Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.Setelah siap tabur atas ikan kukus tadi

DAGING MASAK HITAM

BAHAN2 :
1/2 Kg daging batang pinang
3 Labu bawang besar
10 Ulas bawang putih
350Gm cili kisar
3 Sudu besar kicap hitam
2 Sudu besar sos tiram
Minyak secukupnya
Garam gula secukuprasa
BAHAN2 HIASAN :
5 Tangkai cili merah - Mayang
2 Tangkai cili hijau - Mayang
5 Tangkai daun sup - Hiris
2 Helai daun limau purut - Hiris
CARANYA :
1 - Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.Masukkan cili kisar dan cili padi gaul mesra dan hingga pecah minyak
2 - Masukkan daging gaul dan tutup seketika supaya daging cepat empuk.
3 - Bila daging dah agak masak,masukkan kicap dan sos tiram gaul rata,tutp seketika
4 - Sebelum angkat gaulkan bahan2 hiasan hingga mesra dan boleh dihidangkan

KETAM LEMAK WIF NANAS

BAHAN2 :
1/2 Kg ketam - Belah2
6 Biji bawang merah - Kisar
4 Ulas bawang putih - Kisar
1 Helai daun kunyit - Hiris
10 Biji cili padi - Kisar
2 Inci kunyit hidup - Kisar
1 Biji santan kelapa
2 Batang serai - Diketuk
Garam gula secukuprasa
Buah nanas secukupnya - Potong kiub
2 Biji tomato - Potong 4
4 Tangkai cili merah - Belah 2
CARANYA :
1 - Panas periuk masukkan bahan kisar,serai dan daun kunyit.Kacau hingga naik bau
2 - Masukkan sedikit air dan ketam,biar mendidih.masukkan nanas,tomato,cili merah dan garam gula
3 - Perlahankan api dan masukkan santan kacau hingga mendidih.Sedia utk dihidangkan

AYAM GORENG BERSANTAN

BAHAN2 :
1/2 Kg ayam - Potong
6 Biji buah keras - Kisar
2 Inci lengkuas - Kisar
5 Batang serai - Kisar
15 Tangkai cili padi - Kisar
4 Sudu besar cili kisar
7 Biji bawang merah - Kisar
4 Ulas bawang putih - Kisar
2 Inci halia - Kisar
2 Inci kunyit hidup - Kisar
Santan RM1
10 Helai daun limau purut - Hiris
2 Helai daun kunyit - Hiris
Grama gula secukuprasa
CARANYA :
1 - Ayam digoreng separuh masak,ketepikan.
2 - Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan santan,daun limau dan kunyit.Gaul mesra
3 - Masukkan ayam yg digoreng tadi dan perasakan dengan garam gula,gaul sebati dan masak hingga kuah jadi pekat.

UDANG GORENG BEREMPAH

BAHAN2 :
1/2 Kg udang galah - Goreng ketepikan
3 Labu bawang besar - Kisar
10 Ulas bawang putih - Kisar
8 Inci halia - Kisar
2 Sudu besar serbuk kari udang
Garam gula secukuprasa
1 Kuib pati ayam
Daun kari secukupnya
2 Tangkai cili hijau - Mayang
2 Tangkai cili merah - Mayang
Minyak
CARANYA :
1 - Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga naik bau.Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air,kacau sebati dan biar hingga pecah minyak
2 - Masukkan udang yg digoreng tadi dan gaul hingga sebati.Masukkan garam gula,kiub pati ayam dan cili.Gaul mesra dan boleh dihidangkan

Sunday, July 10, 2011

Cookies'Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

COKLAT COOKIES

BAHAN2 :
1 Cawan mentega
3/4 Cawan gula aising
Secubit garam halus
3 Sudu besar susu tepung
3 Cawan tepung gandum
Sedikit coklat emulco
Cip coklat untuk hiasan

CARANYA :
1 - Putar mentega bersama gula hingga kembang.Masukkan garam dan susu tepung, kacau rata.
2 - Masukkan tepung, gaul rata.Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 1/3 adunan dibiarkan warna asal manakala 2/3 adunan dicampurkan coklat emulco.
3 - Sediakan piping bag dengan nozel bentuk bentuk bintang yang berbeza saiznya.
4 - Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag yang berasingan. (Nozel bintang besar untuk adunan coklat dan bintang kecil untuk adunan warna asal).
5 - Paipkan adunan coklat dahulu, diikuti dengan warna asal di atasnya.
6 - Hias dengan cip coklat dan bakar sehingga masak.

