بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
NASI AYAM PENYET
BAHAN NASI :
4 Cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 Cawan stok ayam
1 Helai daun pandan, disimpul
1 Batang kayu manis
1 Kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 Biji buah pelaga
1Iinci halia, dititik
2 Ulas bawang putih - Dititik
1 1/2 Camca besar butter
Garam secukup rasa
CARANYA :
1 - Panaskan butter dalam kuali, tumis semua bahan hingga harum.
2 - Masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit.
3 - Masuk semua bahan dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa.Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
BAHAN AYAM :
1 Ekor ayam – Potong 8, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)
½ Sudu besar jintan manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ Sudu besar jintan putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 Sudu besar ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 Sudu besar serbuk kari ayam
1 Sudu besar serbuk kunyit
½ Sudu besar serbuk lada putih
3 Ulas bawang putih
1 Inci halia
Sedikit Air
1 Sudu kecil garam
Minyak secukupnya
CARANYA :
1 - Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2 - Lumur bahan dikisar pada ayam dan perap semalaman. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
3 - Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras.
4 - Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
BAHAN SAMBAL :
Sedikit minyak masak
20 Batang cili merah
10 Biji cili padi
10 Biji bawang merah - Mayang
3 Ulas bawang putih - Mayang
5 Biji tomato - Potong 4
5 Inci Belacan
2 Sudu ikan bilis - Goreng ketepikan
Gula merah secukuprasa
CARANYA :
1 - Panaskan sedikit minyak,Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
2 - Sejukkan semua bahan yang telah digoreng,Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
3 - Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.Masukkan gula merah,garam dan gaul rata.
BAHAN SUP :
Masukkan garam gula secukup rasa dan sup bunjut pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
BAHAN TEMPE DAN TAUHU GORENG :
2 Keping tahu – potong dadu
1 Paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak secukupnya
CARANYA :
1 - Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.
No comments :
Post a Comment