Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Monday, September 14, 2009

Family

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Stories, Activities and Recepies for One Lovely Kids " Hamirul Hazreeq " and their cousins Faris, Farhan, Darwisyah, Nur
Ain to be share with all kids out there.

PANDAI MENABUNG

Mengajar Hamirul menyimpan dan membuat perancangan untuk masa depan adalah salah satu pendidikan untuknya.Shada dan suami tidak pernah bosan untuk mendidiknya.Langkah awal yang digunakan untuk belajar menyimpan ialah waktu umur Hamirul Genab dua tahun kerana ketika itu dia mula mengenal apa itu wang dan sudah tahu mengira nombor.Memang benar Hamirul cepat tahu tentang wang,tetapi dia tidak tahu bagaimana wang itu diperolehi.Jika ditanya pada anak yang berusia 5-6 tahun,mungkin dia akan memberi jawapan wang itu datang dari mesin ATM.Ini kerana dia melihat Ummie atau Abienya melakukan perkara yang sama setiap bulan.Dibawah ini ada beberapa panduan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak menabung duit dengan mudah.
1 - MATLAMAT
Jelaskan bagaimana wang dapat membantu kesejahteraan hidup.Contoh paling mudah membawanya ke kawasan perumahan.Tunjukkan rumah mewah dan yang bukan.Katakan bahawa jika mereka pandai menyimpan dan menguruskan kewangan dengan baik,insya-Allah hidup mereka akan lebih sejahtera dan dapat mendiami rumah yang lebih selesa.
2 - ARAH TUJU
Tanamkan dalam diri anak agar menjadi orang yang berjaya dan beharta.Mungkin ini nampak seakan materialistik.Tetapi itulah hakikat kehidupan dalam era moden ini.Bantu mereka untuk mengenali arah tuju kehidupannya.Nyatakan bahawa menyimpan wang dapat membantunya melanjutkan pelajaran atau terjun dalam bidang perniagaan yang menjanjikan hasil yang lebih lumayan.
3 - BUKA BANK
Bawa anak ke bank untuk memberi kefahaman erti menyimpan wang di institusi yang bertauliah.Dengan ini dia akan faham bahawa wang bukan sahaja boleh disimpan dalam tabung tetapi ada institusi khas untuk tujuan itu.Dengan ini dia akan faham bahawa betapa menyimpan duit adalah penting bagi semua orang.
4 - BELAJAR PERBEZAAN
Bantu anak untuk mengajarnya mengenali perbezaan keperluan dan kehendak.Dengan kefahaman ini membuatkan dia tahu untuk membuat keputusan barang apa yang perlu atau tidak.Cara ini secara tidak langsung mengajarnya erti berjimat cermat dan tidak boros.
5 - KENALKAN KOS
Kanak - kanak tidak mengetahui apa yang dikaitkan dengan kos.Mereka tidak mengetahui nilai kos anak patung atau buku.Bagi mereka harga tidak memberi pengertian kepada mereka.Bawa anak ke kedai borong dan bandingkan dengan harga di kedai biasa.Nyatakan padanya jenis barang yang boleh dibeli secara borong agar dapat menjimatkan kos.
6 - PERANCANGAN
Ajar anak untuk belajar tentang bagaimana untuk merancang dan bersikap sabar jika ingin membeli barangan kesukaan mereka.Dedahkan kepada anak pada awal usianya tentang kepentingan menyimpan duit sehinggalah barang yang dihajati itu dapat dibeli tanpa sebarang kos tambahan.Katakan padanya kalau berhutang,harga barang selalunya lebih mahal.

