بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
SALAMM..................
Laman "Ibu Comel"memaparkan coretan mengenai kehamilan. Setiap info yang terdapat didalam laman ini berasaskan pembacaan , pengalaman dan sumber internet.
Shada Dz Group
KHASIAT HERBA KETIKA BERPANTANG
1 - SERAI
Kandungan citral dlm tumbuhan ini mat berkesandlm membantu proses pencernaan,melegakan kekejangan,ketegangan otot,sengal-sengal dan sakit kepala.Antara lain,tonik yg ada juga boleh meransang sistem badan.Malah,turut membantu anda menurunkan suhu badan.
2 - KURMA
Kajian membuktikan buah kurma antara makanan yg paling pantas diproses bagi membekalkan tenaga.Memandangkan selepas bersalin,anda perlu menggabungkan pelbagai jenis makanan utk menggantikan tenaga dan darah yg berkurangan,jadi kurmalah pilihan yg sesuai.Apatah lagi,ia turut kaya dgn unsur zat besi dan kalsium bagi meransang penghasilan susu ibu.
3 - LADA HITAM
Rempah ini memiliki banyak khasiat.Terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat utk memanaskan badan.Antara lain,ia dapat melancarkan aliran darah,mengatasi perut kembang dan mengubati sakit serta pening kepala.
4 - BAWANG PUTIH
Bahan masakan ini mengandungi tinggi karbohidrat,sedikit protien,serat dan lemak.Selain itu,vitamin dan bahan galian yg penting utk kesihatan seperti vitamin C,zat besi dan potassium byk terkandung di dlmnya.Lantaran itu,ia sangat baik utk menyembuhkan luka.Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.
5 - HALIA
Mengandungi atsiri,damar,mineral sineol,vitamin A,B1,C dan protein menjadikannya baik utk mengubati luka luar dan dlm,merawat kegatalan,meransang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan.Lebih daripada itu,rasa dan aroma pedasnya dpt menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.
6 - KUNYIT
Tumbuhan yg diklafikasikan sbagai paling byk bermanfaat dlm dunia perubatan ini mampu membersihkan perut,melepaskan lebihan gas pada usus,menghentikan pendarahan,melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.
7 - LENGKUAS
Lengkuas merah paling lazim digunakan utk tujuan perubatan.Hal ini kerana ia berkhasiat dlm membantu anda membersihkan darah,menghalang gangguan perut dan meransang otot.Oleh kerana itu jugalah,lengkuas sering digunakan sebagai salah satu bahan utk menghasilkan jamu dan ubat bagi menguatkan tenaga.
LEBIH BANYAK SUSU IBU
LANGKAH PERTAMA :
AMALKAN PEMAKANAN TINGGI KHASIAT
Dalam usaha membekalkan susu berkualiti,ambil makanan sihat seperti daging,buah-buahan,sayur-sayuran,bijiran penuh dan produk tenusu.Makanan yang diambil perlulah mengandungi protein,zat besi,kalsium,asid folik dan zink yg tinggi.Makanan ringan seharusnya dihadkan.Juga,jangan lupa minum lebih byk air.
LANGKAH KE-DUA :
TETAPKAN GILIRAN ATAU SERENTAK?
Dalam beberapa hari pertama,anda pasti mahu bayi mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan.Setelah susu matang terhasil,anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.
LANGKAH KE-TIGA :
KENAL PASTI POSISI BERSESUAIAN
Anda boleh mengaplikasikan pelbagai posisi.Anda boleh memegang kedua-dua anak dlm posisi Cradle Hold atau Football Hold atau menggabungkannya antara lain,anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring.Apa pun posisinya,anda tahu mana yg sesuai dan selesa untuk diri sendiri.
LANGKAH KE-EMPAT :
BERTENANG
Susukan bayi dlam keadaan tenang agar anda dan anak-anak kekal selesa spanjang sesi penyusuan berlangsung.
LANGKAH KE-LIMA :
MINTA TOLONG
Mintalah pertolongan daripada suami,ibu,ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan menglih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.
Tidur dan rehat mencukupi penting untuk mengelakkan oksitosin terencat sekaligus mengelakkan pengeluaran susu terbantut.
5 PANDUAN MELANCONG KETIKA HAMIL1) BAWA BUKU LAWATAN ANTENATAL
Ke mana sahaja anda pergi,jangan lupa buku lawatan antenatal.Manalah tahu anda mungkin perlu bersalin ketika sedang bercuti.
2) PERIKSA SYARIKAT PENGANGKUTAN
Ada sesetengah syarikat pengangkutan (kapal terbang,bas atau feri) tidak membenarkan wanita hamil menggunakan perkhidmatan yang disediakan kerana risaukan risiko yang bakal anda alami.
3) BANYAKKAN PERGERAKAN
Jangan duduk untuk tempoh lama.Juga digalakkan memakai stoking sepanjang perjalanan.
4) KAD INSURANS PERJALANAN
Anda digalakkan untuk mendapatkan kad insurans perjalanan yang dapat memberi perlindungan menyeluruh sewaktu anda bercuti.
