Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Wednesday, April 24, 2013

Kek pisang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
 
Kek pisang
Tima kash order :)
 
 

Monday, April 22, 2013

Siakap cili bernenas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum......
 
Selamat petang semua....Sekali lagi shada mohon maaf pada kawan-kawan semua kerana masih lagi tidak dapat untuk update blog ni tiap-tiap hari.Insyaallah shada akan cuba sebaik mungkin.Harap maaf sekali lagi seandainya shada selalu lambat mengupdate resepi-resepi terkini.
 
Petang ini shada akan kongsi satu resepi masakan ikan siakap.Kalau nak tahu ikan siakap adalah kegemaran suami dan hazreeq.Kalau dapat makan ni....tah jamah lauk dah....pulun habis hikhikhik.Kalau pegi pasar hazreeq pasti cari ikan siakap...dia dah kenal huhuhu
 
Seperti yang kita tahu isi ikan siakap sangat manis dan amat sesuai untuk masak kukus dan bersambal.Biasanya ikan siakap lebih terkenal direstoran-restoran mewah atau kedai tomyam dengan masakan....steam halia,sweet sour dan tiga rasa.Selain siakap ikan kerapu,kembong,jenahak,tenggiri,ikan merah,senangin dan ikan sebelah menjadi pilihan shada sekeluarga.
 
Tapi kali ini shada masak ikan siakap cili bernenas.Resepi ini shada buat sendiri mengikut citarasa kami sekeluarga.Kadang-kadang asyik masak menu yang sama...x salahkan? sesekali kita cuba resepi baru.Sebelum shada mencoret dengan lebih panjang ...jom intai2 resepi dulu..!!!
 
 
SIAKAP CILI BERNENAS
 
BAHAN2 :
 
1 Ekor ikan siakap
 Gaul garam kunyit,goreng dan ketepikan
Goreng dengan minyak yg banyak dan panas.
 
BAHAN SOS :
 
8 Ulas bawang putih - Tumbuk
3 Biji bawang merah - Tumbuk
2 Tangkai cili padi - Tumbuk
4 Sudu besar cili giling
1 Sudu kecil Kicap manis
2 Sudu besar sos cili
Sedikit serbuk lada sulah
Garam gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
 
BAHAN HIASAN :
 
8 Keping nenas bulat - Potong 2 (Nenas dlm tin )
2 Tangkai daun ketumbar - Hiris
2 Helai daun bawang - Hiris
1 Labu bawang besar - Cincang
1 Tangkai cili Hijau - Mayang
 
CARANYA :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhan tumbuk hingga kekuningan.Masukkan cili giling dan masak hingga pecah minyak
  2. Masukkan semua bahan sos yang lain,masak hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan hiasan kecuali daun ketumbar dan daun bawang.Gaul seketika hingga sebati dan bolehlah tutup api.
  4. Masukkan separuh sos dlm pinggan,letak ikan ,kemudian masukkan baki sos tadi hingga menutupi ikan.
  5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan daun bawang.
SELAMAT MENCUBA...!!
 
 

Thursday, April 18, 2013

Kek sponge coklat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum......
 
Resepi yang nak dikongsikan kali ini resepi kek sponge coklat yang diminta oleh kawan2 fb.Minta maaf banyak2 kalau shada terlambat share dekat sini.Harap kawan semua sudi jln-jln dekat blog shada walaupun blog ni ...selalu jea on off hehehe...
 
Jom layan resepi ya....tak dapat shada nak menulis panjang lebar,masih banyak kerja yang harus shada selesaikan.Kalau tak silap shada ambik resepi ni dari blog kak Ita dan harap maaf ya....kak Ita shada dah ubah sikit sebanyak.
 
KEK SPONGE COKLAT
 
BAHAN2 : A
 
130g Tepung self rising
30g Sebuk colat
1/2 Cup air panas
100gGla halus
4 Biji kuning telur
1/2 Sudu teh baking powder
1/2 Sudu teh soda bikarbonat
1 Sudu teh esen vanila
1 Cup buter cair / Minyak jagung
 
