بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
SUP AYAM BUAH KUNDUR
BAHAN2 :
1/2 Ekor ayam
1 Cawan ayam cincang
2 Inci halia - Mayang halus
1 Sudu makan tepung jagung
1 Sudu makan minyak bijan
1 Sudu makan garam
1 Sudu makan serbuk lada sulah
Air secukupnya
Sotong kering secukupnya
10 Biji kurma
10 Biji cendawan hitam - Potong kecil
1 Cawan isi buah kundur - Potong kiub
1 Sudu makan gula
1 Sudu makan daun bawang
CARANYA :
1 - Rebus ayam bersama sotong kering sehingga mendidih dan kuah jadi pekat.Tapiskan airnya dan masukkan kurma,cendawan,buah kundur dan masak hingga mendidih.
2 - Gaul ayam cincang bersama halia,tepung jagung,minyak bijan,lada sulah dan garam halus.
3 - Masukkan adunan kedalam sup tadi.Tambah gula garam secukupnya.biar didih seketika n hias dgn daun bawang.
No comments :
Post a Comment