Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Tuesday, July 1, 2014

Ayam goreng berempah sempoi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Selamat petang semua.....

Ramadhan kali ini Kak Sue hanya mampu menyediakan menu-menu yang simple dan mudah disediakan kerana tahun ini Kak Sue banyak mengambil tempahan biskut raya.Kak Sue rasa inilah kali pertama dalam sejarah Kak Sue sekeluarga tidak berkunjung ke bazar ramadhan.
Semua menu bebuka Kak Sue sediakan dari kuih-muih,lauk-pauk,minuman,moreh dan sahur.Walaupun agak penat untuk membuatnya,Kak Sue tetap berpuas hati demi keluarga tercinta.

Menu yang Kak Sue kongsikan kali ini ialah menu yang berasaskan ayam.Lauk ayam sememangnya digemari oleh anak-anak terutamanya ayam goreng.Tetapi Kak Sue tidaklah menyediakan ayam goreng setiap hari,Kak Sue hanya sediakan 3 kali dalam seminggu.Pada mulanya anak-anak merungut jugak...tapi lama kelamaan dah menjadi kebiasaan.

Menu ini adalah resepi Kak Sue sendiri.....
Menunya ringkas dan mudah tanpa menggunakan banyak bahan dalam penyediaannya.
Kak Sue harap menu ini dapat memberi sedikit kelainan dalam citarasa anda.


AYAM GORENG REMPAH SEMPOI

BAHAN2 :


 4 ketul ayam bersih n toskan
1 sb s.jintan manis...
1 sb s.jintan putih
1 sk s.kunyit
1 1/2 sb cili giling
1 sb rempah campur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk mengoreng

CARANYA :

 1. Campur semua bahan dan gaul pada ayam sehingga rata.
2. Perap selama 1/2 jam dan sedia utk digoreng.
3. Goreng dgn api sederhana dan hingga kuning kemerahan.

"Selamat mencuba"

 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...