Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Sunday, November 11, 2012

Jom Naik Train !!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......

Harinini tibalah masa untuk pergi ambik suami tercinta di KLIA,walaupun boleh pergi dengan kereta Hazreeq tetap mau naik train huhhu......

Naik train KLIA Ekpress Dari stesyen Putrajaya Central walaupun sekejap tapi seronok dapat memenuhi hajat Hazreeq n tengoklah gelagat dia masa naik train hahaha....jom layan....foto2 kat bawah :-


 
 
 
 
 
 

Thursday, September 6, 2012

Jahitan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum........

Disini Shada ingin berkongsi hobi terbaru dalam seni jahitan.Sebenarnya Shada tidak pernah minat dengan seni jahitan tetapi...Shada ada sedikit kemahiran dalam mengait,sulam manik,jahit skirt dan tudung masa masih sekolah lagi....

Shada masih ingat lagi waktu sekolah kat maahad dulu Shada Pakai tudung labuh dan untuk membelinya agak mahal so....nak tak nak Shada mesti kena buat sendiri,dari situlah Shada mula mereka cipta sendiri tudung Shada hahaha......"Perasan"

Sekang pulak nak menjahit macam tak percaya pun ada n klkar pun ada,Ma Shada suruh blajar dulu xmau ,alasannya xberminat...alih2 skarang ni nak menjahit !!!!Bila Shada britahu pada Ma...dia jawab baguslah hihihi...lega Shada dengar dan memberi semangat untuk meneruskan.

Shada sudah ada sijil Jahitan dan bercadang untuk sambung keperingkat diploma tahun hadapan Insyaallah...jika diizinkan olehNya dan juga suami.Shada sudah mula mengambil tempahan pakaian dan sulaman manik Setelah beberapa bulan mempraktikkannya untuk memahirkan diri dan keykinan untuk mengambil tempahan.

                                                                   Sulaman manik

                                                              Baju dan sulam manik

                                                           Tudung dan sulam manik

Monday, September 3, 2012

Mihun sup

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

MIHUN SUP

BAHAN2 :
 
1/3 Paket mihun - celur toskan
2 Ulas bawang putih - Mayang
2 Ketul tulang ayam dan sedikit garam gula
1 Kiub pati ayam dan sedikit lada sulah
Bebola ikan
Kek ikan,bebola sayur dan fucuk - dicelur,potong serta toskan.
 
CARANYA :
 
1 - Tumis bawang putih hingga naik bau.
2 - Masukkan tulang ayam,4 gelas air, sedikit lada sulah dan kiub pati ayam
3 - Biarkan mendidih baru masukkan garam gula dan bebola ikan biar seketika.
4 - Masukkan mihun dalam mangkuk,tambah kek ikan,bebola sayur dan fucuk yg telah dicelur tadi dan tuang kuah atas mihun.

Monday, July 16, 2012

Sukma 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.......
 
 
Entry kali ini Shada nak kongsi serba sedikit kenangan Shada berada di Kuantan sempena Sukma 2012.Ini kali pertama suami Shada terlibat dengan Sukma semenjak ditukarkan bertugas di Kementerian Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar.Suami bertugas selama 3minggu tetapi Shada dan Hazreeq hanya ikut pergi ke Kuantan di minggu terakhir dan pengakhiran sukan Sukma.
 
Ya ampun.....kali pertama masuk stadium memang best gilerrr,walaupun Shada ni seorang yang pediam dan malu-malu kucing katakan....bila time nak bersorak emmmm keluaq abis suara buruk dah xpeduli orang depan belakang punyalah seronok dapat tengok live gitu..
 
Kelua hotel dari pagi sampai tengah malam baru balik hotel,seronok skali - skala dapat tengok sukan secara live.Teringat pula zaman kecik-kecik dulu Shada slalu travel keluar masuk padang bola ikut abah yang seorang pemain bola sepak.Bila dewasa dah hilang rasa kesoronokkan di padang,tapi...bila dah kahwin n ada anak lelaki ...keseronakkan itu datang balik dan sedikit sebanyak dapat mengimbau kenangan lalu.
 
Di Kuantan tak banyak tempat ditelajahi coz suami sibuk dengan tugasan.Ada kelapangan hanya sekejap dan masa itu Shada mengabil peluang jalan-jalan cari makan.Almaklumlah Shada suka mencuba masakan-masakan yang dicakapkan oleh orang ramai di mana dapat merasakan masakan yang enak dan sedap.
 
Shada sempat pergi makan dekat medan ikan bakar yang terkenal di kuantan iaitu Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur.Emmm sedikit kecewa dihati Shada kerana bagi Shada masakannnya biasa-biasa sahaja.Sos yang digunakan memang menghampakan Shada dan sedikit sebanyak membuatkan Shada sekeluarga tidak berpuas hati makan disitu.
 
