Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Sunday, November 24, 2013

Udang bersos tiram

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 Selamat malam semua....
Sekarang musim cuti sekolah yang panjang,sekejap jah masa berlalu sedar2 tahun depan hazreeq dah naik darjah dua.Nampaknya tahun depan Ks harus bekerja dengan lebih keras lagi untuk memastikan hazreeq berjaya dalam menempuh alam persekolahannya.
 
Pada adik-adik yang sedang bercuti Ks harap dapat meluangkan masa membantu ibu dan ayah dikala ada kelapangan,mesti ringan tulang dan jadi anak yang bertanggungjawab.Sudah semestinya ibu bapa akan menghargai setiap pertolongan yang dihulurkan oleh anak-anak walaupun sekadar mencuci pinggan atau membasuh kereta.
 
Begitu juga dengan Ks cukup senang dan bersyukur apabila melihat hazreeq membatu dikala Ks dan suami buat kerja.Mana tidaknya masa cuti sekolah inilah masa banyak dihabiskan dirumah berbanding waktu persekolahan,masanya banyak dihabiskan di sekolah.
 
Malam ini Ks hendak kongsi menu simple dan sangat mudah disediakan.Menu ini Ks cipta sendiri tanpa merujuk mana-mana resepi samada majalah,intenet atau sebagainya.
  Ks harap menu ini dapat memenuhi citara kawan-kawan semua.
 
 
UDANG BERSOS TIRAM
 
BAHAN :

1/2 kg udang putih - buang kulit...
4 ulas bawang putih ditumbuk
3 tangkai cili api ditumbuk
1 sk serbuk lada hitam
1 labu kecil bawang besar - mayang
6 sb sos tiram
6 helai daun limau purut
1 sk jus limau nipis

CARANYA :
 
1.Tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan 1 sb minyak jagung.masukkan udang gaul mesra.
2. Masukkan sos tiram serta semua bahan lain.gaul ginggal mesra dan udang kemerahan.
3. Jangan biarkan udang masak lama,barulah rasa udang pejal dan sedap.
 
 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...