Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Thursday, June 27, 2013

Anak demam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum....
 
Selamat pagi semua....
pagi ni shada ada mood untuk menulis dan ingin berkongsi sedikit pendapat dan ilmu 
dari pengalaman shada sebagai ibu yang menghadapi kesusahan apabila anak2 demam.
 
Apa yang shada tahu secara umumnya demam bukanlah penyakit.Tubuh berasa panas akibat tindak balas melawan jangkitan dan penyakit lain.Demam biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria,virus dan kulat.
 
Gejala yang biasa ketika demam tidak berselera makan,lesu,berpeluh dan lemah.Oleh itu untuk memastikan anak kembali bertenaga,kita perlulah prihatin tentang pemakanannya.Makanan yang diberi perlulah tinggi kalori,tinggi protein,rendah lemak dan banyak air.Dlam tempoh 2-3 hari anak demam sebagai ibu kita harus pastikan dia mengambil banyak cecair dgn memberinya makan sup,air glukosa dan bijirin bersama susu.Makanan yang lembut dan mudah dihadam serta diserap oleh tubuh seperti pisang,tauhu dan betik.Pengambilan makanan yg kaya dengan protein perlu ditingkatkan seperti susu,telur dan kacang dal.Elak dari memberi anak2 makan makanan yg susah dihadam.Selain dari makanan anak demam juga perlu meningkatkan pengambilan vitamin A,c,b,kalsium,besi dan sodium.
 
Atara makanan yg shada praktikkan ketika anak shada demam seperti memberi anak minum jus buah-buahan,air glukosa,susu,air kelapa dan air barli.paling anak shada gemari jus buah-buahan dan susu,kerana anak shada agak sukar untuk minum air kelapa dan barli.Untuk makanan biasanya shada akan buatkan kastard,telur,kacang dal,jus sayur-sayuran,sup,bijirin,ikan bakar,sayur rebus dan buah-buahan sitrus.Semua makanan diatas amat digemari hazreeq kerana dari kecil dia sememangnya tiada masalah dengan pemakanan.Kebiasaanya kanak-kanak yang sebaya dengannya tidak suka sayur,tapi hazreeq sebaliknya.Makanan yang perlu dielakkan seperti mentega,minyak sapi,minyak sayur-sayuran,makanan bergoreng,makanan berempah,makanan terlalu byk serat dan sup krim.

Infonya :

1 - jangan memaksa anak demam makan jika dia tidak berselera
2 - Pastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya
3 - Pakaian anak dengan pakaian yang nipis
4 - Pastikan pengudaraan bilik anak anda baik
5 - Sekiranya anak masih belum sembuh dalam tempoh dua hingga tiga hari,bawalah anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Shada harap dengan sedikit info yang dikongsi disini sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan dikala anak-anak demam .Alhamdulillah semenjak umur 3tahun hinggalah sekarang anak shada sentisa sihat walafiat,apa yang penting pemakanan anak-anak harus dijaga kebersihan dan kualiti makanan yang dimasak.Insyaallah dengan makanan yg sihat dan bersih,antibodi akan kuat untuk melawan segala virus dan bakteria.
 
 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...