بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MEE GORENG MAMAK
BAHAN2 :
1/2 Kilo udang - Buang kulit
1/2 Cawan Isi ayam
1/2 Cawan isi sotong
2 Bungkus mee kuning
8 Ulas bawang putih - Cincang
2 Sudu besar sos cili
2 Sudu besar minyak masak
4 Cawan tauge
2 Keping tauhu
1 Sudu kecil kicap cair
1 Sudu besar kicap pekat
1 Biji telur
Garam gula secukup rasa
2 Helai daun salad
1 Biji limau kasturi
CARANYA :
1 - Panas minyak,tumis bawang putih kekuningan,masuk udang,sotong,ayam dan goreng hingga masak.
2 - Masukkan sos cili,garam gula biar seketika.Masukkan tauhu dan telur kacau rata.
3 - Masukkan mee,tauge,kicap cair,kicap pekat kacau rata dan sebati hingga mee menjadi lembut
4 - Biar hingga masak dan hias dengan daun salad dan limau kasturi.
No comments :
Post a Comment