بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.......
Salam pertemuan,
Cuaca hari ini agak mendung dan nampak macam nak hujan.Alhamdulillah..........walaupun cuaca tak menentu kita masih lagi boleh melaksanakan tugas harian kita.
Dah sarapan ........ ?? jom intai2 kat dapur apa yg boleh dimasak untuk sarapan.Emmmm paling senang dan ringkas Apam pisang hehehehe.Pertama skali Shada ucapkan ribuan terima kasih paaempunya resepi ni dan shada minta izin untuk share dekat sini he.....Shada jugak ingin mohon maaf diatas perubahan pada resepi ini kerana Shada buat mengikut selera keluarga.
Untuk pengetahuan semua Shada tidak ingat tuan empunya resepi ini kerana.....Shada just google tajuk resepi yg menjadi pilihan,salin dan simpan dulu sementara menunggu masa untuk digunakan hehehe....Biasanya Shada akan buat macam ni bila dah xdok idea atau mahu mencuba sesuatu yg baru.
"HePy CooKiNg"
APAM PISANG COKLAT URAI
BAHAN2 :
10 Biji pisang emas kecil
1 Cawan tepung gandum - Diayak
1 Sudu teh baking powder - Diayak
1/2 Sudu teh soda bikarbonat - Diayak
1/2 Sudu teh esen pisang
Secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 Cawan gula perang
2 Biji telur gred A
1 Sudu besar susu pekat manis
1 Sudu teh ovelate
3 Sudu besar coklat urai
CARANYA :
1 - Panaskan kukusan,balut tudung kukusan dengan kain dan sediakan acuan kecil atau loyang
Sapu acuan dengan sedikit minyak masak
2 - Lenyek pisang hinga halus,letak esen pisang dan soda bikarbonat, ketepikan
3 - Dalam bekas lain, pukul telur, ovelate, gula perang dan minyak.Pukul adunan sehingga pekat dan berkerim
4 - Kemudian masukkan adunan pisang yg di lenyek tadi.Kacau sebati
5 - Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata,masukkan coklat urai, dan gaul sempurna
6 - Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang.Kukus selama 20 - 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang
7 - Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Enak di makan bersama kelapa parut atau di makan begitu sahaja
No comments :
Post a Comment