بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
TART TELUR
BAHAN KULIT :
500Gm tepung gandum
1½ Cawan majerin
1 Sudu besar lemak sayur/shortening/mentega
2 ½ Sudu besar gula
1 Biji telur
BAHAN KASTAD :
1 Cawan susu cair
4 Biji telur
1 Cawan gula kaster
1 Cawan susu UHT
1 Sudu besar tepung kastad
½ Sudu kecil vanilla
Sedikit pewarna kuning
CARANYA :
1 - Kulit : Gaulkan semua bahan kulit pastri kecuali telur sehingga menjadi saperti serbuk roti.Pukul telur dalam mangkuk dan masukkan telur sedikit sedikit sambil gaul rata.
- Padatkan kulit tat di dalam dulang acuan tart yang sudah digriskan lebih kurang 0.5cm. Cucukkan dgn garfu.
- Bakar selama 8 minit pada suhu 180 darjah C.Jika ada gelembung keluarkan n tekannya semasa panas dengan sudu.Kemudian tuangkan adunan kastad telur ke dalam kulit tart.
- Bakar semula 7 minit sehingga kastard mengeras.. Sejukkan dan hidangkan.
2 - Kastad : Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.Tuangkan ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.
No comments :
Post a Comment