بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.......
Entry kali ini Shada nak kongsi serba sedikit kenangan Shada berada di Kuantan sempena Sukma 2012.Ini kali pertama suami Shada terlibat dengan Sukma semenjak ditukarkan bertugas di Kementerian Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar.Suami bertugas selama 3minggu tetapi Shada dan Hazreeq hanya ikut pergi ke Kuantan di minggu terakhir dan pengakhiran sukan Sukma.
Ya ampun.....kali pertama masuk stadium memang best gilerrr,walaupun Shada ni seorang yang pediam dan malu-malu kucing katakan....bila time nak bersorak emmmm keluaq abis suara buruk dah xpeduli orang depan belakang punyalah seronok dapat tengok live gitu..
Kelua hotel dari pagi sampai tengah malam baru balik hotel,seronok skali - skala dapat tengok sukan secara live.Teringat pula zaman kecik-kecik dulu Shada slalu travel keluar masuk padang bola ikut abah yang seorang pemain bola sepak.Bila dewasa dah hilang rasa kesoronokkan di padang,tapi...bila dah kahwin n ada anak lelaki ...keseronakkan itu datang balik dan sedikit sebanyak dapat mengimbau kenangan lalu.
Di Kuantan tak banyak tempat ditelajahi coz suami sibuk dengan tugasan.Ada kelapangan hanya sekejap dan masa itu Shada mengabil peluang jalan-jalan cari makan.Almaklumlah Shada suka mencuba masakan-masakan yang dicakapkan oleh orang ramai di mana dapat merasakan masakan yang enak dan sedap.
Shada sempat pergi makan dekat medan ikan bakar yang terkenal di kuantan iaitu Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur.Emmm sedikit kecewa dihati Shada kerana bagi Shada masakannnya biasa-biasa sahaja.Sos yang digunakan memang menghampakan Shada dan sedikit sebanyak membuatkan Shada sekeluarga tidak berpuas hati makan disitu.
Pada keesokkan harinya kami sekeluarga cuba makan ikan bakar di tempat lain dan kedai biasa-biasa saja.Alhamdulillah....walaupun kedainya hanya gerai ditepi jalan tetapi ikan bakar yang dihidangkan bersama sosnya memang sedap dan yang paling best satar meme.....power.Tak cukup makan kat situ siap tupow bawa balik hahaha....Kedainya pulak sangat ramai dan terpaksa ikut giliran hendak duduk,tapi....shada lupa nak snep foto kedai.Jom lah layan foto2 dibawah tadaaa !!
No comments :
Post a Comment