بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
TASIK KENYIR
Pengalaman bercuti di Tasik Kenyir amat menggembirakan. Ingin Shada kongsi bersama kawan2 semua bagaimana keindahan alam di negeri Terengganu ini.
Kami sekeluarga mula bertolak dari Putrajaya sekitar jam 12.30 am 17 March 2011 menggunakan kereta Myvi. My noty boy, Hamirul terus melelapkan matanya sebaik sahaja menaiki kereta. Tak tahan ngantuk dah dia.
Tepat jam 5.30 am kami pun berhenti di Masjid Bandar Al Muktafi Billah untuk menunaikan solat Asar. Terasa keletihan yang teramat sangat. Kemudian Shada cuba menghubungi penyelia yang akan arrange penginapan dan transport ke Lake Kenyir Resort '& Spa tapi malangnya tiada jawapan. Kemudian kami berehat sebentar di persimpangan Ajil untuk makan tengah hari.Mak aiii murahnya luch ja dah RM13 untuk 3 org tu pun nasi goreng pattaya wif sirap ais,nasi goreng daging merah wif tea and nasi goreng ayam goreng kunyit wif sirap ais. Hm makanannya pun sedap berbanding kat putrajaya hehehe,yang pasti sesiapa singgah kat sini berbaloi...
Sekitar jam 7.00pm kami pun sampai la di Tasik Kenyir. Mohon pertolongan dari pakcik2 yang ada kat situ untuk call penyelia tersebut. Akhirnya dapat jugala penyelia tu menghubungi kami. Penyelia tu maklumkan yang kami perlu menunggu seketika dekat pondok perhentian sebelum tren pick up.Tepat jam 7.30pm tren sampai dan membawa kami ke hotel,terkejut beruk dibuatnya patutla mahal kat Lake Kenyir Resort '& Spa meme cantik dan penginapan jenis chale rupanya.
Selesai check in kami sempat di bawa pusing2 oleh pemandu tren sebelum hantar kebilik C304 hehehe. Agak menakutkan juga la masa nak naik bilik suasana sunyi sepi dalam hutan bersama dgn anak kecik ni kan tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar.20 minit rehat kami keluar menaiki tren menuju ke tempat makan malam.Lepas makan balik bilik dan solat Insyak semua landing time la zzzzzzzz terutamanya driver (my huny) sampai xsedar dunia.
Jam 6.30am selesai solat Subuh kami berjalan2 ke tempat sarapan.Emmmmm boleh tahan la makanan kat sini.Dok lain dok buke nasi dagang menjadi pilihan kami sekeluarga untuk sarapan pagi.Kami sempat pusing2 sekitar hotel dan Hi Tea sambil membaca sebelum menunggu tren pick up ke jeti.Tepat jam 9.45am kami dibawa ke jeti utk naik Boat pergi jln2 di Taman Herba.
Taman Herba terletak berhampiran dengan Pulau Sah Besar yang mana Rumah Penginapan Persekutuan terletak disini.Kami tidak membuat tempahan Rumah Persekutuan kerana sudah penuh di booking.Nak pergi ke Taman herba ni ada 2 kaedah pertama dengan menaiki kayak dengan kadar harga RM7 untuk double dan RM5 unutk single. Kaedah kedua adalah dengan melalui jambatan di kawasan banglo tersebut. Jadi kami yg menginap di Lake Kenyir terpaksa menaiki boat Rm 40/Per son masa yang diambil lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Taman Herba.Di Taman Herba kitaorg sempat mengambil gambar dan mimum air tongkat ali dan air kacip fatimah ori punya ooooo. Nak tau rasanya? Amat pahit sehingga xtertanggung rasanya.Yang menariknya Hamirul pun sempat habis satu cawan tongkat ali hihihi......
Penggembaraan seterusnya bermula jam 11.00 pagi 18 March 2011.Destinasi pilihan selepas Taman Herba adalah Air Terjun Saok.Tambang Boat tu x payah coz skali bayar utk jln2 di dua2 tempat ni.Kanak2 FOC hehehe harganya berbaloi-baloi......bila dapat lihat keindahan alam sekitar ni.
Sekali pandang memang menggerunkan, tapi melihat panorama air terjun di sini amat menarik. My huny terus salin baju nak mandi tapi baru je nak mandi tetiba lak hujan turun. So kitorg berteduh dulu di pondok berdekatan. Sempat juga la aku menidurkan Hamirul.5 minit kemudian, hujan pun mulai reda dan aku join my huny untuk menyambung mandi manda di air terjun tersebut. Tepat jam 1.30 petang Pemandu Pelancong pun datagmenjmeput kami pulang ke Lake Kenyir. Aktiviti petang adalah memancing, my huny siap cari cacing untuk buat umpan tp malangnya hujan turun dengan lebatnya sehingga jam 4.00 Petang.
Selesai je hujan dengan perut yang berkeroncong sempat lagi makan sebelum bertolak balik untuk ke destinasi seterusnya.Makan punya makan jam menghampiri pukul 4.30 my huny terus check up.Then kami pun berangkat pulang sebab nak singgah holiday kat Bukit tinggi lak. Dalam perjalanan sempat shopping keropok lekor,beratus gak la habis kat pasar Kampung sok tu. Tapi xpe skali skala ja kan.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.