Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Tuesday, December 27, 2011

Khutbah Terakhir Rasullullah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

 
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Saturday, October 1, 2011

Jalan-Jalan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua.......,
Hari ni redup dan tenang.perrrrhhhhh malas nok bangun hari sabtu katakan hahahaha terpaksa bangun awal untuk solat subuh heeeeeeeee.walaupun malas tetap melangkah jugak,Emmmmm bila dah bangun si kecik pun bangun mulalah dengan muka seposen "Ummie saya lapar la...."

Seperti biasa,hari sabtu adalah untuk keluar jln2.Tepat jam 1.30 tengahhari kami sekeluarga keluar makan tengahhari di Al-Hassan Restoren Bangi "Yumm yumm yumm"Bila selesai mula menuju kedestinasi iaitu aktiviti mencari kereta hahahahaaha.......OPPsssss sebelum tu singgah solat zuhur kat masjid Bandar Tasik Selatan.

Hyundai showroom bandar tasik selatan cheras,fullamakkkkkkk terpikat bila tengok starex 2.5.bincang punya bincang,tengok punya tengok The Price hummmmmmm dlm mimpi ajelah dapat kreta tu hihihihihi.Keluar singgah skejap dekat Ramly Shope n meneruskan perjalanan ke Shah Alam Showroom Toyota.Alamak !!!!!! kreta yg nak tengok x dok pulak,posing2 keluar dengan hampa hemhemhem

Kami sekeluarga terus pulang kerana belum solat asar dan badan pun rasa penat.Tanpa singgah dimana-mana tepat jam 6 petang kami sudah sampai dirumah.Dengan kata lain minggu ni bawa Hazreeq jalan2 cari kereta.

Safari Walk

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Boleh dikatakan hampir setiap Sabtu kami pergi ke Zoo Negara sebab Hazreeq suka melihat haiwan-haiwan secara live. bertolak pukul 9.30am. sampai sana nak dekat 10.30am. Sepatutnya pegi bertiga, tapi tiba-tiba pulak adik Nuqman n Syafikah mau ikut. so jalan je...Tiket masuk RM20/person.




bukannya nk tgk binatang kat blakang tu...sibuk nk bergambar ...............


















bila tgk pic ni nk tergelak plak bila ingat balik...ye la..walaupun takut tapi masih lagi nak bagi makan dekat si gajah hahahahaha...........nampak cam brani je.....
Pendek kata memang bestla pegi sana. sempatla tengok animals show kul 11am tu. Hazreeq sangatla excited dapat tengok live. dia sampai taknak makan. minum je. berlari2 je dia..bila penat, kasi duduk kt stroller kejap..pastu dh bertenaga balik, meronta2 la nak turun.

Saturday, September 17, 2011

Suasana Hari Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualikum.......
Jom layan foto hari raya.......







Persiapan Lebaran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Monday, August 29, 2011

Friday, August 5, 2011

Bihun goreng tomato

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

BIHUN GORENG TOMATO

BAHAN2 :
 
400Gm bihun kasar - Rendam n toskan
1 Cawan udang kering
6 Batang sosej ayam - Hiris
1 Batang caret - Hiris halus
Sedikit daun bawang - Hiris
4 Biji bawang merah - Tumbuk
3 Ulas bawang putih - Tumbuk
5 Tangkai cilim api - Tumbuk
1/2 Cawan sos tomato
Minyak secukupnya
Garam gula secukuprasa
Sedikit bawang goreng
Sedikit air jika perlu
 
CARANYA :
 
1 - Panas minyak tumis bahan tumbuk,udang kering dan sos tomato hingga naik bau
2 - Masukkan sosej dan caret gaul sebati.Masukkan garam gula dan kacau sebati
3 - Masukkan bihun goreng hingga rata.Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...