WHITE BADAM COOKIES

BAHAN2 :
250 Gm coklat putih - Dipotong kiub
400 Gm badam - Dihiris memanjang dan dipanggang
Coklat urai - Untuk hiasan
Cawan kertas saiz kecil

CARANYA :
1 - Cairkan coklat putih melalui kaedah 'double boiler'.Padamkan api dan masukkan badam panggang dan gaul hingga rata.
2 - Masukkan sesudu kecil adunan badam ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai sebagai hiasan.
3 - Dinginkan dalam peti sejuk 3-5 minit atau hingga coklat beku sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti sejuk.

BUTTER COOKIES


BAHAN2 :
190 Gm mentega
100 Gm gula aising
2 Biji telur putih
250 Gm tepung
150 Gm tepung ubi
100 Gm kuaci  bunga matahari
1/2 Sudu kecil tepung kastad
CARANYA :
1 - Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.Masukkan putih telur, tepung, tepung jagung dan kuaci bunga matahari.
2 - Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.Setelah itu, terap mengikut acuan yang digemari.
3 - Letakkan adunan di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 170oC selama 15 minit.

COKLAT CIP COOKIES

BAHAN2 :
1 Cawan mentega
1 Cawan gula merah
1/2 Cawan gula kastor
 3 Biji telur
1 3/4 Cawan tepung
1 Sudu teh vanila
1 Sudu teh  serbuk penaik
1/4 Cawan cip coklat
CARANYA :
1 -  Pukul mentega bersama gula selama dua minit.Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang.
2 - Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan dan kacau lagi sehingga sebati.
3 - Masukkan  cip coklat  dan kacau rata.
4 - Bentukkan bulat-bulat dan susun dalam dulang pembakar dan bakar sehingga masak

Nasi daging utara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


NASI DAGING UTARA

BAHAN2 :
 
1 Kilo daging batang pinang – Dipotong 4 segi
1 Kilo beras basmathi – Bersih dan toskan
1/2 Cawan susu cair
1/2 Cawan minyak masak
3 Sudu besar butter
1 Tin tomato sup Kimball / Sos tomato
3 Sudu besar rempah nasi daging - Rempah kurma
1 Sudu kecil rempah sajira – Cari kat kedai mamak
Sedikit gula batu
Garam secukup rasa
Sedikit kismis dan bawang goreng untuk hiasan
 
BAHAN TUMIS :
 
4 Sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
Sedikit daun ketumbari
3 Helai daun pandan
1 Batang serai – Diketuk
1 Labu bawang besar – Dikisar
3 Ulas bawang putih – Dikisar
1 Inci halia – Dikisar
 
CARANYA :

1 - Panaskan minyak dan masukkan butter.Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
2 - Masukkan bahan yang dikisar,rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
3 -  Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
4 - Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
5 - Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
6 - Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam




 

Nasi ayam penyet

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
NASI AYAM PENYET

BAHAN NASI :
 
4 Cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 Cawan stok ayam
1 Helai daun pandan, disimpul
1 Batang kayu manis
1 Kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 Biji buah pelaga
1Iinci halia, dititik
2 Ulas bawang putih - Dititik
1 1/2 Camca besar butter
Garam secukup rasa
 
CARANYA : 
 
1 - Panaskan butter dalam kuali, tumis semua bahan hingga harum.
2 - Masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit.
3 - Masuk semua bahan dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa.Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
 
BAHAN AYAM :

1 Ekor ayam – Potong 8, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)
½ Sudu besar jintan manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ Sudu besar jintan putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 Sudu besar ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 Sudu besar serbuk kari ayam
1 Sudu besar serbuk kunyit
½ Sudu besar serbuk lada putih
3 Ulas bawang putih
1 Inci halia
Sedikit Air
1 Sudu kecil garam
Minyak secukupnya
 
CARANYA :

1 - Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2 - Lumur bahan dikisar pada ayam dan perap semalaman. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
3 - Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras.
4 - Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
 
BAHAN SAMBAL :
 
 Sedikit minyak masak
20 Batang cili merah
10 Biji cili padi
10 Biji bawang merah - Mayang
3 Ulas bawang putih - Mayang
5 Biji tomato - Potong 4
5 Inci Belacan 
2 Sudu ikan bilis  - Goreng ketepikan
Gula merah secukuprasa
 
CARANYA :

1 - Panaskan sedikit minyak,Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
2 - Sejukkan semua bahan yang telah digoreng,Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
3 - Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.Masukkan gula merah,garam dan gaul rata.
 