KAREKTOR FARIS DAN FARHAN

Lumrah kanak-kanak sekarang bijak bercakap dan tidak takut dengan orang.Mungkin mereka ini terlalu banyak terdedah pada rangsangan dan teknologi.Melihat gaya Faris,dapat dibuat kesimpulan yang putra kecil berwajah manis ini suka bercakap.Biarpun awalnya agak pemalu tetapi lama-kelamaan banyak juga butir bicara keluar dari mulutnya bila bertemu dengan orang yang tidak  dikenalinya."Faris  ni daripada kecil memang suka bercakap,lebih-lebih lagi kalau kena orang yang melayan pun banyak cakap.Macam-macam soalan dia akan tanya.Kegemaran dia bergaya,duduk dirumah pun nak pakai kemas dan cantik,dia agak pemalu,punyai ciri-ciri sebagai seorang abang,gemar cerita kartun dan mudah tersenyum serta manja tapi mudah juga menagis,sensitif orangnya.
Berbeza pula dengan si adik Farhan,dia agak garang sikit,tapi kelakar dan senang berkawan.Peramahorangnya,tak kiralah dengan orang tua ataupun budak,senang berbicara.Suka buat aksi yang melucukan,dia gemar lihat iklan di televisyen,ikut mimik muka dan gelagat orang dan mudah tersenyum sera ketawa.


KENALI FARHAN WAKTU KECIL

Walaupun aktif,Farhan tidak ada masalah untuk memberikan pose menariknya.Malah,dia boleh duduk diam seketika untuk merakamkan gambarnya.Farhan tidak takut pada orang."Dia tidak memilih.Sesiapa sahaja ingin mendukungnya dia terima.Asalkan ada orang yg nak bermain dengannya.Farhan ni memang pandai berkawan.Pantang sahaja ada orang melayan,dia mesti seronok.Dia suka sangat gelak dan bercakap.Walaupun tak faham,kami sekeluarga terpaksalah buat-buat faham.Sebab itulah dia tak suka duduk seorang diri.Lagi ramai orang di sekelilingnya lagi dia suka."
Walaupun masih kecil,Farhan berbadan gempal barbanding usianya.Jadi,setiap kali hendak membelikan pakaian,ibu dan ayahnya kena memilih pakaian bersaiz agak besar sedikit.Jika membeli mengikut umur Farhan,alamatnya baju tersebut tidak akan muat dipakainya.Membazirlah jadinya.
Menjaga farhan kena kreatif."Farhan ni memang suka makan tapi setiap kali tiba masa makan dia sentiasa cari helah untuk tidak membuka mulutnya.Bukan sebab tak mau makan tapi sebab nak ajak bermain-main.Jadi,terpaksalah cari jalan untuk memujuknya makan.Bukan itu saja,ketika memakaikan baju dan memberi dia susu pun kena ada caranya."
Satu lagi yang menarik tentang Farhan ialah kemesraannya dan sangat suka mendengar muzik yang rancak-rancak.Terutamanya semasa iklan.

