We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Selamat bercuti pada adik-adik yang sedang cuti sekolah dan tidak lupa juga kepada ibu bapa yang cuti bekerja demi meluangkan masa bersama anak-anak.Emmmm dah tentu ramai mengambil kesempatan untuk pergi bercuti kan ???
Shada masih lagi penuh dengan aktiviti-aktiviti harian walaupun musim cuti sekolah.Tempahan masih ada yang belum disiapkan tapi....mood datang untuk kongsi resepi,hope resepi ni x ada yang kurang hehehehe sambil tulis sambil buat kek.
Jomlah layang resepi...natikan asyik menulis kek entah kemana hikhikhik !!
KEK CAWAN COKLAT MOIST
BAHAN2 :
3 Biji telur
1 Cawan minyak masak
1 Cawan gula halus
1 Cawan gula perang
BAHAN A :
1 Cawan susu coklat
1/2 Cawan air + 2 sudu nescafe
1 Sudu een vanila
BAHAN B : DI AYAK
2 1/2 Cawan tepung gandum
1 Sudu baking powder
1 Sudu soda bikarbonat
1 Cawan serbuk koko
CARANYA :
Panaskan oven 180'c selama 15 minit.Pukul telur hingga kembang,masuk gula halus dan perang
Pukul sebati dan masukkan minyak,pukul sampai rata
Masukkan bahan A berselang seli dengan bahan B,kaup balik hingga sebati.
Bakar pada suhu 180'c selama 20-30 minit mengikut oven masing-masing.
Salam ukhwah semua,kali ini Shada akan kongsi satu resepi terbaru iaitu oren moist cupcakes.Resepi ini Shada olah mengikut citarasa dan selera kami sekeluarga.
Alhamdulillah...bila Shada menggunakan resepi yg sama untuk jualan by kek manis,pelanggan kek manis memberi fedback yg baik dan bagus.Satu lagi koleksi flavours cupcakes Dari kek manis hahaha....
Resepi dan caranya sangat mudah tanpa menggunakan mixer kita dah boleh buat kek yang gebu dan sedap.Resepi ini juga Shada guna utk buat kek oren.Ok lah sebelum Shada duk mengarut x tentu pasal jom kita layan resepi....
OREN MOIST CUPCAKES
BAHAN2:
1 Biji oren sunkist
1 Cawan minyak jagung
1 Cawan gula kastor
2 Biji telur gred A
2 Cawan tepung gandum - Diayak
1 Sudu besar baking powder - Diayak
CARANYA :
Panaskan oven 15 minit .Cuci oren,potong buang kulit,biji dan urat putih tengah.Potong kecil2 dan ambil sedikit kulit diparut.
Masukkan dalam blender bersama minyak,gula,telur dan kisar halus
Tuang bahan kisar dlm mangkuk dan masukkan campuran tepung + baking powder skit2 sambil kacau sebati.
Masukkan dlm cawan cupcakes dan bkr suhu 180'c selama 20-30minit mengikut kepanasan oven masing2
1/2 Paket mihun - Rendam,celur dengan air panas dan tos 1/2 Cawan udang kering - Goreng tanpa minyak dan tumbuk 10 Tangkai cili padi dan 4 batang daun ketumbar - Hiris halus 5 Ulas bawang merah dan 5 helai daun limau purut - Hiris halus 1 Batang bunga kantan - Hiris halus 3 Biji limau kasturi - Belah dua Sedikit pes tomyam dan garam gula 1 Batang timun - Buang isi dan hiris halus.
CARANYA :
1 - Masukkan pes tomyam dalam mangkuk. 2 - Masukkan udang kering,gaul rata dan kemudian masukkan semua bahan hiris. 3 - Akhir sekali masukkan mihun.Tambah sedikit garam gula kerana pes tomyam sudah masin. 4 - Masukkan perahan limau kasturi dan timun hiris gaul rata.
teringin pulak nk makan tomyam sedap dan malas sagat nak masak,sejak 2 menjak ni asyik na makan kat luar jea...."aiyaaaa buang tabiat".Dalam fikiran tak sabar tunggu suami balik kijo,nak ajak pi makan kat luar.
Destinasi yang dipilih sudah pastinya Restoran D'Chengmai kat Sungai Buloh.Aduhaiiii jauhnya tempat nok makan.Apapun tima kasih banyak2 pada suami yang mengikut kerenah Shada walaupun penat bekerja hahahha.....
Apa yang Shada boleh ceritakan pasal restoran ni,sebuah restoran yang sangat cantik,unik dan mampu memikat hati pengunjung seketika dengan pemandangan luar restoran.Bila tiba dalam restoran tempat menjamu selera,bagaikan hotel 5 bintang lengkap dengan hiasan mewah dan eklusif.
Makanan kt sini memang sedap dan terbaik.....paling best siakap sweet sour,ayam pandan,kerabu sotong dan udang tepung.Tak hairanlah ikan siakap sweet sour beharga rm78 seekor,walaupun mahal tetap berbaloi-baloi.Suasana restoran yang bersih dan nyaman menambahkan lagi keselesaan dikala menjamu selera.Sesiapa saja yang datang pasti nak datang dan datang lagi....Jom layan picnya pulak haha....