BAHAN SUP :

Masukkan garam gula secukup rasa dan sup bunjut pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
 
BAHAN TEMPE DAN TAUHU GORENG :
 
2 Keping tahu – potong dadu
1 Paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak secukupnya
 
CARANYA :
 
1 - Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Sup ayam buah kundur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

SUP AYAM BUAH KUNDUR

BAHAN2 :
 
1/2 Ekor ayam
1 Cawan ayam cincang
2 Inci halia - Mayang halus
1 Sudu makan tepung jagung
1 Sudu makan minyak bijan
1 Sudu makan garam
1 Sudu makan serbuk lada sulah
Air secukupnya
Sotong kering secukupnya
10 Biji kurma
10 Biji cendawan hitam - Potong kecil
1 Cawan isi buah kundur - Potong kiub
1 Sudu makan gula
1 Sudu makan daun bawang
 
CARANYA :
 
1 - Rebus ayam bersama sotong kering sehingga mendidih dan kuah jadi pekat.Tapiskan airnya dan masukkan kurma,cendawan,buah kundur dan masak hingga mendidih.
2 - Gaul ayam cincang bersama halia,tepung jagung,minyak bijan,lada sulah dan garam halus.
3 - Masukkan adunan kedalam sup tadi.Tambah gula garam secukupnya.biar didih seketika n hias dgn daun bawang.

Thursday, July 7, 2011

Saturday, June 25, 2011

Cake's

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

CuTi At ChErATiNg

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Perjalanan ke Cherating, bermula pada hari Jumaat June 2011, pukul 10.30 pagi. Hazreeq pagi lagi dah excited memekak suruh bangun..dah tak sabar2 nak p berjalan.Perjalanan yang panjang sungguh memboringkan singgah di tiga perhentian, ..berhenti makan di R&R Lanchang..Emmmmmm makan nasi ayam seorang sepinggan..termasuk le Hazreeq..licin!!!!!!

Pergi Cherating ikut persimpangan Jabor..pukul 3.30ptg baru sampai hotel Impiana Resort & Spa...ramainya orang ...hotel fully booked cuti hujung minggu ni.
Gambar: view bilik dari balcony.




Sampai kat hotel, lepak kat bilik sampai kul 5, lepas tu turun pegi swimming pool & jalan2 tepi pantai dan mandi laut,almaklumlah bukan senang nak jumpa laut hehehehe..........lihat Laut China Selatan yang terbentang...sambil tu boleh kutip pahala...n berangan kuang kuang kuang.........



Petang tu lepas solat magrib dah keluar cari makan..berpusing-pusing cari restoren mana nak p makan....Restoren Juara Tomyam....Order makanan cam biasa le...menu tomyam, siakap sweet sour, sotong goreng tepung, ayam goreng kunyit,daging masak merah,kailan ikan masin & x lupa telur dadar kegemaran Hazreeq. Makanan cepat dapat..jeng2 ini dia juadah...



Sampai kat lobby hotel lebih kurang 9.30 malam, hujan renyai2..sebelum tu singgah kat kedai beli sedikit makanan n selipar untuk dipakai kat beach.

Ber'posing' di lobby

Pagi Sabtu hujan lebat sungguh..lepas breakfast lepak kat bilik, beli belah kat kedai cenderahati & layan fb kat lobby...Bilik hujan tak lepas tinggal 'gerimis mengundang' je kami sekeluarga mandi manda kat Swimming pool. Naik bilik & bersiap utk mkn tengahari pastu keluar jalan2 cari Satar kat Pantai Mak Nik, Kemaman..



