بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Asalamualaikum.....
Selamat pagi kawan-kawan.......
Dah sarapan belum....waktu begini dah tentu semua dah selesai sarapan kan??ada yang sarapan dirumah dan ada yang sarapan diluar bersama-sama family.
Pagi ni shada masak nasi goreng ikan masin,menu kali ini ikut selera shada.Walaubagaimanapun suami dan anak tetap menyukainya dan makan bertambah lagi.Bagi shada nasi goreng ikan masin mempunyai sentukan tradisional atau kekampungan.Shada lebih gemar masakan tradisi atau masakan kampung berbanding masakan moden atau barat.
Selain dari nasi goreng ikan masin shada buat juga sedikit kuih iaitu che mek molek dan karipap pusing.Insyaallah entry akan datang shada akan masukkan menu kuih-muih ini.
NASI GORENG IKAN MASIN
BAHAN2 :
2 Mangkuk nasi
1 Keping ikan tenggiri jeruk masin - Tumbuk
6 Ulas bawang putih - Tumbuk
2 Biji bawang merah - Tumbuk
6 Tangkai cili padi - Tumbuk
3 Sudu makan sayur campur
2 Biji telur
Garam gula secukup rasa
CARANYA :
1 - Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan telur,garam gula gaul rata
2 - Masukkan sayur campur biar seketika.Masukkan nasi kacau mesra dan hingga masak.
No comments :
Post a Comment