BILA DIA PANDAI BERCAKAP

Pada awalnya Shada dan suami agak khuatir kenapa Hamirul sering meniru apa sahaja yg didengarinya walaupun  benda yg sama.Apa yg Shada dapati kanak-kanak memang belajar melalui pengalaman yg diperolehinya setiap hari melalui persekitaran di sekelilingnya.Jadi tidak mustahil Hamirul melakukan peniruan terhadap pengalaman yg dilalui setiap hari.Salah satu peniruan yg dilakukan ialah
mengulangi kata-kata Shada dan suami tanpa bosan.Malah,dia akan meniru kata-kata itu positif atau negetif.
Biasanya beginilah amalan rutin harian Hamirul apabila dia baru boleh bercakap begitu juga dgn kana-kanak yg baru bercakap akan bersikap sebegini.Situasi ini berlaku disebabkan kemampuan berbicara yg baru dikuasai membuatkan Hamirul ingin sentiasa mencuba bercakap dan berasa seronok apabila melihat percakapannya mendapat tindak balas daripada Shada dan suami. 
Semenjak itu Shada dan suami mula membuat beberapa kaedah mudah untuk memastikan Hamirul bercakap dengan cara yang betul dan berhemah antaranya ialah :
1 - BIARKAN BERCAKAP
Shada dan suami tidak pernah melarang Hamirul daripada meniru apa yg kami ucapkan,takut nanti ia akan membuatkan Hamirul hilang minat utk menyebut perkataan yg didengarinya.Memang benar,kita akan tidak merasa selesa apabila si kecil meniru percakapan kita tetapi biarkan sahaja.Ini kerana dia dlm tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.
2 - MENCARI KATA-KATA BARU
Sebagai ibu bapa,Shada dan suami org yg paling rapat dengan Hamirul melakukan peniruan bahasa.Jadi,sentiasa ungkap perkataan baru yg boleh Hamirul tiru utk menambahkan perbendaharaan katanya.Sentiasa berbual dan Hamirul juga didedahkan dgn penggunaan bahasa asing seperti Arab dan Inggeris.
3 - SEBUTAN YG JELAS DAN PERLAHAN
Oleh kerana Hamirul masih kecil amat sukar untuk menyebut perkataan yg baru didengarinya.Jadi untuk memastikan sebutannya jelas dan betul,Shada dan suami berbicara dengannya dengan perlahan tetapi jelas.Buka mulut ketika mengucapkan perkataan,sebutan itu disebut dengan betul.Dengan ini,proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
4 - PENJELASAN MAKNA
Apabila Hamirul mengucapkan kata-kata yg tidak baik (ungkapan yg kasar) dan tidak tepat,Shada dan suami tidak terus memarahinya.Sebaliknya jelaskan padanya bahawa kata-kata itu tidak baik disamping menjelaskan apa makna perkataan itu dan gantikan perkataan itu dgn perkataan yg sopan.Katakan sikapnya yg meniru kata-kata tidak baik tidak sukai ALLAH."ALLAH sayang Hamirul,jika Hamirul cakap dengan perkataan yg sopan".
5 - AWASI KATA-KATA
Jangan terkejut jika si kecil mengucapkan kata-kata yg tidak baik kepada anda/saudara mara anda.Memang benar,anda tidak mengungkapkan kata0kata tidak baik kepadanya,tetapi pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil ini mula meniru.Pengaruh daripada televisyen,rakan sebaya,sepupu,teman sebaya dan pengasuh akan mempengaruhi percakapan anak ini.
6 - BERIKAN PENGHARGAAN
Kanak-kanak suka apabila dirinya dihargai.Begitu juga jika si kecil meniru perkataan yang baik,berikan tindak balas positif misalnya memberikan pujian kepadanya."Anak Ummie,ni memang bagus,sudah pandai berkata 'terima kasih'."Ini memberikan dorongan kepada anak ini untuk terus bersikap begitu seterusnya.Apa yg biasa Shada dan suami lakukan memberikan pelukan dan senyuman sebagai tanda kami menyukai sikapnya itu.
HOPE CORETAN INI DAPAT MEMBERI SECEBIS ILMU BUAT SEMUA
PELUK CIUM
Anak seorang memang semuanya indah pada pandangan tetapi sebagai ibu bapa,ketegasan perlu juga ada sebagai asas mendidik.Hamirul anak yang manja dengan Ummie dan Abie malahan perangainya juga mewarisi daripada kami berdua.Hamirul anak yang keletah dan gemarkan kartun mickey mouse &Thomas ini mempunyai cara pemakanan sama seperti Abienya.Senang untuk mencuba makanan lain walaupun mempunyai kegemaran tertentu.Sama seperti Abienya,Hamirul juga suka meratah tomato dan timun seperti orang lain mengunyah buah epal.
Kepetahan mulutnya berbicara menghiburkan hati sesiapa sahaja yang melihat.Dialah buah hati kami sekeluarga.Ada sahaja soalan yang melontar keluar dari mulutnya yang comel bertanya itu dan ini.Kenangan membawa Hamirul melancong ke Agro Park Langkawi satu ketika dulu membuatkan Shada terkejut dan lucu pun ada apabila si manja yang memang terlalu seronok dapat melihat Octrich yang besar dengan dekat menangis kesedihan kerana terpaksa berpisah saat hendak pulang.
Ummie yang sentiasa mahukan anaknya gembira suka menerangkan apa sahaja perkara yang dilakukan kepada anaknya.
"Dalam perkara-perkara kecil yang kita lakukan stiap hari,Shada mesti beritahu dia the reasons why we need to do it.Contohnya,sambil gosok gigi Hamirul,Shada beritahu dia kenapa perlu gosok gigi.Kalau dia buat salah,Shada akan gunakan nada yang tegas untuk bercakap dengan dia.Explain to him what hi did wrong.Dan ajar dia untuk meminta maaf jika dia ada buat salah,just a simple"I'm sorry Ummie".
Shada juga akan pastikan yang Shada tell him verbally every day that i love him.Peluk cium dia setiap hari juga adalah wajib Shada & Suami."I want him to be able to express him feelings openly."
PENGALAMAN PERTAMA                                                       Rasa takut dan bimbang untuk melahirkan Hazreeq masih sukar dilupakan oleh shada.Namun detik semasa doktor menarik keluar bayi dan terdengar tangisan pertama si kecil,shada turut sama menangis.Jujur shada katakan,masih tidak percaya yang shada telah menjadi ibu akhirnya selepas keguguran.Pejam celik pejam celik,Hazreeq yang baru dikeluarkan dari perut sudah semakin bijak dan sudah berumur 4 tahun.Menyedari betapa pantas masa berlalu,sebagai wanita yang baru bergelar ibu,shada punya barang kesayangan si anak yang masih disimpan sebagai kenangan iaitu sepasang sarung kaki kartun,buku kain lamaze dan jam tangan kain pemberian daripada abienya serta beberapa recepies yang dicipta sendiri oleh shada untuk si kecil.Koleksi recepiesnya shada tampilkan diruangan Hazreeq favorite.