BAHAN2 : B
 
65g Gula halus
4 Biji putih telur
1/4 Sudu teh krim of tarta
 
CARANYA :
1.Panaskan ketehar pada suhu 180 C.Sediakan loyang ukuran 8 inci
Leserkan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan
2Campurkan tepung, soda dan baking powder kemudian di ayak ~ ketepikan.Larutkan serbuk coklat bersama air panas ~ ketepikan
3.Dalam bekas berasingan campurkan kuning telur, gula halus, bahan tepung yang telah di ayak, butter dan esen vanilla, kacau rata.Kemudian masukkan larutan coklat tadi dan sebatikan adunan.Ketepikan
4.Dalam bekas pemutar, putarkan putih telur dari bahan B hingga berbuih
Tambahkan krim of tarta dan gula dan putar dengan speed laju hingga kembang, kakau dan bertanduk.
5.Ambil 1/3 adunan bahan B dan kaup balik dalam adunan dari bahan A ( adunan koko)
Tuangkan baki adunan dan kaup balik rata.
6.Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam ketuhar suhu 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
* kek ini juga boleh di bakar dengan kaedah steam bake
Bila kek dah masak, sejukkan atas redai
Selamat mencuba !!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Coklat marshmallow pie

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Selamat petang semua.......
 
Kali ini shada ingin kongsikan satu resepi dessert yang simple dah mudah.Kalau nak tahu resepi ni shada just try2 buat dan reka sendiri untuk koleksi dessert Kek Manis.Pada mulanya rasa cemas jugak .....takut2 tak jadi dan dalam masa yang sama jugak xsabar hendak tengok hasilnya.
 
Sambil memasak didapur untuk makan tengah hari,shada menyediakan bahan-bahan untuk buat pencuci mulut.Sudah menjadi kemestian setiap kali hidangan makan tengah hari shada akan buat satu jenis pencuci mulut.Walaupun menu yang sama.....tetap ada pencuci mulut.
 
Jomlah kita intai-intai apa menu desert kali ini...
 
 
 
COKLAT MARSHMALLOW PIE
 
BAHAN2 : BASE
 
1 Paket bsku oreo - Hancurkan
1 1/2 Cup biskut tiger - Hancurkan
1/2 Cup kacang hancur
50g Butter
 
BAHAN2 : COKLAT PIE
 
1 Kotak thickened cream
1 1/2 Cup dark coklat
1 Cup marshmalow
50g Butter
 
CARANYA :
 
  1. Mula2 kita buatkan basenya dulu.Cairkan butter dengan api yang kecil sehingga semuanya cair dan tutup api.
  2. Dalam bekas,masukkan biskut hancur dan masukkan butter yang telah dicairkan tadi.Gaul rata dan masukkan dalam acuan,tekat hingga padat.sejukkan dlm peti selama 3jam
  3. Sediakan bahan coklat pie,Panaskan susu hingga berbuih dibahagian tepi.Masukkan coklat kacau hingga sebati.
  4. Tutup api masukkan marshmallow kacau hingga cair sebati,panaskan atas dapur dengan api yg kecil dan masukkan butter.
  5. Kcau sebati dan berkilat.Tutup api dan tuang dlm acuan biskut tadi.Boleh hias ikut kreativiti masing2.
Selamat mencuba !


 
 

Mousse-mousse

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 


Kiwi bery mouse
Tima kasih ordert !

 

Thursday, April 11, 2013

Puding roti sos vanila

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Salam malam jumaat buat semua.....semoga kita semua mendapat taufik an hidayah di hari jumaat yang barakhah ini.Marilah kita sama2 membaca yassin disedekahkan pada yang telah pergi.Kalau dah tiba malam jumaat semuanya gembira dan seronok kerana dah tiba waktu cuti hujug minggu dan tiba masa untuk jalan-jalan.
 
Tentu dah ramai yang gemar membuat dessert yang simple dan mudah.Kebiasaannya  zaman sekarang semuanya mahu buat semuanya dengan cepat dan mudah.Resepi dessert kali ini puding roti sos vanila.
 
Biasanya dengan susu cair dan sos kastad.Tapi kali ini shada cuba sesuatu yang lain pulak.Asyik makan beda yang sama borink jugakkan.....skali skala ubah sedikit resepi lama dah jadi satu resepi yang baru.Jom lah kita layan......
 
