بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.....
Entry kali ini Shaa tampilkan dngan satu resepi dessert yang simple dan sangat2 digemari ramai.Sagupal sejenis dessert yang sangat popular di neger ci siti wan kembang iaitu negeri Kelantan.Kalau datang bertandang ke negeri Kelantan pasti kemana sahaja anda pergi akan jumpa dan lihat sagupal.
Sagupal ini shada buat mengikut citarasa dan kreativiti sendiri untuk kelihatan menarik dan sedap.Sagupal juga merupakan satu dessert yang digemari oleh ibu shada.Waktu shada masih dibangku sekolah rendah sampailah menengah ibu tidk pernah lupa untuk menhidangkan dessert sagupal dikala waktu petang.
Shada harap dessert ini mampu menambat hati kawan2 semua
BAHAN2 :
*1 Cawan sagu putih - Bersih dan toskan
*1/2 Cawan gula
*2 Cawan air
*Pewarna hijau / Air daun pandan - Boeh buat warna pilihan
Sirap nise / gula merah - xmau letak pun xpo
Pati santan secukupnya + Secubit garam
CARANYA :
- Kacau bahan-bahan yang bertanda * hingga pekat dan berkilat
- Masukkan dalam acuan yg disukai dan sejukkan
- Keluarkan dari acuan letak dalam bekas dan tuang santan dan sirap nise,siap utk dihidangkan
No comments :
Post a Comment