CERITA HAZREEQ & ABIENYA                                                    Pada suatu hari,Hazreeq dan ayahnya berjalan-jalan di sebuah Pusat Beli-belah.Kebetulan hari itu adalah hari cuti umum,jadi mereka sengaja meluangkan masa di situ sambil membeli belah beberapa keperluan  kami sekeluarga.Banyak kedai menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian,kasut dan alat permainan.Semuanya hanya dipandang            sambil lalu.Tidak ada satu pun yang menarik perhatian.Tetapi bila tiba saja di sebuah kedai menjual binatang peliharaan,langkah mereka berhenti."Eh,comelnya ikan itu!  Boleh tak Hazreeq memeliharanya abie?"Tanya Hazreeq kepada abienya sambil berjalan mendapatkan akuarium di luar kedai itu."Boleh,tapi Hazreeq mesti perlu ada suatu perkara di dada,"balas abienya pula.Hazreeq mengaru-ngaru kepalanya.Apa maksud abienya itu?Hazreeq diam seketika dan berfikir sambil menatap gerak-geri ikan yang berada di dalam akuarium itu.Lepas satu akuarium ke satu akuarium Hazreeq melihat sambil memikirkan maksud abienya.Tapi hingga sampai ke hujungnya pun,Hareeq masih belum faham dengan apa yang abienya beritahu tadi."Takkan sirip kot? Kenapa pula sirip itu mesti ada di dada?"Hazreeq masih tidak dapat menjawabnya.Tiba-tiba,Hazreeq ternampak seorang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya tidak berapa jauh dari tempatnya berdiri.Dia melihat budak itu begitu asyik memberi ikan makan.Hazreeq segera menghampiri budak itu lalu bertanya."Er.........kawan,boleh tak beritahu saya,apa yang harus ada di dada kita kalau hendak memelihara ikan?"
Budak itu terkejut lalu memandang Hazreeq dengan renungan yang penuh persoalan."Kenapa tanya saya?"
"Yalah,saya tengok awak begitu berminat dengan ikan-ikan ni.Mesti awak lebih tahu daripada saya."
"Setahu saya kalau hendak pelihara ikan ni,kita mesti rajin menyalin airnya.Macam di kedai ikan ni!"Balas budak lelaki tadi sambil berlalu dari situ.
"Hazreeq,sudah dapat jawapannya?"Tiba-tiba terdengar laungan abienya yang sedang memerhatikannya dari jauh.
"Sudah,abie!Kerajinan!"Hazreeq menjawab dengan pantas,sambil berlari mendapatkan abienya.
"Kalau macam itu,jom pilih ikan yang mana Hazreeq nak beli."
"Hurey!Terima kasih abie,"Jerit Hazreeq sambil memeluk abienya.
Sebaik sahaja abie Hazreeq membayar harga ikan itu,barulah Hazreeq sedar,bahawa budak lelaki tadi adalah anak tuan punya kedai ikan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...