Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Monday, August 19, 2013

Pecan butter scotch kek

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum...
 
Apa khabar semua...??
Shada doakan semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Kali ini shada ingin konsi resepi kek yang sangat sedap dan unik .
Emmm nama lagi unik kan...buatnya pun perlu tahap kesabaran yang tinggi
sebelum shada melarut entah kemana jom kita layan resepi ni...
opppss lupa pulak...resepi ni dari kak ita,terima kasih banyak-banyak dan shada minta izin kongsi disini ya...
 
 
HAZELNUT SPONGE CAKE

BAHAN2 :
 
275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
secubit garam
*Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik
 
CARANYA :

1.Sediakan loyang berukuran 8 inc.Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper dan panaskan oven pada suhu 170C
2. Pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
3. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu.Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati
4. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
5. Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang
6. Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
7. Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.
8. Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan.
 
 KACANG KARAMEL

BAHAN2 :
1 cawan kacang Pecan
1/2 cawan kacang Hazelnut
80 gm gula perang
2 sudu besar madu
 
CARANYA :
1. Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
2.Masukkan gula perang ke dalam periuk.Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana  Jangan sampai gula hangus
3. Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin.Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.Gaul rata dengan segera
4. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper.Biarkan ia sejuk dan mengeras.
Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit. Ketepikan.
 
CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING

BAHAN2 :
340 gm butter
 1 1/2 cawan gula perang
1 cawan  whipping cream / heavy cream / thick cream
580 gm cream cheese ~ dilembutkan
1/2 cawan gula icing ~ di ayak
1 sudu teh esen vanilla 
 

CARANYA :
 Mula-mula kita sediakan butterscotch terlebih dahulu
1. Ambil 1/3 daripada butter dan masukkan ke dalam periuk kecil.Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair
2. Kemudian masukkan gula perang.Masak hingga gula larut
3. Selepas itu masukkan whipping cream / heavy cream / thick cream.Kacau hingga ia licin dan berkilat
4. Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.Bila butterscotch telah sejuk, barulah kita mulakan proses membuat Cream Cheese Butterscotch Frosting.
1.Pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim
Tambahkan butter yang selebihnya tadi ( butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
2. Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi bersama sedikit esen vanilla.
Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.
3. Masukkan Cream Cheese Butterscotch Frosting ke dalam piping bag, ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
4. Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit
Untuk resepi Butterscotch, terpulang samaada nak di gandakan jumlah resepi butterscoth di atas atau buat resepi lain.
5. Sebenarnya kandungannya lebih kurang sama, cuma ada penambahan corn syrup. Jika tak de corn syrup tak payah letak pun tak apa atau boleh letakkan sedikit coklat putih. Tujuannya adalah untuk memekatkan sedikit butterscotch sourse kita tadi.  
 
BUTTERSCOTCH SAUSE

BAHAN2 :
2/3 cawan gula perang
6 sb butter ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
 
CARANYA :

1. Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut. tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat.Sejukkan

Sekarang bolehlah kita mulakan proses melempa kek.
Mula kita letak kek ~ butterscotch source ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~  butterscotch sourse (sapu pada kek ke 2) ~ kek ~ butterscotch sourse ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ Butterscotch sourse ( sapu pada kek ke 3)

Akhir sekali kita salutkan kek kita tadi dengan lebihan Cream Cheese Butterscotch Frosting.
Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.Kemudian bolehlah deco cake mengikut kreativiti masing-masing.
Hiaslah kek dengan kacang karamel yang telah di cincang.Tuangkan juga Butterscotch Sourse
* Jika Butterscotch Sourse agak cair, panaskan semula dan tambahkan sedikit coklat masakan putih untuk memekatkannya.
Tunggu ia benar-benar sejuk baru tuang atas kek.

SELAMAT MENCUBA !


 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...