PUDING ROTI SOS VANILA
 
BAHAN2 : A
1 Bungkus besar roti keping - Potong kecil
250g gula
Secubit garam
1/2 Sudu teh esen vanila
200g Butter
100g Kismis
100g Kacang gajus
2L susu uht
3 Biji telur
 
BAHAN : B
50g Tepung gandum
250g Gula
1 L susu uht
1 Sudu besar butter
1 Sudu teh esen vanila
1 Biji telur
1 Helai daun pandan - Simpul
 
CARANYA :
  1. Bahan A masukkan gula,garam,telur,esen,butter dan susu ke dalam mangkuk adunan.Pukul sebati.Tuangkan dlm adunan roti secukupnya
  2. Tabur kacang gajus dan kismis.Bakar dalam oven suhu 160'c selama 25minit.
  3. Bahan B didihkan esen vanila,tepung,telur dan susu sambil dikacau rata.
  4. Masukkan daun pandan dan butter,kacau hingga pekat dan sedia dhidangkan bersama puding roti.
     
 
 
 

Caramel kek

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 



 
Kek Caamel
tima kasih order

 

Wednesday, April 10, 2013

Baking time

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum......
Salam ukhwah buat semua....
 
Hari ni kena turun padang untuk siapkan tempahan dari teman baru,walaupun masih lagi bercuti tetapi...shada tetap menerima tempahan jugak dalam kuantiti yg minima bagi menghilangkan rasa boring.
 
Dalam fikiran "alaaaa 3 biji cube kek kea jea....tak penat pun"seblum confem shada cek barang dulu takut2 tak ada nanti susah pulak....shada kanxboleh keluar lagi hikhikhik.Alhamdulillah semua barang ada,confem then terus masuk work shop takut tak sempat nak masak untuk lunch nanti.
 
ngodek punya ngodek skali lupa pulak nak snep gambar yang dah siap.Kusyuk dan penat sangat buat kek sampai tertidur.....sedar-sedar ada orang ketuk pintu.Dengan slamber bangun capai tudung,buka pintu rupanya tuan kek dah datang huhhu......
 
Kita layan ajelah gambar yang sempat diambil ni..
 
 


 

Tuesday, April 9, 2013

Milky oren puding

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalmualaikum dan salam sejahtera semua......
Apa khabar kawan-kawan semua hari ini...??
Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.....
 
Hari ini shada kongsi satu rsepi baru yg shada cuba sebagai dessert makan tengah hari tadi.Resepinya sangat ringkas dan mudah untuk membuatnya.Sebenarnya shada hendak buat milky strawbery puding tapi...oleh kerana kehabisan bahan2 didapur,jadi shada buat mengikut bahan yang sedia ada.
 
Oleh kerana shada tidak berapa sihat dan pergerakan agak terbatas shada hanya dapat masak menu yang simple dan mudah disediakan.Hope kawan-kawan semua suka dengan dessert ini.
 
Selamat mencuba !
 
 
MILKY OREN PUDING
 
BAHAN2 :
 
10g sebuk agar-agar
1/3 gula kastor
600ml air
400ml susu cair
1 sudu teh pes oren
1 sudu teh esen vanila
Buah oren secukupnya
1 1/2 sudu teh tepung jagung + 2 sudu teh air kacau sebati
 
CARANYA :
  1. Basahkan acuan dan susun oren,ketepikan
  2. Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula dengan api kecil,kacau hingga sebati.Masukkan susu cair,kacau dan biar mendidih seketika.
  3. Masukkan esen,pes oren an tepung jagung yg telah dibancuh.kacau sebati angkat dan tuang dalam acuan yg telah disusun buah oren tadi.
  4. Sejukkan seketika dan dinginkan dalam peti selama 3jam sebelum dihidangkan.
     
     

Red velvet cupcakes

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 

Red velvet + Cream cheese toping
Terima kasih order !
 

Oreo cheese kek

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Oreo cheese kek 8'inc +- 1.5kg
 
 
Penut butter cheezy layer
 
Tima kasih order :)
 
 

Monday, April 8, 2013

Surah yassin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
 
Deco surah yassin

Strawbery cheezy layer

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 


Tima kasih order :)

 

