Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Saturday, March 17, 2012

Apam Pisang Coklat Urai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.......
Salam pertemuan,
 

Cuaca hari ini agak mendung dan nampak macam nak hujan.Alhamdulillah..........walaupun cuaca tak menentu kita masih lagi boleh melaksanakan tugas harian kita.

Dah sarapan ........ ?? jom intai2 kat dapur apa yg boleh dimasak untuk sarapan.Emmmm paling senang dan ringkas Apam pisang hehehehe.Pertama skali Shada ucapkan ribuan terima kasih paaempunya resepi ni dan shada minta izin untuk share dekat sini he.....Shada jugak ingin mohon maaf diatas perubahan pada resepi ini kerana Shada buat mengikut selera keluarga.

Untuk pengetahuan semua Shada tidak ingat tuan empunya resepi ini kerana.....Shada just google tajuk resepi yg menjadi pilihan,salin dan simpan dulu sementara menunggu masa untuk digunakan hehehe....Biasanya Shada akan buat macam ni bila dah xdok idea atau mahu mencuba sesuatu yg baru.



"HePy CooKiNg"

APAM PISANG COKLAT URAI

BAHAN2 :

10 Biji pisang emas kecil
1 Cawan tepung gandum - Diayak
1 Sudu teh baking powder - Diayak
1/2 Sudu teh soda bikarbonat - Diayak
1/2 Sudu teh esen pisang
Secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 Cawan gula perang
2 Biji telur gred A
1 Sudu besar susu pekat manis
1 Sudu teh ovelate
3 Sudu besar coklat urai

CARANYA :
1 - Panaskan kukusan,balut tudung kukusan dengan kain dan sediakan acuan kecil atau loyang
Sapu acuan dengan sedikit minyak masak
2 - Lenyek pisang hinga halus,letak esen pisang dan soda bikarbonat, ketepikan
3 - Dalam bekas lain, pukul telur, ovelate, gula perang dan minyak.Pukul adunan sehingga pekat dan berkerim
4 - Kemudian masukkan adunan pisang yg di lenyek tadi.Kacau sebati
5 - Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata,masukkan coklat urai, dan gaul sempurna
6 - Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang.Kukus selama 20 - 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang
7 - Keluarkan apam dari acuan setelah masak.

Enak di makan bersama kelapa parut atau di makan begitu sahaja

Friday, March 16, 2012

Cheezy rice

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......
Salam sayang semua,


Hari ini adalah hari paling malas dan tidak bersemangat untuk memasak.Lama juga memikirkan apa yang hendak dimasak untuk makan tengah hari nati.Jeng jeng jeng......Penuh dengan tanda soal dalam fikiran ??????

Opssssss maakan yang paling simple dan mudah disediakan,huhuhuhu........nasi kejuuuuuuuu "teriak dalam hati" hehehe almaklumlah dah tua2 ni malu nok menjerit nati riuh sekampong khakhakha....
Semua barang sudah disediakan,intai2 ternampak jam sudah pukul 11 pagi.Alamak kejap lagi nok keluar.apa tunggu lagi...lintang pukang kat dapur dok bersilat dengan periuk belanga.

Tadaaaaa.....akhirnya siap jugak menu untuk tengah hari,nasi keju dengan ayam masak hutan.walaupun simple rasaya cukup membangkitkan selera."kata Hazreeq nati ummie buat lagi macam ni ye.."

"Selamat Mecuba"

CHEEZY RICE
BAHAN2 :
1/2 Kg beras basmathi - Bersihkan, rendam selama 10 minit dan toskan
Air mengikut sukatan beras
10 Biji bawang merah - Mayang
6 Ulas bawang putih - Mayang
150 gm keju cheddar - Parut kasar
2 Sudu makan butter
2 kiub stok ayam
Gram gula secukupnya
Sedikit rempah tumis 4 sekawanCARANYA :1 - Cairkan butter,Tumis rempah 4sekawan dan bawang merah,putih sehingga wangi
2 - Masukkan stock ayam,garam gula,kacau rata dan tuangkan air.Biar hingga air mendidih
3 - Masukkan beras biar hingga masak.Jika suka letak sedikit pwarna kuning/oren.Parutkan keju chedar dan gaul rata.Boleh dimakan bersama rendang/masak merah

PuDiNg GuLa MeRaH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......
Salam pertemuan dan salam sejahtera semua,

Musim cuti sekolah ramai mengambil kesempatan pergi bercuti tapi shada sebaliknya.Almaklumlah Huny sibuk dengan tugasan kerja yang melimpah-limpah.oleh itu masa lapang si kecik diisi dengan menolong ummienya didapur,bila tiba jah waktu petang mula bertanya hari ni nak masak apa ummie ??