Payah juga nak cari warung pak Aziz  yang jual satar tersedap kat kemaman ni. Bukan apa, tak nampak gerainya walaupun berwarna Kuning terang. Menyusuri Jalan Pantai Mak Nik sampai jumpa Jeti Kemaman. Bila berpatah balik baru jumpa..Nak turun Hazreeq keletihan dan tertidur dalam kereta. So kami makan berdua je satar dlam kereta..sedap!!!!
Malamnya makan steamboat kat Hotel. Tak berapa sedap le..Shada masih teringatkan Johnny's...your still no one in serving steamboat.
Check-out time!! Hari Ahad June 2011.Lepas check-out singgah kat Warung Kak Yah Nasi Kukus untuk makan tengahari,Ramai sungguh sampai kena ikut giliran untuk ambik tempat. Sempat bungkus ayam goreng berempah n air sirap untuk makan dlm perjalanan. Singgah lagi beli kopok lekor dan kopok kering di sepanjang jalan....

Sempat singgah kat tempat santuari penyu milik MOA tp sayang dah TUTUP!!! Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Putrajaya..................

Thursday, June 16, 2011

Wednesday, June 15, 2011

Main Kertas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Mihun lada hitam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

MIHUN LADA HITAM

BAHAN2 :
 
1/3 Paket mihun - Celur dan tos
2 Ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih - Tumbuk
2 Ekor sotong - Potong bulat
7 Ekor udang - Buang kulit
1 Kiub pati ikan bilis
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
1 Batang sawi - Potong
Segenggam tauge
 
CARANYA :
 
1 - Tumis bawang hingga naik bau kemudian masukkan sotong,udang dan kiub pati ikan bilis.
2 - Masukkan garam gula,lada hitam dan lada sulah.Tambah sedikit air.
3 - Masukkan mihun,sawi dan kacau rata.
4 - Akhir sekali masukkan tauge dan kacau rata.

Cuti At Kuching Srawak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friday, June 3, 2011

Buur kacang hijau

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum.....
  
Salam ukhwah buat semua,hari ini Shada ingin berkongsi satu resepi yang ringkas dan sedap dimakan di waktu minum petang atau sebagai pencuci mulut.Bubur kacang hijau sangat terkenal dan sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang.
 
Bubur kacang hijau senang didapati dimana sahaja kerana keenakkan rasa kacang hijau bersama santan mudah menambat selera sesiapa sahaja.Bubur kacang hijau juga bermacam-macam resepi dan gaya dipersembahkan mengikut kesesuaian dan peredaran masa.
 
BUBUR KACANG HIJAU
 
BAHAN2 :
 
1 Cawan bubur kacang hijau - Cuci dan toskan
2 Cawan santan
1 Cawan air
2 Keping nise
Sedikit gula pasir
Secubit garam
1/2 Cawang sagu - Cuci dan toskan
2 Helai daun pandan - Simpul
4 Ulas durian - xsuka xpayah letak
 
CARANYA :
  1. Goreng kacang hijau tanpa minyak dan masukkan kedalam periuk
  2. Masukkan air dan masak hingga air mendidih,masukkan sagu,daun pandan,nise dan gula.gaul mesra dan sebati.
  3. Masukkan santan kacau hingga agak pekat dan masukkan durian gaul sebati.
  4. Masukkan garam sebelum tutup api dan kacau seketika.
    

Nasi kurma

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

NASI KURMA

BAHAN A :
 
5 Sudu besar butter
6 Kuntum bunga cengkih
2 Biji bawang merah - dihiris
2 Ulas bawang putih - dihiris
50Gm buah kurma - dibuang biji

BAHAN B :
 
3 Cawan beras wangi
4 Cawan air
1/4 Sudu garam
Sedikit pewarna kuning
100Gm sayur campuran
 
CARANYA :
 
1 -  Panaskan butter dan tumis bahan A. Masak sehingga wangi.
2 - Masukkan bahan B dan tunggu sehingga separuh masak. Masukkan pula buah kurma dan biarkan nasi masak.

Monday, May 30, 2011

Nasi serai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

NASI SERAI

BAHAN2 :
 
3 Labu bawang besar - Kisar
5 Ulas bawang putih - Kisar
3 Inci halia - Kisar
2 Inci lengkuas - Kisar
8 Batang serai - Ketuk
Sedikit minyak masak
1 1/2 sudu besar garam
400 gm beras basmati
Air
CARANYA :
 
1 - Panaskan minyak. Kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.
2 - Masukkan air sehingga bahan-bahan tadi mendidih.Masukkan garam dan serai.
3 - Masukkan beras basmati dan tunggu sehingga masak. Sesekali kacau hingga nasi serai tadi masak.