Pada keesokkan harinya kami sekeluarga cuba makan ikan bakar di tempat lain dan kedai biasa-biasa saja.Alhamdulillah....walaupun kedainya hanya gerai ditepi jalan tetapi ikan bakar yang dihidangkan bersama sosnya memang sedap dan yang paling best satar meme.....power.Tak cukup makan kat situ siap tupow bawa balik hahaha....Kedainya pulak sangat ramai dan terpaksa ikut giliran hendak duduk,tapi....shada lupa nak snep foto kedai.Jom lah layan foto2 dibawah tadaaa !!

 
 


Wednesday, June 27, 2012

Sagupal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.....
 
Entry kali ini Shaa tampilkan dngan satu resepi dessert yang simple dan sangat2 digemari ramai.Sagupal sejenis dessert yang sangat popular di neger ci siti wan kembang iaitu negeri Kelantan.Kalau datang bertandang ke negeri Kelantan pasti kemana sahaja anda pergi akan jumpa dan lihat sagupal.
 
 Sagupal ini shada buat mengikut citarasa dan kreativiti sendiri untuk kelihatan menarik dan sedap.Sagupal juga merupakan satu dessert yang digemari oleh ibu shada.Waktu shada masih dibangku sekolah rendah sampailah menengah ibu tidk pernah lupa untuk menhidangkan dessert sagupal dikala waktu petang.
 
Shada harap dessert ini mampu menambat hati kawan2 semua
 
 
BAHAN2 :
 
*1 Cawan sagu putih - Bersih dan toskan
*1/2 Cawan gula
*2 Cawan air
*Pewarna hijau / Air daun pandan - Boeh buat warna pilihan
Sirap nise / gula merah - xmau letak pun xpo
Pati santan secukupnya + Secubit garam
 
CARANYA :
 
  1. Kacau bahan-bahan yang bertanda * hingga pekat dan berkilat
  2. Masukkan dalam acuan yg disukai dan sejukkan
  3. Keluarkan dari acuan letak dalam bekas dan tuang santan dan sirap nise,siap utk dihidangkan


Saturday, April 7, 2012

Mee udang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
MEE UDANG

BAHAN2 :
 
1 Paket mee kuning - Celur dan toskan
5 Ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih - Tumbuk
5 Sudu besar cili kering kisar dan 1 Kiub pati ayam
1 Ketul dada ayam - Rebus,simpan air rebusannya
1/2 Kilo udang sederhana dan kulitnya direbus simpan airnya
Bebola ikan dan kek ikan
Tauge secukupnya dan sedikit kangkung dicelur
 
CARANYA :
 
1 - Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2 - Masukkan cili kisar dan biarkan garing.
3 - Masukkan air rebusan kulit udang,air rebusan ayam dan kiub pati ayam utk lebih perasa tambah garam gula
4 - Bila kuah mendidih masukkan bebola ikan,kek ikan dan udang yg dibelah dua.
5 - Biar mendidih seketika dan tutup api.
6 - Masukkan mee dalam mangkuk,bubuh ayam,tauge dan kangkung.Tuang kuah bersama udang.

Friday, April 6, 2012

Maggie Goreng Specials

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......

Minum petang untuk hari ini Shada masak maggie goreng specials......Emmmm mood untuk masak dah merewang entah kemana,lagipun Hazreeq meme gemar makan maggie goreng.Paling mudah dan cepat,tak payah nak susah2 pikir apa yang hendak masak....Hazreeq dah request nak maggie goreng

Apa yang specialnya magie nie dibalut dengan telur ala2 nasi goreng pattaya ......class gitu !!!
magienya mcm biasalah masak campak2 tapi rasa lebih kepada black paper dan dimasak kering.Jom kita cuba resepi dibawah....:)

MAGGIE GORENG SPECIAL

BAHAN2 :

4 Biji telur - Untuk kulit
2 Paket maggie  - Dicelur dan toskan airnya
7 Ekor udang - Buang kulit
5 Biji fish ball - Belah 2
Isi ayam secukupnya
4 Tangkai cili api - Tumbuk
6 Ulas bawang putih - Tumbuk
2 Biji bawang merah - Tumbuk
Kubis secukunya
Sawi secukupnya
Garam gula secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
3 camca sos cili
1 Camca kicap manis

CARANYA :

1 - Panaskan sedikit minyak,masukkan isi ayam dan fish ball hingga kekuningan.
2 - Masukkan bahan tumbuk dan biar hingga wangi dan masukkan sos,kicap,lada hitam,udang dan sayur.
3 - Bilasayur gak layu masukkan maggie,gaul sebati dan rasakan dengan garam gula.bolehlah angkat dan ketepikan.
4 - Pecahkan 2 biji telur,masukkan sedikit lada sulah kacaui sebati dan goreng telur n lenggukkan dalam kuali supay nipis mcm kuih ketayap.Letak maggie dan bungkus.balik biar seketika sebelum diangkat.
5 - Ulangi lankah tadi sehingga habis.stiap bungkus kmesti guna 2 biji telur / sebiji untuk bungkus yang kecil

Selamat mencuba !!!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...