Dalam hati dok fikir apa ya yang sesuai utk si kecik lakukan dan sesuatu yg enak dimakan.fikir punya fikir.......dapatlah idea untuk membuat puding gula merah.Reseoi asal Shada ambik dekat internet tapi....bahan yg digunakan byk dan susah untuk shada mengajar si kecik.

Disini Shada mohon maaf pada tuan punya resepi coz Shada sudah ubah suai resepi ni mengikut citarasa Shada dan family.Jom kita masak hehehe......

"SeLaMaT MeNcUbA"

PUDING GULA MERAH

BAHAN2 :

1 Ketul gula melaka - Racik halus
1 Bungkus agar2 serbuk - 15 gm
700 ml santan  - 100 ml santan dicampur dgn telur 
300 ml air
2 Helai daun pandan - disimpul
1 Biji telur
Secubit garam
CARANYA :

1 - Masukkan gule melaka dalam periuk bersama dengan 300 ml air dan panaskan atas api hingga gula larut dan mendidih.Kemudian tapis
2 - Dalam periuk lain, satukan santan, air gula melaka, aga-agar, daun pandan, dan garam
Masak atas api yang sedehana hingga agar-agar melarut
3 - Dalam bekas lain pukul telur bersama sedikit larutan agar2 dan 100 ml santan tadi,pukul hingga rata.
4 - Tuangkan semula adunan telur kedalam adunan agar2 tadi,masak semula hingga mendidih dan telur berketul2.
5 - Sediakan acuan yang sesuai dengan sukatan.Basahkan dengan air dan tuang agar2 tadi kedalam loyang
6 - Biarkan ia sejuk dan keras,simpan dalam peti sejuk seketika dan sedia dihidangkan.

Sunday, March 11, 2012

Nasi udang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

NASI UDANG

BAHAN2 :

250 Gm beras - Tanak
100 Gm udang basah
50 Gm kismis
6 Ulas bawang merah - Kisar
4 Ulas bawang putih - Kisar
1/2 Cm halia - Kisar
2 Tangkai cili hijau
1 Sudu besar sos cili
2 Biji tomato - Potong dadu
Daun sup dan daun bawang
2 Sudu besar minyak sapi

CARANYA :

1 - Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2 - Kemudian masukkan udang, kismis, cili hijau, sos cili, tomato, daun sup dan daun bawang.
3 - Akhir sekali masukkan nasi dan goreng hingga sebati.Setelah siap bolehlah dihidangkan.

Friday, March 2, 2012

Talam roti

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

ASSALAMUALAIKUM,
Selamat petang semua.....

Seperti biasa bila dah masuk waktu petang tibalah masa utk menggodek-godek didapur sebelum suami tercinta pulang dari kerja.Puas jugak memikirkan apa yg hendak dimasak sesuatu yg ringan dan lain dari yg lain.Belek-belek kat dapur"alamak......roti dah nok luput,tak boleh jadi mesti kena habiskan kalau tak.....membazir nati".

Tanpa membuang masa Shada terus menyediakan bahan-bahan untuk membuat talam roti hehehehehe........hati dah x sabar dan sedikit berdebar "takut-takut tak jadi"Almaklumlah dah lama orang tak masuk dapur,n kan pulak nok mencuba sesuatu yang baru.
"SELAMAT MENCUBA"

TALAM ROTI

BAHAN LAPIS BAWAH :

4 keping roti Butterscotch
3 keping roti Choco Raisin
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence



CARANYA :
1 - Panaskan kukusan dan sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
2 - Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.Oleskan juga minyak pada plastik.
3 - Roti dipotong kecil/carik-carik dan ketepikan.Satukan semua bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
4 - Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit/sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
5 - Tuangkan adunan dalam loyang.Tutup loyang dengan aluminium foil/balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih)
6 - Kukus adunan selama 25 minit dan sementara menunggu adunan masak sediakan lapisan tengah


