بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Hari2 terakhir sebelum pergi bercuti adalah hari yang sangat sibuk bagiku. Bermacam2 persiapan dibuat untuk meninggalkan rumah yang agak lama. Mengemas rumah, menukar itu dan ini dan menyediakan segala macam keperluan. Seperti tak cukup masa rasanya. Alhamdulillah......... akhirnya serba-serbi telah lengkap dan sempurna. Aku sangat berpuas hati semuanya tersedia mengikut apa yang aku inginkan. Seronok sekali walaupun penat tapi berbaloi-baloi bila tengok rumah yang kemas dan rapi tatkala mahu meninggalkan rumah selama seminggu.
12.11.10, Khamis
Akhirnya hari yang ditunggu2 tiba juga. Masa untuk pergi bercuti. Yeeeeeeeeeeeeeeeaaaayyyy..........
Kami sekelurga keluar dari Putrajaya jam 7.30 pagi. Sebelum memulakan perjalanan kami mengisi perut dulu...... yeayeayea !!!!!! "Isi perut sambil isi tangan"penuh dengan bekalan almaklumlah 3org semuanya kuat makan hehehehe. Perjalanan lancar melalui Lebuhraya Karak terus ke Lebuhraya Pantai Timur. Walaupun kenderaan banyak namun perjalanan masih lancar.Dalam perjalanan singgah makan, solat dan berehat seketika disekitar Cerating. Selepas makan perjalanan diteruskan. Pemandangan sekitar ketika menyusuri laluan pantai amat menyenangkan dengan cuaca yang redup dan angin sepoi2 bahasa.
Lebih kurang jam 4.30 kami sampai ke Kuala Terengganu. Di sana telah sedia menanti penyambut tetamu hotel yang kami ingin tinggal sepanjang percutian kami. Bila saja kaki melangkah terpegun seketika dengan keindahan hotel yang memiliki keunikkannya tersendiri.Kami menginap di Primulai beach resort hotel yang terletak di Pekan Kuala Terengganu. Sampai di bilik kami berehat dan membersihkan diri.
Sebelah malamnya, kami pusing2 sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum berhenti di sebuah gerai untuk makan malam. Gerai ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga setiap kali bertandang ke Kuala Terengganu.Sesudah makan, balik dan berehat. Badan pun sudah letih setelah melalui perjalanan yang jauh hari ini.

13.11.10, Jumaat
Bangun pagi seperti biasa berjalan ditepi pantai sambil menghirup udara segar,nyaman sungguh n thanks for my Huny bcoz bawa Shada dan Hazreeq bercuti.Tepat jam pukul 8 pagi kami pergi swimm......seketika.Selepas bersarapan pagi, kami bergerak menuju ke Pasar Payang Kuala Terengganu. Suasana di sekitar bandar Kuala Terengganu sangat sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Di mana2 saja penuh dengan orang.Setelah berpusing2 barulah dapat tempat parking.
Di Pasar Payang, kelihatan begitu ramainya orang dengan bermacam2 gelagat. Ada yang membeli belah, ada yang sekadar memerhati, meninjau2 dan melihat apa yang ada. Banyak yang menarik dan cantik2 terutamanya kain baju. Tapi bila melihatkan harganya boleh dapat beberapa pasang kain.Sebelum balik sempat beli beberapa jenis keropok kering dan cenderahati untuk dibawa pulang. Memang itupun tujuannya ke situ.
Selepas habis bershopping dan membeli sedikit kuih-muih, kami pulang ke hotel dan berehat. Jam 5.30 keluar semula. Kali ini destinasinya ke Mydin dan Giant. Sekali lagi terpaksa menempuh kesesakan. Berpusing mencari tempat parking. Hampir satu jam juga barulah ada parking yang kosong. Kami sekadar jalan2 dan sempat singgah makan di foodcourt yg terkenal dengan mihun sup tulang power,Yummy......memang power....sampai berpeluh2 semasa makan.
14.11.10, Sabtu
Cuaca hari ini sangat menyenangkan sekali. Destinasi hari ini adalah melawat Pulau Wan Man di mana terletaknya Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal. Dengan bayaran masuk sebanyak RM15 seorang, kita dapat melihat 21 buah monumen islam yang unik dan hebat yang dibina semula dalam bentuk replika. Walaupun hanya sekadar replika kita akan melalui satu pengalaman yang menarik dan seolah2 kita pergi ke tempat yang sebenar.Walaupun hari menghampiri senja kami sempat menaiki boat melayari sungai dimana terletaknya tempat membuat kapal yang tersohor di Terengganu dan mempunyai sejarah tersendiri yang dikenali seluruh dunia. Sesudah makan di situ singgah seketika ke Masjid Kristal. Di situ juga kelihatan terlalu ramai orang. Disebabkan sudah letih berjalan maka kami buat keputusan untuk singgah sekadar untuk mengambil gambar dan melihat dari kejauhan.

