بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.....
Salam ukhwah buat semua,hari ini Shada ingin berkongsi satu resepi yang ringkas dan sedap dimakan di waktu minum petang atau sebagai pencuci mulut.Bubur kacang hijau sangat terkenal dan sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang.
Bubur kacang hijau senang didapati dimana sahaja kerana keenakkan rasa kacang hijau bersama santan mudah menambat selera sesiapa sahaja.Bubur kacang hijau juga bermacam-macam resepi dan gaya dipersembahkan mengikut kesesuaian dan peredaran masa.
BUBUR KACANG HIJAU
BAHAN2 :
1 Cawan bubur kacang hijau - Cuci dan toskan
2 Cawan santan
1 Cawan air
2 Keping nise
Sedikit gula pasir
Secubit garam
1/2 Cawang sagu - Cuci dan toskan
2 Helai daun pandan - Simpul
4 Ulas durian - xsuka xpayah letak
CARANYA :
- Goreng kacang hijau tanpa minyak dan masukkan kedalam periuk
- Masukkan air dan masak hingga air mendidih,masukkan sagu,daun pandan,nise dan gula.gaul mesra dan sebati.
- Masukkan santan kacau hingga agak pekat dan masukkan durian gaul sebati.
- Masukkan garam sebelum tutup api dan kacau seketika.
No comments :
Post a Comment