بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Perjalanan ke Cherating, bermula pada hari Jumaat June 2011, pukul 10.30 pagi. Hazreeq pagi lagi dah excited memekak suruh bangun..dah tak sabar2 nak p berjalan.Perjalanan yang panjang sungguh memboringkan singgah di tiga perhentian, ..berhenti makan di R&R Lanchang..Emmmmmm makan nasi ayam seorang sepinggan..termasuk le Hazreeq..licin!!!!!!
Pergi Cherating ikut persimpangan Jabor..pukul 3.30ptg baru sampai hotel Impiana Resort & Spa...ramainya orang ...hotel fully booked cuti hujung minggu ni.
Gambar: view bilik dari balcony.
Sampai kat hotel, lepak kat bilik sampai kul 5, lepas tu turun pegi swimming pool & jalan2 tepi pantai dan mandi laut,almaklumlah bukan senang nak jumpa laut hehehehe..........lihat Laut China Selatan yang terbentang...sambil tu boleh kutip pahala...n berangan kuang kuang kuang.........
Petang tu lepas solat magrib dah keluar cari makan..berpusing-pusing cari restoren mana nak p makan....Restoren Juara Tomyam....Order makanan cam biasa le...menu tomyam, siakap sweet sour, sotong goreng tepung, ayam goreng kunyit,daging masak merah,kailan ikan masin & x lupa telur dadar kegemaran Hazreeq. Makanan cepat dapat..jeng2 ini dia juadah...
Sampai kat lobby hotel lebih kurang 9.30 malam, hujan renyai2..sebelum tu singgah kat kedai beli sedikit makanan n selipar untuk dipakai kat beach.
Ber'posing' di lobby
Pagi Sabtu hujan lebat sungguh..lepas breakfast lepak kat bilik, beli belah kat kedai cenderahati & layan fb kat lobby...Bilik hujan tak lepas tinggal 'gerimis mengundang' je kami sekeluarga mandi manda kat Swimming pool. Naik bilik & bersiap utk mkn tengahari pastu keluar jalan2 cari Satar kat Pantai Mak Nik, Kemaman..
Payah juga nak cari warung pak Aziz yang jual satar tersedap kat kemaman ni. Bukan apa, tak nampak gerainya walaupun berwarna Kuning terang. Menyusuri Jalan Pantai Mak Nik sampai jumpa Jeti Kemaman. Bila berpatah balik baru jumpa..Nak turun Hazreeq keletihan dan tertidur dalam kereta. So kami makan berdua je satar dlam kereta..sedap!!!!
Malamnya makan steamboat kat Hotel. Tak berapa sedap le..Shada masih teringatkan Johnny's...your still no one in serving steamboat.
Check-out time!! Hari Ahad June 2011.Lepas check-out singgah kat Warung Kak Yah Nasi Kukus untuk makan tengahari,Ramai sungguh sampai kena ikut giliran untuk ambik tempat. Sempat bungkus ayam goreng berempah n air sirap untuk makan dlm perjalanan. Singgah lagi beli kopok lekor dan kopok kering di sepanjang jalan....
Sempat singgah kat tempat santuari penyu milik MOA tp sayang dah TUTUP!!! Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Putrajaya..................
No comments :
Post a Comment