Sebelum balik ke hotel, kami ke Seberang Takir untuk membeli keropok lekor. Mulanya bercadang untuk beli di Kampung Losong tapi bila melihatkan keadaan terlalu sesak plan bertukar. Namun sesampainya di sana keadaan sama juga. Telah ramai orang yang sedang beratur menunggu giliran. Hampir satu jam juga menunggu untuk keropok dimasak semula setelah habis dibeli orang yang datang lebih awal.
Setelah penat berjalan sehari suntuk,kami berehat dibilik saja dan malam hanya keluar mencari mihun sup di tempat kegemaran kami sekeluarga.Lepas makan terus balik ke hotel dan berehat.,Sudah tak larat untuk keluar lagi.
15.11.10, Ahad
Setelah tiga hari berjalan2, membeli belah, makan2, tibalah masanya untuk balik. Percutian berakhir pada hari ini. Cepatnya masa berlalu. Sedih juga nak meninggalkan Terengganu tapi apakan daya, terpaksa pulang semula ke KL. Percutian telah tamat.
Sesudah bergambar kenangan dan mengucapkan selamat tinggal Terengganu kami bertolak dari Kuala Terengganu jam 10.00 pagi. Perjalanan balik agak lancar dan dirasakan lebih cepat berbanding waktu datang hari itu. Dalam perjalanan singgah sebentar di Losong membeli keropok lekor sebagai buah tangan untuk jiran tetangga..

Sesudah itu perjalanan diteruskan menuju ke Kuantan. Sampai di Kuantan terus menuju ke Parkson untuk berehat, makan dan solat. Lebih kurang jam 4.30 petang kami bergerak balik melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Kami berhenti di R&R Temerloh untuk menikmati ikan patin masak tempoyak.My Huny yang beria-ia sangat nak makan. Sesudah makan kami meneruskan perjalanan lebih kurang jam 6.30 petang. Perjalanan lancar hinggalah sampai ke Bentong apabila kenderaan mula bergerak perlahan. Wah..... nampaknya kami terpaksa melalui keadaan jem yang amat teruk. Kenderaan merangkak2 dan bergerak seperti semut. Walaupun begitu kami tetap meneruskan perjalanan tanpa berhenti di pinggir jalan.Ramai yang berhenti rehat di tepi jalan. Kenderaan yang tersadai juga semakin banyak.
Sampai di Genting Sempah kami berhenti rehat. Di mana saja ada ruang kosong penuh dengan kenderaan dan orang ramai. Seperti ada pesta. Namun ekspresi wajah masing2 semuanya kelihatan tension. Semuanya sudah keletihan. Berbagai ragam dapat dilihat. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Bayangkan betapa lamanya kami terpaksa melalui jalan jem.
Kami berhenti di R&R Temerloh untuk menikmati ikan patin masak tempoyak.My Huny yang beria-ia sangat nak makan. Sesudah makan kami meneruskan perjalanan lebih kurang jam 6.30 petang. Perjalanan lancar hinggalah sampai ke Bentong apabila kenderaan mula bergerak perlahan. Wah..... nampaknya kami terpaksa melalui keadaan jem yang amat teruk. Kenderaan merangkak2 dan bergerak seperti semut. Walaupun begitu kami tetap meneruskan perjalanan tanpa berhenti di pinggir jalan.Ramai yang berhenti rehat di tepi jalan. Kenderaan yang tersadai juga semakin banyak.
Sebaik keluar daripada R&R Genting Sempah, kenderaan mula bergerak lancar walaupun perlahan. Tidak lagi merangkak2 Lega rasanya. Kami sampai ke Putrajaya tepat jam 12 tengah malam. Alhamdulillah.. selamat sampai juga akhirnya.Tamatlah sudah percutian 4hr 3m di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Percutian yang sungguh menyeronokkan dan meninggalkan seribu kenangan manis buat kami sekeluarga.
No comments :
Post a Comment