بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat berpuasa dan selamat malam semua....
Masak apa ya kawan-kawan untuk bebuka nanti,setiap malam selepas trawih mesti duk pikir menu apa yang hendak dimasak untuk bebuka keesokan harinya.Inilah rutin Kak Sue setiap kali Ramadhan.
Kadang-kadang menu yang sama tetapi lauk saja yang ditukar ganti supaya tidak jemu.
Bila time tak dok idea and ada masa mulalah Kak Sue merayap ke blog Kak Ita Masam Manis www.azlitamasammanis.com dan Kak Wan citarasawan.blogspot.com.2 blog ini menjadi inspirasi pada Kak Sue untuk memasak dengan lebih kreatif dan kepelbagaian dalam masakan.Terima kasih pada Kak Ita dan kak Wan yang tidak jemu berkongsi idea dan ilmu yang sangat berguna untuk suri macam Kak Sue.
Menu bebuka untuk besok adalah ikan keli bercili.Kali ini Kak Sue memasak menu kegemaran Kak Sue sendiri.Setiap kali Ramadhan Kak Sue tidak akan ketinggalan untuk memasak ikan keli bercili.Kak sue meme gemar makn ikan keli tetapi yang dari sawah bukan yang dipelihara.bezanya adalah rasa isinya yang sangat manis dan sedilkit pejal berbanding dengan ikan keli pelihara.
Menu yang menjadi pilihan goreng bercili,bakar,salai lemak cili api dan goreng.Kalau dapat makan ikan keli dengan nasi panas meme tak toleh kiri kanan dah....3 pinggan pun tak cukup hehehe...macam mana tak gemuk....betul tak ?Jom salin resepi bagi yang gemar ikan keli.
IKAN KELI BERCILI
BAHAN2 :
3 ekor ikan keli cuci n toskan
20 tangkai cili kering rendam air panas dan di tumbuk...
4 ulas b.putih tumbuk
5 biji b.merah tumbuk
Garam gula secukup rasa
Garam kunyit secukupnya
Minyak utk goreng ikan dan menumis
CARANYA :
1. Lumur garam kunyit pada ikan n goreng hingga garing kekuningan.ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing n pecah minyak
3.masukkan garam gula gaul hingga sebati.tutup api dan masukkan ikan yg tlh digoreng tadi.
4. Gaul sebati dan sedia utk dihidang.
"Selamat mencuba"
No comments :
Post a Comment