BAHAN LAPISAN TENGAH :
1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan
CARANYA :
1 - Satukan semua bahan dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
2 - Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil,Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
3 - Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair "pekat mcm susu pekat sahaja tutup api "
4 - Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus.Lap jika ada air pada permukaan kuih
5 - Cakar permukaan kuih dengan garpu dan tuangkan adunan lapisan tengah
6 - Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.Sementara menunggu lapisan tengah masak, sediakan lapisan atas pula.
BAHAN LAPISAN ATAS :
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren
CARANYA :
1 - Satukan semua bahan dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
2 - Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil.Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
3 - Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair "pekat mcm susu pekat sahaja.Tutup api
4 - Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus.Lap jika ada air pada permukaan kuih
5 - Cakar permukaan kuih dengan garpu.Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
6 - Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit/sehingga talam masak dengan sempurna
7 - Jika tidak tutup permukaan loyang/tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata
8 - Bila masak, sejukkan hingga benar2 sejuk barulah di keluarkan dari loyang.Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak,untuk mendapatkan potongan talam yang cantik

Thursday, March 1, 2012

TAUFU DONUT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



ASSALAMUALIKUM,
Salam sejatera dan selamat petang semua.......

Alamak ! Nak buat apa ni utk hidangan kat Huny nati,dong deng dong deng dok mikir hahahahaha.Paling senang paling disukai family DONUT !!!!!!! "teriak dam hati".

Tak pernah terfikir untuk buat donut taufu,pertam skali Shada ucapkan ribuan terima kasih pada empunya resepi ni dan harap diizinkan kongsi disini.Shada x ingat ambik kat mana just cari kat internet Hehehehehe.........TQ :)

Pertamakali cuba tak terkata bila ngap skali nak lagi....memang sangat lembut dan rasa x boleh behenti bila dah ngap skali kikikikiki...Resepi ini Shada guna untuk membuat Burger Malaysia.Rasnya memang terbaik !!!!!!

TAUFU DONUT

BAHAN2 :
300 gm tepung gandum
125 gm taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
160 ml susu suam atau air suam
40 gm shortening
4 sudu besar gula
6 gm yis
100 gm tepung roti / tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

Sedikit gula icing utk saluta pada donut

CARANYA :
1 - Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.

Tips : Ambil plastic bersih dan letakkan doh dalam plastic,ramas beberapa minit ( 5-10 mnt ).Keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan tadi.Anda akan dapat doh yg lembut dan elastik.

2 - Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik 2x ganda.Selepas itu tumbuk2 doh bagi mengeluarkan angin.
3 - Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 8minit,kemudian bentukkan seperti donut,lubangkan ditengahnya,biar naik 2x ganda.

4 - Goreng hingga keemasan dgn api sederhana.Angkat dan salutkan dengan gula icing.Sedia dihidangkan.


"SeLaMaT MeNcUbA"

Tuesday, February 28, 2012

Sambal udang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

ASSALAMUALAIKUM,
Salam sayang buat semua.............

 
 

N3 kali ini shada kongsi satu resepi yg dihasilkan daripada udang.Hem hem hem bercakap pasal udang ni meme dok habis2 coz ini salah satu lauk kesukaan Hazreeq dan Abienya.


Cara membuat sambal udang ni berbeza dengan sambal udang yg lain,sangat senang dan cepat untuk disediakan.Sambal udang ni lebih sesuai dimakan bersama dengan pulut kuning tetapi ada juga yg tidak menggemarinya.


SAMBAL UDANG :

BAHAN2 :
1/2 kg udang sederhana
Garam gula secukuprasa
1 Mangkuk cili kering - Kisar
15 Biji bawang merah - Kisar
6 Ulas bawang putih - Kisar
Sedikit belacan (Besar duit 50sen) - Kisar
1/2 Cawan air asam jawa
Minyak secukupnya
Pak aji secukupnya - xbubuh
CARANYA :
1 - Udang dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dgn garam dan goreng sebentar agak2 merah,angkat dan ketepikan
2 - Tumisbahan yg dikisar  hingga garing dan naik bau dan pecah minyak(supaya hilang bau lada).
3 - Masukkan air asam , garam gula dan pak aji secukup rasa.Biarkan merenih...
4 - Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar dan siap utk di hidangkan.. 


"SeLaMaT MeNcUbA"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...