Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Monday, March 18, 2013

Gulai Rebung Ayam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum......
 
Menu hari ini selera kampung,Shada sekeluarga lebih gemar dengan masakan kampung berbanding masakan barat dan moden.Lauk pauk masakn kampung pembuka selera,kalau dah makan pasti nak lagi dan lagi.....Rasa dan keunikan masakan kampung mampu menambat hati sesiapa sahaja samada muda dan tua pasti tertambat dengan aromanya.
 
Hari ini Shada kongsikan resepi Gulai rebung ayam.Masakan ini sangat popular di kawasan perkampungan dan salah satu menu warisan negeri Melaka.Bila makan lauk macam ni ,memanglah sangat berselera dan menaikkan selera bila dihidang bersama sambal belacan,ikan masin dan ulam-ulaman.
 
Cara memasaknya hapir sama dengan orang lain cuma Shada memasak mengikut selera kami sekeluarga.Ada yang masak gulai rebung ayam ini letak udang kering,pati ayam dan belacan.Tapi...Shada hanya masak dengan cara yang simple dah mudah.Shada lebih gemar memasak masakan yang simple dan mudah berbanding masakan yg menggunakan pelbagai bahan2 dan berat."Citarasa anda adalah satu keunikan" 
 

 
GULAI REBUNG AYAM
 
BAHAN2 :
1/2 Ekor ayam - Potong kecil
1 1/2 Mangkuk rebung - Potong bulat2
Garam gula secukup rasa
2 Mangkuk santan / Secukupnya
Sedikit air
 
BAHAN KISAR :
4 Biji bawang merah
5 Ulas bawang putih
1 Inci halia
1 Inci kunyit hidup
1 1/2 Inci lengkuas
4 Tangkai cili merah
 
CARANYA :
  1. Masukkan semua bahan kisar dalam periuk dan biar mendidih seketika
  2. Masukkan ayam,gaul mesra dan biar seketika.Masukkan santan,air dan kacau selalu hingga mendidih.
  3. Masukkan rebung dan garam gula,gaul sebati dan biar hingga mendidih dan rebung masak.
SELAMAT MENCUBA !!
 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...