بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
NASI KERABU TUMIS
BAHAN NASI :
5 Pot beras - Cuci n toskan
1 Sudu kecil serbuk kunyit
2 Batang serai - Dititik
6 Helai daun limau purut - Koyak 2
Secubit garam
Air secukupnya.
BAHAN ULAM : HIRIS
5 Tangkai kacang panjang
2 Tangkai bunga kantan
2 Ikat daun kesum
2 Ikat daun selom
Rm1 Tauge kering
SAMBAL IKAN :
Rm 1 Kelapa parut - Goreng kekuningan
4 Ekor Ikan kembung sederhana - Rebus,Isinya tumbuk
2 Sudu makan lada hitam - Tumbuk
1 Inci halia - Tumbuk
4 Biji bawang merah - Tumbuk
2 Keping nise - Tumbuk
Sedikit garam
BAHAN SAMBAL LADA :
1 Cawan cili api
2 Cawan cili merah
5 Biji limau kasturi
1 Cawan cuka
Garam gula secukup rasa
BAHAN TUMIS KISAR :
1/2Kg santan
1 Inci halia
1 Inci lengkuas
20 Biji cili kering
2 Keping nise
5Biji bawang merah
4 Ulas bawang putih
Sedikit gula n belacan
2 Batang serai
Jika suka letak sedikit budu
CARANYA :
1 - Satukan semua bahan nasi dan tanak hingga masak.
2 - Sementara itu kisar semua bahan sambal lada hingga lumat.Ketepikan
3 - Satukan bahan tumis dan masak hingga menjadi sedikit pekat dan pecah minyak,ketepikan
4 - Satukan bahan sambal ikan yg telah ditumbuk dan gaul sebati,ketepikan
5 - Selepas nasi masak,masukkan ulam,sambal ikan,sambal lada dan sambal tumis keatasnya
No comments :
Post a Comment