بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Tahun 2011.....
Akhir tahun 2011 diakhiri dengan pergi jalan-jalan di genting higland.Walaupun ini kali ke-3 tapi...keseronokkan pada kali ini ternyata berlainan dari yg sebelumnya.Kali ini pergi bersama-sama dengan adik ana dan yus.
Kami sempat menginap semalaman di Hotel walaupun genting tidak jauh dari Putrajaya.Kebetulan Huny ada sedikit urusan di Genting,so....ambiklah peluang ni untuk jalan-jalan hehehe....Awal pagi lagi sudah bergerak dari hotel menuju ke puncak untuk menjelajah Genting Higland.Cuaca agak mendung mcm nak hujan dan kabus juga agak tebal.Dalam hati dup dap dup dap takut nati tak dapat nak main outdoor game.
Tepat jam pukul 9.30 pagi :
Alhamdulillah.....akhirnya sampai jugak ke Puncak Genting.Emmmmm sungguh sejuk....kami sarapan dulu dekat McD sebelum meneruskan "jalan-jalan" Kata Hazreeq.Bila dah selesai sarapan kami terus ambik tiket untuk outdoor theme park N indoor game.Kerana cuaca sangat sejuk dan kabus yang tebal menyebabkan banyak game tergendala seketika di outdoor theme park. Jadinya tiket yang sudah dibeli agak sedikit kerugian untuk 4 dewasa dan 1 kanak2. Walaupun begitu kami tidak mengsia-siakan apa yang ada n sanggup beratur menunggu giliran.
Setelah berpenat lelah dkt outdoor kami pergi ke indoor.Semua tempat dekat indoor penuh sesak dan terpaksa menunggu sangat lama untuk bermain satu-satu game kerana dekat luar sudah ditutup "hujan lebat".Nak tak nak terpaksalah kami main lagi dan lagi apa yang ada sampai nak termuntah. Game yang Hazreeq paling suka, kereta bumper dan train.
Sedar tak sedar jam hampir pukul 8 mlm dan kami masih tidak turun lagi.Begitu leka dan teruja melihat Hazreeq begitu seronok bermain.Tidak sampai hati untuk mengajaknya pulang.Namun kami mula bertolak turun jam 8.30 takut nati tidak dibenarkan turun bila kabus tebal.Sehari berjalan bersama-sama sungguh bermakna buat kami sekeluarga dan tidak lupa juga Ana & Yus kerana menyerikan lagi hari2 bersama.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ana & Yus kerana sudi berjalan-jalan bersama
No comments :
Post a Comment