Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Thursday, April 11, 2013

Puding roti sos vanila

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Salam malam jumaat buat semua.....semoga kita semua mendapat taufik an hidayah di hari jumaat yang barakhah ini.Marilah kita sama2 membaca yassin disedekahkan pada yang telah pergi.Kalau dah tiba malam jumaat semuanya gembira dan seronok kerana dah tiba waktu cuti hujug minggu dan tiba masa untuk jalan-jalan.
 
Tentu dah ramai yang gemar membuat dessert yang simple dan mudah.Kebiasaannya  zaman sekarang semuanya mahu buat semuanya dengan cepat dan mudah.Resepi dessert kali ini puding roti sos vanila.
 
Biasanya dengan susu cair dan sos kastad.Tapi kali ini shada cuba sesuatu yang lain pulak.Asyik makan beda yang sama borink jugakkan.....skali skala ubah sedikit resepi lama dah jadi satu resepi yang baru.Jom lah kita layan......
 
PUDING ROTI SOS VANILA
 
BAHAN2 : A
1 Bungkus besar roti keping - Potong kecil
250g gula
Secubit garam
1/2 Sudu teh esen vanila
200g Butter
100g Kismis
100g Kacang gajus
2L susu uht
3 Biji telur
 
BAHAN : B
50g Tepung gandum
250g Gula
1 L susu uht
1 Sudu besar butter
1 Sudu teh esen vanila
1 Biji telur
1 Helai daun pandan - Simpul
 
CARANYA :
  1. Bahan A masukkan gula,garam,telur,esen,butter dan susu ke dalam mangkuk adunan.Pukul sebati.Tuangkan dlm adunan roti secukupnya
  2. Tabur kacang gajus dan kismis.Bakar dalam oven suhu 160'c selama 25minit.
  3. Bahan B didihkan esen vanila,tepung,telur dan susu sambil dikacau rata.
  4. Masukkan daun pandan dan butter,kacau hingga pekat dan sedia dhidangkan bersama puding roti.
     
 
 
 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...