Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Tuesday, March 20, 2012

PiSaNg GoReNg RaNgUp

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamalaikum.........
Salam sayang semua,

Hari ni mengigatkan shada pada masa sekolah dulu bagaimana perasaan berdebar2 menunggu keputusan peperiksaan.Dup Dap Dup Dap bagai nok luruh jantung untuk menuggu masa pergi ambik keputusan.Debaran dan penantian pastinya bertambah kerana besok keputusan SPM akan keluar.

Kesempatan ini shada mengucapkan sekalung taniah ! buat semua adik2 yang berjaya dan tidak lupa juga pada warga pendidik dan ibu bapa yang tidak pernah putus memberi semangat,dorongan dan berdoa untuk melihat kejayaan anak2.

Bagi mereka yang kurang benasib baik,Jangan berputus asa dan anggaplah ini sebagai cabaran untuk lebih berjaya dimasa akan datang.Gagal hari ini tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.Usaha dilakukan ketentuan dan rezeki datang dari Yang Maha Kuasa( Allah SWT ).Insyaallah....sekiranya kita berfikiran positif dan percaya pada diri sendiri dan kelebihan kita yang Allah Kurniakan,Insyaallah.......sudah semestinya kejayaan akan sentiasa terbentang luas dihadapan......

Kali ini shada hendak berkongsi resepi pisang goreng,kebiasaannya asyik guna tepung segera emmmmmm maklumlah malas semuanya na cepat dan mudah.Kalau difirkan kembali asyik2 makan benda yang rasanya sama saja......"tak best kan??"Jom lah kita korek2 apa yang kena......


PISANG GORENG RANGUP



BAHAN2 :
Pisang awak/pisang nangka secukupnya
220g Tepung gandum
50g Tepung beras
1 Sudu kecil serbuk kunyit
Secubit garam
1 Biji telur
100g butter cup
Air scukupnya
CARANYA :
  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesin hingga halus dan sebati.
  2. Masukkan dalam bekas dan ikut kepekatan yang mahu,masukkan pisang yang sudah dibelah
  3. Celup satu,dah lekat maknanya adunan dah ok.Panaskan minyak,celup pisang dan goreng kekuningan.


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...