Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Thursday, May 16, 2013

Ketam masak szechuan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Selamat petang semua....
 
Menu hari ni agak lain dari biasa yang shada masak untuk hidangan makan tengah hari.Kebiasaanya shada jarang hidangkan menu berasaskan ketam kerana kita hendak memakannya agak sukar,tambah-tambah lagi budak kecik hedak memakannya.
 
Ketam sangat popular dengan masakan lemak,kukus dan goreng bersos.Tapi...shada cuba dengan menu masakan cina,menu ni shada ambik dalam majalah rasa keluaran tahun 2011 kalau tak silap shada.
 
Sudah lama ingin mencuba tetapi disebabkan terlupa simpan dimana,tu yang baru buat hari ni....Menu yang simple dan mudah untuk disediakan,tambahan pula...bahan-bahan yang digunakan sudah tersedia ada dekat dapur.Apalagi peluang bagi shada untuk mecuba resepi ini...
 
Harap maaf gambar tidak dapat nak upload lagi...kerana intenet problem
 
 
KETAM MASAK SZECHUAN

BAHAN2 :

3 Ekor ketam
4 Ulas bawang putih - Cincang
1/2 Inci halia - Cincang
1 Sudu makan sos tiram
1 Sudu makan kicap manis
1 Sudu makan sos tomato
1/2 Biji lada benggala hijau - Potong dadu
1/2 Biji lada benggala kuning - Potong dadu
6 Tangkai cili kering - Potong
Sedikit daun ketumbar
Garam gula secukuprasa
Minyak masak secukupnya

CARANYA :

1 - Panas minyak,goreng ketam dgn sedikit garam hingga
 separuh masak.Kemudian Ketepikan
2 - Masukkan bawang putih,halia,cili kering dan kacau hingga wangi.
3 - Masukkan sos tomato,sos tiram,gula dan kicap.Kacau hingga rata,kemudian masukkan lada benggala kacau sebati da sedia dihidangkan.
 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...