 

Saturday, May 21, 2011

Friday, May 20, 2011

8 Cara Menggalakkan Anak Menggemari Buah-buahan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Makan merupakan salah satu asas kehidupan.Walaupun kita seringkali bimbang akan tahap kolesterol,lemak dan unsur-unsur pemakanan yang kurang sihat tetapi sedarkah kita tiada makanan yang tidak baik,malah makanan adalah sumber terpenting tenaga badan kita.
  1. Jadikan amalan,makan buah-buahan dan sayuran segar setiap hari dalam suasana yang tenang.Jangan memaksa mereka sebaliknya,terangkan dengan ringkas akan kelebihan yang ada dalam setiap buah-buahan tersebut.
  2. Gaya persembahan buah-buahan adalah penting,jika anda ingin menarik perhatian mereka.Dicampurkan dalam makanan utama seperti sup ayam atau dalam hidangan pencuci mulut,seperti puding mangga adalah salah satu cara yang boleh dipraktikkan.
  3. Ajak anak-anak turut serta,setiap kali anda ingin memasak hidangan berasaskan buah-buahan.Biarkan mereka memberi idea atau pilihan buah-buahan kegemaran agar,hidangan tampil menarik dan berkhasiat.

Thursday, May 19, 2011

Delicous

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

COKLAT MARBLE CREAM CHEES BROWNIES
BAHAN COKLAT BROWNIES :
125Gm butter - Potong kiub
270Gm bittersweet cooking chocolate - Potong kiub
1/2 Cawan gula perang
2 Biji telur grade A - Pukul sedikit
1/2 Cawan tepung - Tepung super fine Blue Key 
1 Sudu kecil esen vanila
2 Sudu kecil mocha paste
CARANYA :
1 - Butter dan cooking chocolate dicairkan dengan menggunakan kaedah double boil atau medium high microwave selama 1 minit.keluarkan kacau sebati,masak lagi dalam masa 30 saat dan biarkan sejuk
2 - Masukkan gula perang dan telur yang telah dipukul tadi dan kacau.Campurkan esen vanila dan tepung,kacaul rata dan sebati.
3 - Masuk dalam acuan loyang dan ketuk biar sekata
BAHAN2 CREAM CHEES - TOPPING :
400Gm Philadelphia cream cheese -  biarkan dalam suhu bilik seketika
2 Biji kuning telur grade A - Pukul sedikit
7 Sudu besar gula pasir 
1 Sudu kecil esen vanila
CARANYA :
1 - Menggunakan hand @ stand mixer pukul cream cheese sehingga lembut.
2 - Masukkan gula,telur dan esen vanila.Pukul sebati hingga ringan dan kembang.ketepikan
*Ambil acuan coklat brownies yg telah dimasukkan dlm loyang.letakkan adunan cream chees atasnya.
*Dicorakkan dengan menguunakan lidi.Tarik ikut suka hingga jadi corak kesukaan.
*Bakar suhu 180'c selama 25minit atau hingga masak

BROWNIES

BAHAN2 :
100Gm coklat
130Gm butter
250Gm gula
4 Biji telur
130Gm tepung
5Gm serbuk penaik
50Gm badam / walnut
CARANYA:
1 - Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah double boiler.Sejukkan
2 - Pukul gula dan telur sehingga kembang.Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.
3 - Masukkan tepung dan serbuk penaik.Akhir sekali masukkan badam atau walnut
4 - Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 minit

BROWNIES 3 RASA 3 JENIS

BAHAN A :
250Gm coklat masakan
310Gm butter
250Gm gula
5 Biji telur
Sedikit esen vanila
200Gm tepung
20Gm serbuk koko
BAHAN PILIHAN :
100Gm badam cincang
100Gm kismis
100Gm walnut
BAHAN KRIM :
357Gm coklat masakan
142Ml susu segar
CARANYA :
1 - Cairkan coklat dan butter secara double boiler ketepikan.Pukul gula dan telur hingga kembang
2 - Tuangkan esen vanila dan masukkan coklat yang dicairkan tadi.
3 - Satukan tepung dan serbuk koko dan diayak.Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
4 - Maukkan separuh adunan badam cincang,separuh kismis,separuh walnut.Tuang adunan dlm acuan dan bakar suhu 180'c selama 40Minit.
KRIM :
1 - Masak susu hingga berbuih dan masukkan coklat
2 - Setelah sejuk sapukan krim dan taburkan dengan badam/kismis/walnut diatas kek 

