بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.......
Selamat bercuti pada adik-adik yang sedang cuti sekolah dan tidak lupa juga kepada ibu bapa yang cuti bekerja demi meluangkan masa bersama anak-anak.Emmmm dah tentu ramai mengambil kesempatan untuk pergi bercuti kan ???
Shada masih lagi penuh dengan aktiviti-aktiviti harian walaupun musim cuti sekolah.Tempahan masih ada yang belum disiapkan tapi....mood datang untuk kongsi resepi,hope resepi ni x ada yang kurang hehehehe sambil tulis sambil buat kek.
Jomlah layang resepi...natikan asyik menulis kek entah kemana hikhikhik !!
KEK CAWAN COKLAT MOIST
BAHAN2 :
3 Biji telur
1 Cawan minyak masak
1 Cawan gula halus
1 Cawan gula perang
BAHAN A :
1 Cawan susu coklat
1/2 Cawan air + 2 sudu nescafe
1 Sudu een vanila
BAHAN B : DI AYAK
2 1/2 Cawan tepung gandum
1 Sudu baking powder
1 Sudu soda bikarbonat
1 Cawan serbuk koko
CARANYA :
-
Panaskan oven 180'c selama 15 minit.Pukul telur hingga kembang,masuk gula halus dan perang
-
Pukul sebati dan masukkan minyak,pukul sampai rata
-
Masukkan bahan A berselang seli dengan bahan B,kaup balik hingga sebati.
-
Bakar pada suhu 180'c selama 20-30 minit mengikut oven masing-masing.
No comments :
Post a Comment