Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Sunday, March 17, 2013

Flowers

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
Assalamualaikum.......
 
Badan penat otak pun penat....jadi untuk merehatkan badan dan minda Shada lakukan sedikit ativiti kreatif iaitu membuat bunga dari kertas.Ramai dah yang membuat bunga ni mcm2 fesyen dan jenis boleh kita lihat di intenet dan media cetak.
 
Tentu kawan2 semua dah tahu bunga yang sedang hangat sekarang ini iaitu bunga carnation.
Emmm........... walaupun sudah ketinggalan Shada tetap mahu cuba buat bunga carnation ini untuk membuat hiasan dirumah.
 
Bunga carnation boleh dibuat dengan menggunakan kertas tisu atau kertas crepe.Oleh kerana kertas tisu di sekitar rumah Shada susahnak dapat,Shada menggunakan kertas crepe untuk membuat bunga carnation.Jom kita layan foto2nya...
 




 

Sotong kankung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum.......

Hahaha tak lengkap kalau gi makan kat Laman Perdana tak ambik sotong kankung.kali pertama pekena perhhhhh terus tertarik.Rasa sotong kankung kt sini sungguh sedap dan kena dengan selera shada.
Sebelum ni shada tak terfikirpun sotong boleh dimakan dengan kuah sos ala2 rojak gitu hehehe.....Satu lagi makanan yang baru shada terokai dan alhamdulillah setelah beberapa kali 
makan dan rasa akhirnya....shada cuba olah resepi sotong kankung mengikut cirasa shada sekeluarga.
Shada harap resepi ni dapat memenuhi citarasa kawan-kawan semua,selamat mencuba !!!
 
SOTONG KANKUNG
BHN2 :
 
1 ekor sotong kuning kembang
2 ikat kankung - ( 1 ikat cukup)
1/2 cup kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
BAHAN KUAH:
 
2 sudu besar cili giling
5 sudu besar petis
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar sos plum
1 cup air suam
3 sudu besar gula 
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak bijan
CARANYA : 
  1. Celur kankung,potong dan kunting kedalam pinggan.
  2. Celur sotong dan gunting kedalam pinggan kankung tadi.ketepikan
  3. Satukan bahan kuah dan masukkan dlm periuk,masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  4. Masukkan sedikit kacang tumbuk dan bijan,kacau rata tutup api
  5. Bolehlah masuk kuah dalam bekas sotong tadi dan hiaskan dengan kacang tumbuk.



Tauhu bakar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamulaikum........

Selamat pagi dan salam ukhwah buar semua
Kali ini shada nak share satu resepi baru yg shada baru cuba buat sejak 2 mejak ni .... asyik nk makan tauhu bakar.Hampir setiap petang shada akan berkujung ke laman perdana putrajaya untuk makan tauhu bakar dan sotong kankung.
Sebelum ni shada pernah jugak makan kt tempat lain,tetapi......tidak memenuhi citarasa shada untuk tertarik dengan tauhu bakar.So.....shada anggap xdok yg menarikpun untuk dicuba.itulah kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta"Sekarang shada sudah buat sendiri tauhu bakar dengan resepi dan gaya shada  hehehe jom kita terokai resepi tauhu bakar... selamat mencuba !!!!
 


TAUHU BAKAR

BHN2 :
 
Tauhu kering secukupnya - dibakar kekuningan
1 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk
1 sudu besar bijan
1/2 batang timun - mayang
1/2 biji sengkuang - mayang
BHN KISAR : 
 
12 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
Secubit belacan - bakar dulu
1 cup air asam jawa
1/2 cup gula merah
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil sos cili
1 cup air suam
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar petis
CARANYA :
  1. Tapis bahan kisar kedalam periuk dan Masak  dengan api yg sederhana dan campurkan dengan sedikit kacang tumbuk tadi.
  2. Masak hingga kepekatan yg dikehendaki dan masukkan bijan sebelum diangkat
  3. Masukkan hirisan timun dan sengkuang dlm pinggan,tauhu bakar yg digunting,kuah sos dan tabur kacang diatasnya.Tadaaa dh siap !!

Thursday, March 14, 2013

Cookies

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 

Tart nenas cookies


Kacang cookies


Almond cococrunh cookies



 

Lolychoc

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
 
 
 
 
Lolychoc RM1.50 /Pcs
Tima kasih order !
 

Cheese tart

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 


Size S Cheese tart toping coklat
Tima kasih order :)

 
 

Fruit tart

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum......
 
Selamat pagi dan salam ukhwah,entry kali ini shada ingin mewawarkan pada teman2 semua sekarang ini shada menerima tempahan fruit tart dan pelbagai dessert,kek,cuppies,kuih muih dan lain-lain.
Segala aktiviti bakery shada update dekat FB Kek Manis,insyaallah shada akan sentiasa update jugak kt sini.jika berminat silalah singgah fb Kek Manis atau hubungi di talian 017 6680662
 
Jom order !!
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...