Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Wednesday, July 10, 2013

Oat crunch cookies

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum...
 
Waktu skarang masih sibuk didapur menyiapkan sample sekut raya.Walaupun raya lambat lagi tapi diluar sana sudah riuh rendah mencari sample sekut raya.
 
Pada tahun ni shada hanya buat 7 jenis sekut raya untuk koleksi kekmanis.walaupun sedikit berbanding dengan penjual lain shada tetap tidak berputus asa kerana shada tidak boleh buat banyak jenis takut nanti tidak dapat siapkan tempahan seperti yang dijanjikan.
 
Salah satunya sekut oat crunch.Alhamdulillah biskut ini mendapat sambutan hangat walaupun pertama kali shada perkenalkan.hampir setiap tempahan pembeli sample sekut raya mesti terselit order untuk sekut oat crunch ini.Shada harap sekut ini menjadi salah satu kegemaran kawan-kawan..
 
Selamat Mencuba !
 
 
OAT CRUNCH COOKIES
 
BAHAN2 :
 
100 gm butter
75 gm gula aising
1 biji kuning telur
100 gm tepung gandum
1/2 sk serbuk penaik
75 gm oat
15 gm susu tepung
50 gm koko krunch - diramas2
20 gm kismis kecik
 
 
CARANYA :
 
1. Pukul butter dan gula aising hingga sebati.masukkan kuning telur pukul sebati
2. Masukkan tepung dan serbuk penaik sambik diayak dan dikacau rata.masukkan oat dan susu tepung kacau rata.
3. masukkan koko krunch dan kismis kacau hingga rata
4. Sudukan dlm loyang yang telah dgril dgn butter
5. bakar dengan api bawah pada suhu 150'c selama 35minit atau hingga masak.mengikut kepanasan oven masing2.
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...