We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Waktu skarang masih sibuk didapur menyiapkan sample sekut raya.Walaupun raya lambat lagi tapi diluar sana sudah riuh rendah mencari sample sekut raya.
Pada tahun ni shada hanya buat 7 jenis sekut raya untuk koleksi kekmanis.walaupun sedikit berbanding dengan penjual lain shada tetap tidak berputus asa kerana shada tidak boleh buat banyak jenis takut nanti tidak dapat siapkan tempahan seperti yang dijanjikan.
Salah satunya sekut oat crunch.Alhamdulillah biskut ini mendapat sambutan hangat walaupun pertama kali shada perkenalkan.hampir setiap tempahan pembeli sample sekut raya mesti terselit order untuk sekut oat crunch ini.Shada harap sekut ini menjadi salah satu kegemaran kawan-kawan..
Selamat Mencuba !
OAT CRUNCH COOKIES
BAHAN2 :
100 gm butter
75 gm gula aising
1 biji kuning telur
100 gm tepung gandum
1/2 sk serbuk penaik
75 gm oat
15 gm susu tepung
50 gm koko krunch - diramas2
20 gm kismis kecik
CARANYA :
1. Pukul butter dan gula aising hingga sebati.masukkan kuning telur pukul sebati
2. Masukkan tepung dan serbuk penaik sambik diayak dan dikacau rata.masukkan oat dan susu tepung kacau rata.
3. masukkan koko krunch dan kismis kacau hingga rata
4. Sudukan dlm loyang yang telah dgril dgn butter
5. bakar dengan api bawah pada suhu 150'c selama 35minit atau hingga masak.mengikut kepanasan oven masing2.
Selamat berpuasa kawan-kawan....semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Dah tentu ramai yang tertanya-tanya nak masak apa ya.. nanti untuk bebuka dan sahur ??
emmm persoalan itu juga tidak terkecuali difikiran shada.
Setiap kali tiba ramadhan banyak menu yang harus disediakan bagi menambat selera,walau pun begitu haruslah dengan kuantiti yang cukup bagi mengelak pembaziran.Kebiasaannya shada akan masak 2 atau 3 menu sahaja untuk lauk-pauk dan 2 jenis kuih-muih sebagai pencuci mulut.Insyaallah jika ada kelapangan shada akan update juadah bebuka setiap hari untuk dikongsi dengan kawan-kawan semua.
Menu yang pertama shada kongsi untuk hari pertama ramadhan ialah udang goreng gangup bercili.
Menu ni shada ambik dalam majalah sedap dan terlebih dahulu shada mohon share resepi disini dan maaf banyak-banyak atas pengubahsuaian keatas resepi bagi mengikut citarasa shada sekeluarga.
Jom intai-intai resepi....
UDANG GORENG RANGUP BERCILI
BAHAN A :
1/2 kilo Udang galah/besar - Buang kulit dan kepala sahaja
Sedikit garam gula
Sedikit jus limau nipis
2Tangkai cili merah - Kisar
Minyak untuk menggoreng
BAHAN B :
100g tepung gandum
Secubit garam
Secubit serbuk cili
Air secukupnya
*Campurkan semua dan kacau sebati
BAHAN C :
120gram Tepung beras
25gram Tepung sagu
450ml santan
Bahan Kisar
5ulas Bawang putih
3biji Bawang merah
3tangkai Cili kering
3tangkai Cili padi merah
Sedikit garam gula
Sedikit serbuk lada sulah
*Satukan semua bahan dan kacau sebati
CARANYA :
1. Kelar udang dan belah belakang buang urat hitam
2. Lumur udang dengan bahan A dan perap selama 30minint dalam peti sejuk
3. Panaskan minyak dan goreng bahan C dengan api besar.Bila buih dah hilang kecilkan apinya.Kumpulkan menjadi satu
4. Celup udang dalam bahan B letak atas tepung goreng tadi dan kaup balik tepung menutupi udang.
5. Goreng kekuningan dan buat satu persatu sehingga habis.
Apakhabar semua...shada harap dipagi yang indah ini kawan2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Seperti yang sedia maklum ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi.......
semoga diberi peluang oleh Allah swt utk menemui ramadhan kali ini...dan shada harap pada tahun ini dapatlah berterawih seperti biasa,sbb hazreeq dah besar dan menjadi peneman ketika suami tiada...:)
Pelbagai perseolan bermain difikiran ketika ini......
Bersediakah shada untuk berubah kali ini? Bersediakah untuk mengharungi ramadhan dengan penuh keimanan,kesyukuran dan ketaqwaan?Bersediakah menjadi muslimah yang hakiki bukan untuk ramadhan sahaja?Menambah amal ibadat yg sama sahaja seperti tahun2 lepas? Rasanya shada masih berusaha ke arah itu,aura ingin memperbaiki diri semakin hari semakin menebal disaat ada rasa sedikit kelekaan dalam diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Tambahan pula kadang-kadang iman dalam diri yang sekejap kuat,sekejap bersemangat ,sekejap tawar,sekejap mengeluh,sekejap diawan-awangan dan gitu-gitu jea... dan kadang kala sama seperti yang sebelumnya...tiada ada yang berubah dan peningkatan dalam amalan.Ya Allah, engkau berikanlah petunjuk kepada hambaMu ini untuk terus istiqomah dalam beribadat kepadaMU,untuk terus berusaha menjadi hamba yang baik,bukan setakat hubungan denganMU tetapi juga hubungan sesama manusia...
Banyak peristiwa yang berlaku sebelum ini memberi banyak hikmahnya pada shada,
iaitu lebih mengenal siapa manusia itu sendiri tanpa melihat zahirnya, yang beragama belum tentu baik dihatinya,yang menunaikan haji itu belum tentu akan berubah sikapnya,dan pada diri shada sendiri, sesungguhnya shada bersyukur atas ujian tersebut,agar terus memperbaiki diri dan bersedia untuk memaafkan orang lain dengan tenang hati tanpa stress dan takut memikirkan apa orang lain akan kata....
Moga ramadhan kali ini memberikan peluang kepada shada sekeluarga untuk terus memohon kepadanya, agar permudahkan untuk solat malam dan mudah-mudahan amal yang dikerjakan dapat diteruskan pada bulan-bulan seterusnya...
Memikirkan kelemahan tentang diri sendiri itu lebih baik dari memperkatakan dan menuding sikap orang itu dan ini....:)