Wednesday, May 18, 2011

Tuesday, May 17, 2011

Ayam masak manis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


AYAM MASAK MANIS

BAHAN2 :
 
1/2 Ekor ayam - Potong 6
1 Cawan santan
2 Sudu makan cili kisar
4 Biji kentang - Belah 4
2 Gelas air
1 Batang kulit kayu manis
3 Biji buah pelaga
3 Kuntum bunga cengkih
1 Kuntum bunga lawang
2 Inci halia - Kisar
2 Inci kunyit - Kisar
2 Inci lengkuas - Kisar
5 Ulas bawang putih - Kisar
2 Labunbawang besar - Kisar
Garam gula secukup rasa
 
CARANYA :
 
1 - Tumis rempah 4 sekawan bersama bahan kisar hingga naik bau.
2 - Masukkan semua bahan lain kacau rata.
3 - Masak sehingga ayam dan kentang empuk dan sehingga kuah pekat.

Monday, May 16, 2011

Bebola bilis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 

BEBOLA BILIS

BAHAN2 :
 
1/2 Cawan ikan bilis - Bersih dan toskan
1 1/2 Cawan tepung naik sendiri
1 Biji telur
1/2 Sudu kecil rempah kari
Air secukupnya
Sedikit garam
Minyak
 
CARANYA :
 
1 - Campurkan semua bahan kecuali minyak dan rehat selama 30minit
2 - Panaskan minyak,ambil sedikit adunan dan goreng garing.Enak dimakan bersama sos cili

Sunday, May 15, 2011

Perut gulai lemak rebung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


PERUT GULAI LEMAK REBUNG

BAHAN2 :
 
1/2 Kilo perut lembu - Cuci,hiris nipis dan rebus empuk
Rebung secukupnya
3 Cawan santan
20 Biji cili api - Kisar
1 1/2 Inci kunyit - Kisar
2 Labu bawang besar - Kisar
1 Helai daun kunyit
1 Keping asam gelugur
Garam gula secukup rasa
 
CARANYA :
 
1 - Sejat dan ketepikan perut yang telah direbus
2 - Masukkan santan,bahan kisar dan perut dalam periuk.Masak dengan api perlahan
3 - Bila mendidih,masuk semua bahan dan masak hingga mendidih dan sebati.

Pulau Langkawi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hureyyyyyy masa untuk bercuti.........
3 hb Jun 2010
kami sekeluarga berpeluang untuk bercuti dan kali ini destinasi yang dipilih ialah Pulau Langkawi.Sebenarnya Huny menjadi penceramah bagi kursus yang diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar so......apa tunggu lagi peluang untuk bercuti tidak dilepaskan begitu saja hahahahahahaa.................. mengajar hanya satu hari dan Huny mengambil cuti 3 hari so kami bercuti selama 3 hari 2 malam.Kami memilih Hotel 5 bintang untuk percutian kali ini "hohohoho............nak merasa tido kat hotel mahal katakan". To me Langkawi is a good place for family holiday. Last time kami sekeluarga pergi ialah pada Februari tahun 2009. Antara tempoh berkenaan, Shada sempat berkunjung dua kali rasanya mengikuti Huny mengajar, tapi tak sempat ‘ziarah’ mana. Banyak tak banyak, banyak juga perubahan Langkawi sekarang.
Lepas chek-in dan makan tengahari, terus keluar jalan2 dan tempat pertama dikunjungi Makam Mahsuri.Kini dilengkapi dengan Muzium Legenda Mahsuri, Mini Zoo, Pentas Budaya, pameran batu-batan Langkawi serta beberapa rumah replika mereka yang mempunyai hubung kait dengan Mahsuri. Makamnya pun dah diperbesarkan. Kini ada muzium diodrama kisah Mahsuri. Kira OK juga walaupun dikenakan RM5 sekali masuk untuk dewasa.Balik semula Kuah, mula window shopping.
Pekan Kuah tempat membeli belah serta Bazar Mara hanya bersebelahan dengan hotel penginapan kami. Ke Langkawi Fair nampak lengang aje. Impian Samudera katanya murah sikit, but since ada orang kata taukehnya ’keyahudian’, so masuk just tengok2 saja tak de nak beli.Borong habis coklat yang menjadi kegemaran kami sekeluarga,kain batik jawa untuk ole2, t-shirt dan jc bola Hazreeq. Cuti sekolah orang ramai betul, terutamanya di Kedai Hj Ismail Group. Tempat shoping yang menjadi kegemaran Shada "bak kata pepatah alang2 celup pekasam biar sampai kepangkal lengan".Borong sampai x muat kereta kikikikikiki.......Hj Ismail Group tempat beli-belah pinggan mangkuk imported jenama terkenal.

