Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Thursday, January 19, 2012

Suri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum............

Salam sayang buat semua,sudah agak lama shada tidak mengupdate blog ini.Maklumlah sibuk dengan tugasan harian dalam menguruskan Hazreeq.

Tahun ini tugas shada sebagai seorang suri bertambah berat disebabkan segala urusan terhadap hazreeq shada terpaksa lakukan seorang diri,oleh kerana Huny agak sibuk dengan urusan kerja.sebagai seorang isteri dan ibu yag bertanggungjawab shada harus menelannya tanpa ada rasa sedikit kekurangan dan ketidak selesaan pada Hazreeq.

Tidak seperti tahun lepas menggunakan perkhidmatan bus skolah,tahun ini shada sendiri menghantar dan mengambil hazreeq dari sekolah dan dalam masa yang sama shada menguruskan hal2 rumah dan disamping itu juga shada mencari sedikit ruang utk shada menambahkan sedikit pendapatan dalam membantu Huny dari segi kewangan.

Untuk pengetahuan semua shada sekarang ini sudah berjinak2 dalam seni jahitan dan sulaman manik.Minat untuk menjahit adalah datang dengan sendiri tanpa dirancang dan disaat shada memerlukan sesuatu utk mencari pendapatan shada sendiri setelah keadaan shada tidak mengizinkan utk shada "supply food"yang selama ini shada lakukan.

Oleh kerana masa yang tidak berapa mengizinkan shada utk aktif berblog,insyaallah......shada akan cuba memperbaiki dan mengatur jadual sebaik mungkin supaya shada tidak lari dari minat shada utk mempamirkan masakan dan memiliki blog masakan shada sendiri

Monday, January 2, 2012

TAHUN BARU 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum..

Pejam celik-pejam celik dah melangkah ke tahun 2012. Setahun masa berlalu dengan begitu pantas. Terasa-rasa macam baru semalam shada sibuk berperang didapur menyiapkan tempahan untuk mengucapkan selamat tahun baru buat 2011, kini sudah setahun rupanya masa berlalu.

Kenangan 2011 masih berlegar - legar dalam  ingatan. Banyak kenangan pahit manis yang harus ditelan. Tak disangka sudah setahun shada mengisi masa lapang menjadi blogger masakan. Memulakan kerjaya sebagai food supply dan dengan tidak sengaja menjadi blogger masakan yang tak pernah terlintas dalam kotak fikiran sebelum ini.

Kini kehidupan harian shada dicoret dalam blog ini. Tiada lagi rahsia dlm dunia masakan walaupun sebelum ini tidak pernah dikongsi walau dengan rakan terdekat sekalipun.
Kehadiran blog ini sedikit sebanyak memberi keceriaan dan semangat yg tinggi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang suri.Bermula dunia di corok dapur. Setiap inci yg dilakukan tercatat dengan rapi. Setiap pahit manis di kongsi bersama.

Kehadiran blog ini sedikit sebanyak mengubah perjalanan seharian kerna dapat lakukan apa yang shada suka lakukan sebelum ini. Mencuba danmereka setiap resepi yang tak pernah terfikir untuk dibuat dan dicuba. Kadang kala hasilnya memuaskan dan adakala hasilnya tak seperti yang diharapkan. Namun banyak yang shada belajar........... kata orang belajar dari kesilapan adalah lebih baik dari x buat apa2. Tiada seorang pun yang tak pernah melakukan kesilapan dan tiada insan yang sempurna di muka bumi Allah ini.

Memasak satu hoby yang tak dapat dipisahkan dari shada ibarat isi dan kuku bermula setelah shada meningkat remaja.Hoby yang tak akan pudar,semakin hari semakin galak mencuba setiap resepi baru. Suami dan anak adalah insan yang banyak memberi galakan. Setiap hari ada saja perintaan menu baru dan di cabar untuk mencuba pelbagai resepi yang kadang kala tidak disangka mampu lakukannya. Semakin di cabar semakin berkobar-kobar semangat untuk mencuba dan melakukan yang terbaik.

Semoga kedatangan tahun 2012 merubah kehidupan shada sekeluarga kepada yang lebih baik.
Terima kasih buat insan-insan tersayang.Galakan, dorongan dan kata-kata semangat dari keluarga tersayang adalah penguat semangat selama ini.
Tidak lupa buat teman yang tidak lokek berkongsi ilmu dan resepi.Semoga mendapat keredhaan dari Allah dan di berkatiNya.Halalkan setiap resepi yang telah di cuba, semoga ianya berkat di dunia dan di akhirat

Terima kasih buat teman,pengunjung-pengunjung setia blog ini, anda adalah nadi dan pembakar semangat. Tanpa anda pasti coretan ini akan terhenti dan bernoktah di sini.

Kepada semua rakan-rakan blogger, teruskan usaha murni kalian dengan ikhlas dan jujur. Semoga tahun yang mendatang ini menjanjikan yang lebih baik buat semua.Buktikan kita juga punya keistimewaan tersendiri. Bangkit dan buktikan kehebatan anda. Jangan cepat mengaku kalah.. Lakukan yang terbaik bukan untuk sesiapa tapi untuk diri kita sendiri.. Kerana hanya kita sahaja yang dapat menghargai diri kita.

shada menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya selama kita bersahabat di alam maya ini ada tersilap dan terkasar bahasa atau menguris perasaan kalian...
Maaf juga kepada semua andainya coretan dalam blog ini tidak diupdate selalu hehehehe........an tidak berkesempatan untuk membalas setiap kunjungan...  shada juga insan biasa yg dijadikan Allah hanya sebagai hambanya yg lemah... 

Kepada semua, selamat menyambut kedatangan 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...