بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
KEK PISANG KUKUS
BAHAN2 :
2 Cawan tepung self raising
1 Sudu baking powder
1/2 Cawan gula kastor
2 Biji telur
1 1/2 Cawan pisang berangan dilecek/dikisar
2 Sudu teh minyak jagung
1 1/2 Sudu teh susu
Sedikit esen banana
CARANYA :
1 - Panaskan kukusan.Pukul telur dan gula hingga kembang dan warna pucat.
2 - Masukkan minyak jagung,esen,susu dan pisang. Kacau atau putar hingga sebati.
3 - Masukkan tepung dan baking powder. Kacau perlahan-lahan hingga adunan sebati.
4 - Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan butter.
5 - Masukkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak anggaran selama 15 minit.
6 - Setelah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang.Sedia untuk dihidangkan
No comments :
Post a Comment