Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Sunday, August 18, 2013

Ganache

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum...
 
Salam ukhwah buat semua....
Kali ini shada ingin kongsi tips atau resepi membuat ganache yang biasa shada guna untuk topping kek,dessert dan sebagainya.
kalau google pelbagai cara dan teknik kita akan jumpa,bagi shada setiap cara itu mempunyai keunikan yang tersendiri.Begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan,lain orang lain cara dan bahan yang digunakan.
 
Shada lebih gemar pada teknik yang senang dan bahan yang digunakan simple tidak terlalu banyak bahan yang digunakan .dan yang paling penting bahan yang hendak digunakan halal,bersih dan mudah didapati.
Disini shada tampilkan dengan 2 cara yang berbeza dan mudah untuk kita praktikkan.
GANACHE CHOCOLATE
 
250 gm milk coklat compound - Hiris halus
250 gm thickened cream/uht whipping cream
 
1. Panaskan susu hingga berbuih-buih kecil ditepi periuk tutup api.
2. Masukkan hirisan cokklat kacau rata hingga ia mencair.
3. Biarkan sejuk seketika sebelum dilepa pada kek
 
GANACHE CHOCOLATE CREAM

250 gm dark chocolate compound ~ hiris halus
250 gm krim tenusu ~  Dairy whipping cream
1 sb sirap glukos / golden sirap  
1 sb butter
1 sk esen vanila

1.Panaskan krim tenusu bersama  sirap glucos hingga berbuih kecil ditepi periuk 
 2.Tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat gaul rata hingga ia mencair.Tambahkan butter dan esen gaul rata
3. Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
4. Kemudian putar adunan hingga kental.Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...