بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
KETAM GORENG HERBA
BAHAN PERAP :
1/2 Kilo ketam - potong 2
6 Biji bawang merah - Kisar
3 Batang serai - Kisar
2 Inci halia - Kisar
1 Inci lengkuas - Kisar
2 Tangkai daun kari
1 Sudu teh serbuk jintan putih
3 Sudu teh serbuk kari ikan
2 Sudu teh serbuk kunyit
1 Sudu teh serbuk ketumbar
2 Sudu teh serbuk cili
3 Sudu makan tepung jagung
2 Biji telur
Garam gula secukup rasa
BAHAN SOS :
2 Sudu makan bijan - Sagai
4 Batang cili merah - Kisar
Sos cili secukupnya
Sos tomato secukupnya
3 Biji limau nipis - Jusnya
Garam gula secukup rasa
BAHAN HIASAN :
3 Helai daun kunyit - Hiris
5 Batang daun sup - Hiris
3 Batang daun kari
CARANYA :
1 - Satukan semua bahan perap hingga sebati dan gaul bersama ketam,perap selama 1/2 jam.
2 - Gaulkan semua bahan sos hingga sekata dan mesra.ketepikan
3 - Gaul bahan hiasan sehingga mesra dan ketepikan.
4 - Goreng ketam hingga garing dan bau harum.Tuang sos dan gaul hingga sebati
5 - Sebelum hidang tabur bahan hiasan.
No comments :
Post a Comment