بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Hureyyyyyy masa untuk bercuti.........
3 hb Jun 2010
kami sekeluarga berpeluang untuk bercuti dan kali ini destinasi yang dipilih ialah Pulau Langkawi.Sebenarnya Huny menjadi penceramah bagi kursus yang diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar so......apa tunggu lagi peluang untuk bercuti tidak dilepaskan begitu saja hahahahahahaa.................. mengajar hanya satu hari dan Huny mengambil cuti 3 hari so kami bercuti selama 3 hari 2 malam.Kami memilih Hotel 5 bintang untuk percutian kali ini "hohohoho............nak merasa tido kat hotel mahal katakan". To me Langkawi is a good place for family holiday. Last time kami sekeluarga pergi ialah pada Februari tahun 2009. Antara tempoh berkenaan, Shada sempat berkunjung dua kali rasanya mengikuti Huny mengajar, tapi tak sempat ‘ziarah’ mana. Banyak tak banyak, banyak juga perubahan Langkawi sekarang.
Lepas chek-in dan makan tengahari, terus keluar jalan2 dan tempat pertama dikunjungi Makam Mahsuri.Kini dilengkapi dengan Muzium Legenda Mahsuri, Mini Zoo, Pentas Budaya, pameran batu-batan Langkawi serta beberapa rumah replika mereka yang mempunyai hubung kait dengan Mahsuri. Makamnya pun dah diperbesarkan. Kini ada muzium diodrama kisah Mahsuri. Kira OK juga walaupun dikenakan RM5 sekali masuk untuk dewasa.Balik semula Kuah, mula window shopping.
Lepas chek-in dan makan tengahari, terus keluar jalan2 dan tempat pertama dikunjungi Makam Mahsuri.Kini dilengkapi dengan Muzium Legenda Mahsuri, Mini Zoo, Pentas Budaya, pameran batu-batan Langkawi serta beberapa rumah replika mereka yang mempunyai hubung kait dengan Mahsuri. Makamnya pun dah diperbesarkan. Kini ada muzium diodrama kisah Mahsuri. Kira OK juga walaupun dikenakan RM5 sekali masuk untuk dewasa.Balik semula Kuah, mula window shopping.
Pekan Kuah tempat membeli belah serta Bazar Mara hanya bersebelahan dengan hotel penginapan kami. Ke Langkawi Fair nampak lengang aje. Impian Samudera katanya murah sikit, but since ada orang kata taukehnya ’keyahudian’, so masuk just tengok2 saja tak de nak beli.Borong habis coklat yang menjadi kegemaran kami sekeluarga,kain batik jawa untuk ole2, t-shirt dan jc bola Hazreeq. Cuti sekolah orang ramai betul, terutamanya di Kedai Hj Ismail Group. Tempat shoping yang menjadi kegemaran Shada "bak kata pepatah alang2 celup pekasam biar sampai kepangkal lengan".Borong sampai x muat kereta kikikikikiki.......Hj Ismail Group tempat beli-belah pinggan mangkuk imported jenama terkenal.
Sebelah petang ke Dataran Langkawi. Masih macam itu juga, maklumlah helang batu, nak berubah macam mana. Cuma tempat ruangan gerai jualan berdekatan tu ramai yang berniaga dan nampak macam terurus tidak seperti sebelum ini.Burung helang inilah yang memberikan nama kepada Pulau Langkawi iaitu 'Lang' dari perkataan Helang dan 'Kawi' daripada warnanya yang 'reddish brown'.Shada kira ini antara landmark menarik untuk diabadikan kenangan ketika di Langkawi. Tambahan tiada bayaran dikenakan dan terletak dekat jeti ferri.
4 hb Jun 2010
Hari Rabu sewa kereta Jen 2 baru Auto untuk pusing2 bandar langkawi. Memula nak ke Kereta Kabel, tetapi sebab hujan lebat, lantas melencong ke Underwater World dulu. Di sana yang baru dan kira menariknya ialah peguin dan tayangan filem 3D. Dah besar 3 ekor peguin yang dilahirkan di sana dan dua lagi akan datang. Hidupan lain rasanya sama seperti dulu jugak. kalau dibandingkan dengan Aquaria di KLCC, sana lebih besar dan tersusun. Suatu ketika dulu Underwater World ini dikatakan yang terbesar di Asia tenggara, tapi kini dah 'kalah' kot.
Lepas tu ke kabel car yang merupakan satu tarikan baru. Alamak menggigil lutut, kejang betis semasa kereta kabel mendaki ke atas, di tambah dengan sedikit berayun oleh tiupan angin dan bergegar semasa melalui tiang di pertengahan perjalanan. Seram sejuk semasa sampai dan berada di atas Gunung Mat Cinchang. Tak sabar nak turun balik,orang ramai walaupun baru lepas hujan dan hari semakin senja. Pemandangan memang menarik. Cuma terfikir dengan ketinggian begini, macam mana dia orang buat dulu, berapa ramai agaknya yang terkorban.
Lepas tu pusing sekitar Oriental Village yang terletak di kaki Gunung Mat Cincang. Rasanya ini tempat tarikan baru jugak. Banyak kedai-kedai yang melambangkan pelbagai negara, khususnya restoran. Tak sempat tengok gajah serta bermain dengan arnab hidup sebab dah tutup. Lepas itu balik sambil menikmati pemandangan pantai serta pelabuhan kapal layar. Singgah di Beras Terbakar. Nampak takde perubahan sangat, kecuali rumput di tapak beras terbakar tu dah hampir keseluruhan menutupi permukaannya.
5 hb Jun 2010
8.30 pagi selepas sarapan pack barang dan terus shoping buat kali terakhir dan akhirnya ke jeti untuk hantar kereta sewa dan kembali ke Kuala Perlis. Berbanding dulu, kini kompleks jeti ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ATM, kedai makan dan pelbagai kedai lain untuk 'last-minute' shoping sementara menunggu ferri tiba. Atas kertas katanya perjalanan 45 minit, tapi rupanya hampir 1 jam 15 minit. Dapat naik kereta semula terasa segar dan tak sabar nak kembali ke Putrajaya. Bertolak kekira jam 5.00 petang dan sampai rumah jam 11.30 malam.
No comments :
Post a Comment