Sebelah petang ke Dataran Langkawi. Masih macam itu juga, maklumlah helang batu, nak berubah macam mana. Cuma tempat ruangan gerai jualan berdekatan tu ramai yang berniaga dan nampak macam terurus tidak seperti sebelum ini.Burung helang inilah yang memberikan nama kepada Pulau Langkawi iaitu 'Lang' dari perkataan Helang dan 'Kawi' daripada warnanya yang 'reddish brown'.Shada kira ini antara landmark menarik untuk diabadikan kenangan ketika di Langkawi. Tambahan tiada bayaran dikenakan dan terletak dekat jeti ferri.
4 hb Jun 2010
Hari Rabu sewa kereta Jen 2 baru Auto untuk pusing2 bandar langkawi. Memula nak ke Kereta Kabel, tetapi sebab hujan lebat, lantas melencong ke Underwater World dulu. Di sana yang baru dan kira menariknya ialah peguin dan tayangan filem 3D. Dah besar 3 ekor peguin yang dilahirkan di sana dan dua lagi akan datang. Hidupan lain rasanya sama seperti dulu jugak. kalau dibandingkan dengan Aquaria di KLCC, sana lebih besar dan tersusun. Suatu ketika dulu Underwater World ini dikatakan yang terbesar di Asia tenggara, tapi kini dah 'kalah' kot.
Lepas tu ke kabel car yang merupakan satu tarikan baru. Alamak menggigil lutut, kejang betis semasa kereta kabel mendaki ke atas, di tambah dengan sedikit berayun oleh tiupan angin dan bergegar semasa melalui tiang di pertengahan perjalanan. Seram sejuk semasa sampai dan berada di atas Gunung Mat Cinchang. Tak sabar nak turun balik,orang ramai walaupun baru lepas hujan dan hari semakin senja. Pemandangan memang menarik. Cuma terfikir dengan ketinggian begini, macam mana dia orang buat dulu, berapa ramai agaknya yang terkorban.


Lepas tu pusing sekitar Oriental Village yang terletak di kaki Gunung Mat Cincang. Rasanya ini tempat tarikan baru jugak. Banyak kedai-kedai yang melambangkan pelbagai negara, khususnya restoran. Tak sempat tengok gajah serta bermain dengan arnab hidup sebab dah tutup. Lepas itu balik sambil menikmati pemandangan pantai serta pelabuhan kapal layar. Singgah di Beras Terbakar. Nampak takde perubahan sangat, kecuali rumput di tapak beras terbakar tu dah hampir keseluruhan menutupi permukaannya.


5 hb Jun 2010
8.30 pagi selepas sarapan pack barang dan terus shoping buat kali terakhir dan akhirnya ke jeti untuk hantar kereta sewa dan kembali ke Kuala Perlis. Berbanding dulu, kini kompleks jeti ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ATM, kedai makan dan pelbagai kedai lain untuk 'last-minute' shoping sementara menunggu ferri tiba. Atas kertas katanya perjalanan 45 minit, tapi rupanya hampir 1 jam 15 minit. Dapat naik kereta semula terasa segar dan tak sabar nak kembali ke Putrajaya. Bertolak kekira jam 5.00 petang dan sampai rumah jam 11.30 malam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...