Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Friday, August 29, 2014

Nasi goreng udang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
  Selamat malam semua...
 
Alhamdulillah haini dapat jugak Ks menyiapkan semua tempahan mengikut masa yang dijanjikan.Walaupun penat Ks tetap berjuang dengan apa yang dilakukan.
Haini Ks buat sarapan nasi goreng udang,walaupun menunya entah apa-apa Ks nak jugak kongsi sebab bagi Ks lain orang lain caranya untuk membuat nasi goreng.
 
Setahu Ks nasi goreng ramai peminatnya terutama orang bujang.Tak usah katakan orang lain Ks masa zaman bujang dulupun suka sangat dengan nasi goreng.Boleh dikatakan setiap kali singgah dikedai atau warung pasti menu nasi goreng menjadi pilihan.Aduh......?? teringat pula zaman anak dara dulu hahahaha...
 
Emmm kalau duk cerita zaman anak dara dulu 4 hari 4 malam pun tak habis-habis ^_^
Itulah bila dah usia makin meningkat makin teringat kenangan yang lalu....macam mana kita dilahirkan,bagaimana ibu bapa menjaga kita,bagaimana kita sekolah,berkawan,bermain sehinggalah bekerja,kawin dan menjadi ibu.Semua kenangan ada pahit manisnya.....yang pasti ia mematangkan kita untuk menjadi yang lebih baik.
 
 
NASI GORENG UDANG
 
BAHAN 2 :
 
1 mangkuk besar nasi
15 ekor udang - buang kulit
1 sb bawang putih cincang
2 sb kicap manis
2 sb sambal belacan
Garam gula secukup rasa
2 sb butter
2 biji telur
1 mangkuk kecil kubis
6 tangkai daun ketumbar - hiris
 
 
CARANYA :
 
1. Panaskan butter,tumis bawang putih dan sambal belacan hingga naik bau
2. Masukkan kicap gaul rata dan biar mereneh seketika.
3. Masukkan nasi,garam gula dan udang gaul hingga mesra.masuk telur,kubis dan daun ketumbar
4. Gaul sekejap / sebati.Angkat dan hidangkan
 
"Selamat Mencuba"

Thursday, August 28, 2014

Cempedak Goreng

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Selamat pagi semua....
Cuaca pagi ni sangat sejuk dan mendung,sungguh selesa untuk membaking.
Pagi ni Ks ambik masa untuk kongsi resepi sekejap sementara menunggu bahan-bahan sejuk.
tempahan sangat padat dari pagi hinggalah ke petang,masuk opih lah kita hahaha...
Macam orang yang bekerja jugak,Ks menetapkan masa kijo supaya tidak mengganggu masa Ks sebagai suri.kadang kala ada jugak Ks kijo sampai tengah malam tetapi jika kijo tu urgent.Sebolehnya Ks akan cuba mengelak dari kijo sapa tengah malam.
Resepi yang Ks nak kongsi ni resepi cempedak goreng,resepi ni sangat ringkas dan selalu digunakan untuk menggoreng cempedak,pisang,ubi,sukun dan tapai ubi.Tetapi kadang-kadang Ks akan ubah bahan mengikut selesa Ks samada menambah atau mengurangkan sesuatu bahan "Pelikkan ?"Inilah Ks yang suka tambah tolak bahan masakan.
CEMPEDAK GORENG

BAHAN 2 :
1 Biji buah cempedak sederhana
5 sb tepung beras
1 biji telur
1 sk serbuk kunyit
secubit garam
Air secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARANYA :
1. Satukan tepung,telur,garam dan serbuk kunyit,kacau sebati.
2. Masukkan air sikit2 sambil dikacau supaya tidak terlalu cair nanti.
3. Bancuh hingga sampai kepekatan yang kita inginkan.Masukkan buah cempedak dan gaul sebati.(Adunan boleh salut buah)
4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan atau sehingga keluar bau harum buah cempedak
"Selaman mencuba"

Wednesday, August 27, 2014

Daging goreng bawang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
  Selamat tengah hari semua...
Alhamdulillah....
Kini blog Kak Sue kembali ceria setelah 1 minggu dipenuhi dengan tulisan NO ENTRY.
Syukran jazilan pada Puan Ida Rafiza yang telah memperkenalkan Kak Sue pada Ida Sazarina yang banyak membantu Kak Sue memulihkan kembali keceriaan blog ini.Terima kasih banyak-banyak pada sis Ida Sazarina :)
 
Selamat bertugas pada yang bekerja dan selamat memasak pada suri2 semua...
Haini Kak Sue hanya masak menu yang simple dan cepat disediakan kerana Mr.M telah menguasai diri huhuhu.....Emmm macam biasalah kalau dah Mr.M buat apa pun rasa berat n tepu jah, asyik2 duk berangan xdok kijo lain hehehe.jomlah kita layan resepi Mr.M !
DAGING GORENG BAWANG

BAHAN2 :

1/2 Kilo daging - Potong nipis
Grama kunyit secukupnya
2 Labu bawang besar - Potong
2 Tangkai cili merah - Hiris
Gram gula secukuprasa
Sedikit lada sulah
Minyak

CARANYA :

1 - Goreng daging yg telah digaul bersama garam kunyit tanpa minyak dan biar sehingga airnya kering.
2 - Bila dah kering masukkan sedikit minyak dan goreng daging hingga separuh masak
3 - Masukkan garam gula,bawang,cili dan serbuk lada sulah.Gaul mesra hingga daging masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...