Kek coklat lembab simple

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.....
Hari ni shada rasa nak buat kek pulak.......dah seminggu menyepi dari membuat kek semenjak tidak sihat.Bagi pengemar kek dah tentu terliur tengok kek ni yg penuh dengan warna kehitaman dan kelembapan.....memang betul kata orang Hitam itu menawan!"hitam manis yang hitam manis,pandang tak jemu-pandang tak jemu....si hitam manis menawan hati......"
Rasanya dah ramai yang membuat kek ni......cuma shada baru ada kesempatan hendak mencubanya.Kek ni memang lembab dan moist, teksturnya yang basah2 skit.....sedap!!!! Satu lagi keistimewaan kek ni dia tak letak telur dan adunannya sedikit saja cukup bagi satu famili yg kecik mcm shada.Shada guna loyang 6 inc saja,kalau nk kek besar terpaksalah gandakan adunan.
Kek ni amat sesuai untuk buat besday kek kerana rasanya yang tidak muak,tidak berat dan rasanya yg cukup menyentuh kalbu.Cara membuatnya sangat senang dan yang paling penting jimat kos  huhuhu....Sebelum shada share resepi ni,terima kasih pada jiran kak ain yg sudi berkongsi resepi dengan shada.
KEK COKLAT LEMBAB SIMPLE
BAHAN2 :
1 Cawan tepung self rising
1/2 Sudu teh soda bikarbonat
1 Sudu teh baking powder
2 Sudu besar susu tepung
1/2 Cawan serbuk koko
1 Cawan gula perang
1 Sudu teh esen vanila
1 1/4 Cawan air sejuk
1/2 Sudu teh coffe paste
1/2 Cawan myk jagung
Secubit garam
1 Sudu teh cuka
CARANYA :
1-Panaskan oven 170'c selama 15mnt,sediakan loyang 6'inc.Gris dengan butter n letak baking paper.
2-Ayak tepung,baking powder,soda bikarbonat dan serbuk koko dlmsatu bekas.
3-Masukkan susu tepung,gula perang dan garam kedalam adunan tepung tadi,kacau rata.
4-Masukkan air sejuk,myk masak,esen dan coffee paste,kacau perlahan dengan whisk sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
5-Masuk cuka terus kacau sebati.Tuang adunan dlm loyang dan bkr 30-40mnt hingga masak.

Blueberry cheezy layer

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 

Blueberry cheezy layer
Thanks order !
 

Trifle Puding

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 


Triffle Puding
Tima kasih order !

 

Friday, April 5, 2013

Slice cheese cupcakes

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Slice Cheese Cupcakes + Blueberry Frosting
Timakasih order :)  

Besday gift

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 

Ikan tawar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......
 
Selamat petang semua,sudah lama shada tidak membuat catatan disini.Kebelakangan ini semua kerja terbengkalai kerana shada tidak berapa sihat semenjak berbadan dua dan akhirnya.....peristiwa hitam masih menyelubungi hidup shada sekali lagi,setelah cukup 3bulan 2 hari usia kandungan shada keguguran pada mlm sabtu lepas bersamaan 29/3/13 ham 2pagi.
 
Alhamdulillah....walaupun hati ini penuh dengan kekecewaan,shada tetap pasrah dan berserah pada takdir yang maha kuasa.Shada percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan kehilangan hari ini akan ada yang lebih baik dan istimewa menanti dimasa hadapan.
 
Sempena dengan keadaan shada yg sedang berpantang ini,shada ingin kongsi satu resepi yg cukup simple dan mudah disediakan untuk ibu-ibu yang berpantang.kebiasaannya dlm tempoh berpantang shada byk menggunakan lada hitam,kunyit hidup dan halia muda dlm masakan bagi memanaskan badan,membuang angin dan sebagainya.
 
Walaupun dlm tempoh berpantang shada tetap menjalankan tugas sebagai suri rumah iaitu mengemas,mencuci dan memasak.Shada berpantang sendiri dirumah dan dibantu oleh suami.
Walaupun penat shada tetap berpuas hati bila dapat menjaga kebajikan dan memasak untuk suami dan anak.Tambah2 lagi bila tengok apa yang kita masak semuanya dijamah hingga habis.
 
IKAN TAWAR
 
BAHAN2 :
 
1Ekor ikan sela kuning
1 inc halia - dimayang memanjang
2 ulas bawang putih - Mayang
1 Inc kunyit hidup - Ditumbuk
Sedikit garam - Ditumbuk
2 Sudu kecil lada hitam - Ditumbuk
Daun pisang / daun kunyit secukupnya
 
CARANYA :
  1. Perap ikan dengan semua bahan diatas selama 1/2 jam
  2. balut degan daun pisang atau aun kunyit,bakar atas dapur dengan api yg kecil hingga bau harum dan masak
  3. Enak dimakan ketika panas bersama lada hitam tumbuk dan nasi panas

Small pavlova

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
Mini pavlova thanks order
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...