بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
1. LAKUKAN URUTAN PERINEAL
- Anda digalakkan untuk mula melakukan urutan perineal di antara bahagian dubur dan faraj sekitar minggu ke-34 kehamilan.Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun namun elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum.Langkah ini disyorkan kerana membantu anda mengurangkan risiko koyak ketika meneran.
- Walau bagaimanapun,sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yg merawat anda terlebih dahulu.Selain itu,pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan rutin urutan.
- Suami yang bakal menemani anda di dalam bilik bersalin perlu kuat semangat agar dia dapat memberi semangat dan sokongan kepada anda ketika bertarung kesakitan untuk melahirkan bayi.Walau bagaimanapun,ada juga di kalangan anda yang mahu ibu atau ahli keluarga menemani diri selain daripada suami.Jadi,ada baiknya anda tetapkan siapa yg bakal menemani anda di bilik bersalin nanti.Tidak salah jika anda menetapkan pilihan kedua jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah.
- Proses pelahiran berlangsung dengan lebih pantas apabila anda berada di dalam keadaan selesa.Namun,cetek pengetahuan dan mudah gopoh-gapah menjadikan proses pelahiran memakan masa yg panjang.Tambahan pula,sikap ini dapat menghidar anda daripada perlu menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep.
- Jadi,cubalah bertenang sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.Apabila kontraksi menyerang selang 5 minit sekali,itu petanda anda perlu segera ke hospital pilihan kerana masa untuk melahirkan hampir tiba.
- Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran.Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak.Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan denagn betul.Oleh kerana itulah anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi"turun"dan mempercepatkan proses kelahiran.
- Lazimnya,di minggu-minggu akhir kehamilan,agak sukar untuk tidur.Hal ini mungkin berlaku kerana anda begitu teruja menanti saat berlakunya tanda awal bersalin.Biarpun begitu,anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi.Hal ini penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.
- Kelahiran songsang berlaku kepada kira-kira 3% wanita hamil.Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesarean dilakukan.Wanita yg mudah tertekan,takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat.Bagi mengelak atau membetulkan kedudukan bayi yg songsang,anda boleh mencuba kaedah pernafasan bio-energetic,hypnosis atau teknik bertenang yg betul.
- Bunyinya kedengaran ringkas namun sering tidak dipedulikan.Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran!Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya,anda menjadi kurang tenang.Ingat tentang apa yg telah dipelajari di dalam kelas antenatal dan beri perhatian terhadap cara anda bernafas.
- Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin didalam bilik air sepatutnya disisihkan.Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran.Jika pundi kencing terasa penuh,jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air.Jadi,sebarang kemungkinan yg tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan selesa untuk menempuhi saat bersalin.
- Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitosin masuk ke dalam aliran darah sekali gus mencetuskan kontraksi.Hal ini dapat anda lakukan dgn menggunakan pam payu dara atau mengurut bahagian puting menggunakan tangan.Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis di atas payu dara sama seperti yg anda lakukan untuk merangsang pengaliran susu ibu sewaktu hamil.
- Pengkalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses pelahiran.Untuk itu,hisap amaun kecil jus buah segar yg tinggi kandungan potassium seperti jus oren yg turut kaya dengan asid amino I-glutamine.
No comments :
Post a Comment