Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Tuesday, January 4, 2011

Kuetiau hong kong

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
KUETIAU HONG KONG

BAHAN2 :
 
150 Gm kuetiau
3 Ekor udang saiz sederhana - Buang kulit & kepala
1 Cawan sotong - Dipotong
2 Labu bawang besar - Belah 6
1 Biji cili benggala - Potong dadu
1/2 Cawan kacang hitam yang diperap
1 Tangkai cili merah - Potong menyerong
8 Ulas bawang putih - Dicincang
Sedikit tepung jagung
3/4 Cawan air rebusan ayam
Minyak untuk menumis
Garam dan lada sulah secukupnya
 
CARANYA :
 
1 - Panaskan sedikit minyak,masukkan kuetiau. Goreng selama 3 minit dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan.
2 - Masukkan sedikit lagi minyak,tumiskan bawang putih, udang, sotong, bawang besar dan kacang hitam. Goreng selama 2 minit dan masukkan air rebusan ayam, cili benggala, kicap pekat dan cili merah. Kacau hingga rata.
3 - Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah. Masukkan garam dan lada sulah, kacau hingga rata dan tuang ke atas kuetiau. Hidang panas-panas.

Laksa ganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


LAKSA GANU

BAHAN2 : BAHAN KUAH
 
1/2 Paket laksa beras
7 Ekor ikan kembung - Rebus ambil isinya
1 Biji kelapa - Ambil santannya
3 Biji limau nipis - Jusnya
3 Labu bawang besar - Kisar
Sedikit belacan - Kisar
8 Biji cili merah - Kisar
1 Sudu makan lada hitam - Tumbuk
Garam gula secukup rasa
 
BAHAN  ULAM
 
tauge secukupnya - Buang ekor
1 Kuntum bunga kantan - Hiris
2 Urat kacang panjang - Hiris
Cili merah - Mayang
Belacan - Bakar tumbuk halus
 
CARANYA :
 
1 - Celur laksa hingga lembut dan toskan airnya.Kisar isi ikan rebus dengan air rebusan ikan
2 - Masukkan kisaran ikan,bahan kisar,santan,jus limau,lada hitam dan garam gula.
3 - Kacau dan biarkan sebati.Masak hingga mendidih dan bolehla dihidangkan bersama ulam tadi.

 

Mihun asam rebus

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
MIHUN ASAM REBUS

BAHAN2 :

1 Paket mihun - Rendam dan dicelur
2 Ekor ikan kembung - Potong dua
2 Helai daun kunyit - Disiat
3 Batang serai - Dititik
5 Tangkai daun kesum
3 - 4 Keping asam keping
Air secukupnya
Sedikit garam gula dan serbuk perasa
 
BAHAN KISAR :

2 Labu bawang besar
4 Ulas bawang putih
2 Inci kunyit hidup
2 Inci belacan
10 Tangkai cili kering
 
CARANYA :
 
1 - Satukan bahan kisar, daun kunyit, daun kesum, garam, serbuk perasa, asam keping, air dan ikan di dalam periuk.
2 - Jerang bahan tadi di atas dapur hingga kuahnya mendidih. Pastikan juga ikannya masak.
3 - Letakkan mihun yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.Sendukkan isi ikan berserta kuah asam rebus tadi ke atas mihun.
4 - Hidangan ini lebih enak jika dimakan ketika ia masih panas.

Mee goreng mamak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
MEE GORENG MAMAK

BAHAN2 :
 
1/2 Kilo udang - Buang kulit
1/2 Cawan Isi ayam
1/2 Cawan isi sotong
2 Bungkus mee kuning
8 Ulas bawang putih - Cincang
2 Sudu besar sos cili
2 Sudu besar minyak masak
4 Cawan tauge
2 Keping tauhu
1 Sudu kecil kicap cair
1 Sudu besar kicap pekat
1 Biji telur
Garam gula secukup rasa
2 Helai daun salad
1 Biji limau kasturi
 
CARANYA :
 
1 - Panas minyak,tumis bawang putih kekuningan,masuk udang,sotong,ayam dan goreng hingga masak.
2 - Masukkan sos cili,garam gula biar seketika.Masukkan tauhu dan telur kacau rata.
3 - Masukkan mee,tauge,kicap cair,kicap pekat kacau rata dan sebati hingga mee menjadi lembut
4 - Biar hingga masak dan hias dengan daun salad dan limau kasturi.

Rojak betik ganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


ROJAK BETIK GANU

BAHAN A :
1 Biji betik muda - Sagat memanjang
1/2 Biji nanas masak - Hiris nipis
1 Batang timun - Hiris nipis
Suku sudu teh kapur sirih
Air secukupnya
BAHAN B :
6 Ekor ikan kembung
1 Keping nise
1/2 Cawan cuka
10 Tangkai cili kering - Kisar
Sedikit belacan
Garam gula secukup rasa
CARANYA :
1 - Rendam betik yg disagat dlm air kapur sirih selama 10 minit,kemudian basuh sekali lalu dan toskan.
2 - Bakar ikan dan tumbuk isinya.Campurkan semua bahan kuah.
3 - Masak hingga mendidih,bila siap makan bersama betik,nanas,timun dan keropok goreng


Tart telur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

TART TELUR

BAHAN KULIT :
 
500Gm tepung gandum
1½ Cawan majerin
1 Sudu besar lemak sayur/shortening/mentega
2 ½ Sudu besar gula
1 Biji telur
 
BAHAN KASTAD :
 
1 Cawan susu cair
4 Biji telur
1 Cawan gula kaster
1 Cawan susu UHT
1 Sudu besar tepung kastad
½ Sudu kecil vanilla
Sedikit pewarna kuning
 
CARANYA :
 
1 - Kulit : Gaulkan semua bahan kulit pastri kecuali telur sehingga menjadi saperti serbuk roti.Pukul telur dalam mangkuk dan masukkan telur sedikit sedikit sambil gaul rata.
 - Padatkan kulit tat di dalam dulang acuan tart yang sudah digriskan lebih kurang 0.5cm. Cucukkan dgn garfu.
 - Bakar selama 8 minit pada suhu 180 darjah C.Jika ada gelembung keluarkan n tekannya semasa panas dengan sudu.Kemudian tuangkan adunan kastad telur ke dalam kulit tart.
 - Bakar semula 7 minit sehingga kastard mengeras.. Sejukkan dan hidangkan.
2 - Kastad : Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.Tuangkan ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.
















Pulut nise

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


PULUT NISE

BAHAN2 :
1/2 Kg beras pulut - Rendam semalaman
2 Helai daun pandan
3 Keping nise - Masak pekat
1 Biji kelapa parut - Putih saja
Garam secubit rasa
CARANYA :
1 - Kukus beras pulut bersama daun pandan selama 30mnt / separuh masak.
2 - Gaul rata dengan nise dan kukus semula hingga masak
3 - Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.Hidang bersama pulut tadi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...