Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Wednesday, July 10, 2013

Udang goreng rangup bercili

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum...
 
Selamat berpuasa kawan-kawan....semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Dah tentu ramai yang tertanya-tanya nak masak apa ya.. nanti untuk bebuka dan sahur ??
emmm persoalan itu juga tidak terkecuali difikiran shada.
 
Setiap kali tiba ramadhan  banyak menu yang harus disediakan bagi menambat selera,walau pun begitu haruslah dengan kuantiti yang cukup bagi mengelak pembaziran.Kebiasaannya shada akan masak 2 atau 3 menu sahaja untuk lauk-pauk dan 2 jenis kuih-muih sebagai pencuci mulut.Insyaallah jika ada kelapangan shada akan update juadah bebuka setiap hari untuk dikongsi dengan kawan-kawan semua.

Menu yang pertama shada kongsi untuk hari pertama ramadhan  ialah udang goreng gangup bercili.
Menu ni shada ambik dalam majalah sedap dan terlebih dahulu shada mohon share resepi disini dan maaf banyak-banyak atas pengubahsuaian keatas resepi bagi mengikut citarasa shada sekeluarga.
Jom intai-intai resepi....
 
 

UDANG GORENG RANGUP BERCILI

BAHAN A :

1/2 kilo Udang galah/besar - Buang kulit dan kepala sahaja
Sedikit garam gula
Sedikit jus limau nipis
2Tangkai cili merah - Kisar
Minyak untuk menggoreng

BAHAN B :

100g tepung gandum
Secubit garam
Secubit serbuk cili
Air secukupnya
*Campurkan semua dan kacau sebati

BAHAN C :

120gram Tepung beras
25gram Tepung sagu
450ml santan
 
Bahan Kisar
5ulas Bawang putih
3biji Bawang merah  
3tangkai Cili kering
3tangkai Cili padi merah
Sedikit garam gula
Sedikit serbuk lada sulah
 
*Satukan semua bahan dan kacau sebati

CARANYA :

1. Kelar udang dan belah belakang buang urat hitam
2. Lumur udang dengan bahan A dan perap selama 30minint dalam peti sejuk
3. Panaskan minyak dan goreng bahan C dengan api besar.Bila buih dah hilang kecilkan apinya.Kumpulkan menjadi satu
4. Celup udang dalam bahan B letak atas tepung goreng tadi dan kaup balik tepung menutupi udang.
5. Goreng kekuningan dan buat satu persatu sehingga habis.
6. Sedia untuk dihidangkan.
 
"Selamat mencuba"



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...