بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum...
Sala sejahtera buat semua.....
Menu hari ini shada buat simple pencuci mulut iaitu agar-agar pandan bersantan.Pasti kawan-kawan semua ingat zaman kanak-kanak dulu...Kalau diikutkan zaman kanak-kanak dulu Ma shada selalu buat agar-agar pandan bersantan,mungkin sebab rasanya yang lembut,lemak manis dan sejuk bila dimakan membuatkan kami adik beradik sangat gemar dengan agar-agar.
Sekarang shada masih meneruskan tradisi ini,kami sekeluarga sangat menggemari dengan pencuci mulut ini,kalau dapat makan hari-hari pun tak mengapa dan tak pernah jemu untuk menjamahnya.
AGAR-AGAR PANDAN SANTAN
BAHAN2 :
1 Bungkus agar2 tali (15g) - Cuci dan toskan
3cwn Air
3cwn Gula
2biji Telur
2cwn Santan
18helai Daun pandan - Gunting halus
CARANYA :
-
Rebus agar2 denga air tadi bersama gula,maak dengan api sederhana sehingga hancur sebati
-
Blanderkan daun pandan,santan dan telur hingga hancur dan sebati.Tapiskan adunan.
-
Setelah agar2 sudah hancur sebati dgn gula,masukkan adunan pandan.Kacau an biar seketika,kacau lagi tutup api.
-
Tuang dalam acuan,biar sejuk seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
-
Jika suka boleh menggunakan acuan yang pelbagai bentuk.
No comments :
Post a Comment