5) MINUM BANYAK AIR
Ini bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi.TEKNIK PENYUSUAN
Posisi yang betul merupakan aspek penting dalam menjamin kejayaan anda sewaktu menyusukan bayi.Oleh kerana itulah,anda perlu tahu teknik yang betul agar dapat melakukan penyusuan yang berkesan.Satu ketika dulu Shada telah mengikuti kursus penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Putrajaya.Apa yang boleh Shada katakan antara teknik yang dipraktikkan ialah:-
1)SELESAKAN DIRI
Berada dalam posisi duduk sama ada mahu duduk di atas kerusi,lantai,katil dan sebagainya.Apapun pilihan anda,pastikan anda meletakkan bantal di belakang pinggang dan di atas riba untuk mengampu bayi.
2)BETULKAN POSISI BAYI
Bayi dalam keadaan mengiring dan seluruh badannya menghadap ibu.Kepala bayi perlu dekat dengan siku dan tangan ibu menampung punggung bayi.Anda dalam keadaan selesa dan usah bongkokkan diri sewaktu menyusu.Sekiranya perlu,gunakan bantal untuk mengampu badan bayi.
3)MULAKAN PENYUSUAN
3)MULAKAN PENYUSUAN
Pegang payu dara dengan tangan sebelah lagi.Ibu jari perlu memegang bahagian atas aerola dan jari yang lain dibawah payu dara.Kedudukan ibu jari dan jari telunjuk membentuk seperti huruf C
4)GALAK BAYI AGAR MENGHISAP
4)GALAK BAYI AGAR MENGHISAP
Sentuh bibir bayi dengan hujung puting.Apabila bayi memaling muka,secara perlahan sentuh pipinya.Cara begini bayi akan membuka mulutnya dengan luas.Terus masukkan puting ke bahagian tengah mulut.Jangan lupa pastikan puting berada di atas lidah dan peluk bayi dengan rapat kearah tubuh anda.Jika bayi tidak selesa dan menangis,pujuk dan tenteramkan dia sebelum anda mencuba lagi.
5)CARA HISAPAN YANG MEMUASKAN
5)CARA HISAPAN YANG MEMUASKAN
Pastikan mulut bayi benar-benar merangkumi sebahagian besar aerola di dalam mulutnya.Ransangan hisapan bermula bila puting bersentuhan dengan rongga mulut bayi.Kiranya bayi menghisap di hujung puting,sudah pastilah bayi tidak dapat bekalan susu secukupnya.Tubuhnya perlu rapat sehingga hidungnya tersentuh payu dara anda.Elakkan menekan payu dara dari atas bagi memudahkan bayi bernafaskerana puting akan terkeluar sebaliknya angkat sedikit payu dara atau rapatkan tubuh bayi.
Payu dara, perut dan punggung akan membesar seiring dengan pertambahan usiakehamilan.
Factor-faktor seperti saiz pra kehamilan dan pertambahan berat badan memainkan peranan penting terhadap perubahan yang terjadi. Sampai di suatu tahap, ketidakselesaan pasti akan timbul. Jika ini terjadi, anda perlu memberi perhatian khusus kepada pemilihan pakaian peribadi yang sesuai.
TIP MEMILIH COLI
A. Sebelum membeli lebih baik mencubanya terlebih dahulu. Coli yang baik memberi keselesaan kepada si pemakai.
B. Ibu hamil tidak seharusnya memakai coli yang mempunyai dawai dibahagian
bawahnya. Ini kerana ia akan menekan ke dalam tisu-tisu payu dara yang halus dan lembut.
C. Kekuatan coli terletak pada mangkuk (cup), tali dan kacingnya. Saiz tali harus lebar dari coli yang biasa dipakai sebelum hamil dan kacingnya perlu kuat untuk dipadankan dengan saiz dada.
D. Coli fabrik kapas dapat menyerap peluh dan lembapan dengan baik.
A. Berdiri dan ukur keliling bawah payu dara
- Jika ukuran genap tambah 4 inci untuk tentukan saiz coli.
- Jika ukuran ganjil tambah 5 inci.
B. Berdiri dan ukur bahagian payu dara terpenuh. Beza antara ukuran ini dan
Saiz tubuh adalah sama dengan saiz mangkuk.
TIP MEMILIH SELUAR DALAM
A. Beli seluar dalam yang diperbuat daripada fabric kapas sahaja.
B. Ukuran seluar dalam yang baik seharusnya lebih besar sedikit daripada
B. Ukuran seluar dalam yang baik seharusnya lebih besar sedikit daripada
Perut, punggung dan saiz paha.
Shada
DZgroup
KELENGKAPAN MAMA,PAPA DAN BABY
MAMA PAPA BABY
Kad pemeriksaan ibu hamil Kamera / Kamera video Baju,Seluar dan Topi
Kad insurans kesihatan Minyak aromaterapi Stoking dan Sarung tangan
Aksesori rambut Selimut dan Tuala
Tuala muka dan Tuala mandi Barut dan Pampers
Bahan bacaan Johnson's baby oil
Gula-gula berangin Losen dan Syampu bayi
muzik dan Alatan mandian Putik kapas dan Bedak
Coli menyusu
Pad payu dara dan Tuala wanita
Seluar dalam pakai buang
Selipar dan Stoking
Shada DZgroup
No comments :
Post a Comment