Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Saturday, December 14, 2013

Roti Arab

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Salam hujung minggu buat semua....
 
Waktu begini masih mahu masuk dapur untuk siap sedia menyediakan menu untuk minum petang.Minum petang Kak Sue sekeluarga adalah makan malam,kerana kami makan malam sebelum pukul 7 malam.Jika suami balik kerja lambat,selepas magrib baru kami sekeluarga makan tanpa makan pada waktu petang.Tetapi menu yang simple dan ringan sahaja yang diambil diwaktu makan selepas magrib.
 
Alhamdulillah anak Kak Sue sudah biasa dengan peraturan yang kami buat,maklumlah makin hari makin meningkat usia makin senang untuk dapat penyakit.Apa yang boleh dilakukan jaga pemakanan dan membuat sedikit senaman untuk menyihatkan badan.Menu petang kali ini roti arab / roti puri.kak Sue tidak tahu kenapa roti ini dipanggil roti arab,setahu Kak Sue roti ini adalah roti puri bagi keturunan mamak hehehe...Roti arab ialah rotinya besar dan tebal.Mungkin nama panggilan itu mengikut dialek negeri atau sebagainya,kalau salah Kak Sue mohon maaf ya...
 
Menunya sangat simple dan senang untuk disediakan.Resepi ni Kak Sue minta dari mama jugak,dulu masa kecik-kecik abah yang selalu buat roti arab ni untuk sarapan pagi.Dulu roti arab makan dengan kuah dal dan sambal sardin,kali ini Kak Sue buat sendiri makan dengan kari daging.Jom kita layan resepinya..:)
 
 
ROTI ARAB
 
BAHAN2 :
 
250gm tepung gandum
1 sk yis marzipan
1 sb gula halus
1 sb minyak jagung
1 sb butter
150ml air suam
 
 
CARANYA :
 
1. Masukkan semua bahan kecuali tepung gandum kedalam bekas,Kacau sedikit dan biar hingga yis mengembang.
2. Tuangkan adunan kedalam bekas tepung dan uli hingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.Masukkan doh dlm blastik dan ramas2kan selama 10 minit
3. Keluarkan  uli dan tutup dengan plastic,perap 1 jam.Ambil doh bulat2kan dan biar seketika.
4. Panaskan minyak yg byk dengan api sederhana,ambil satu buku bulat doh tadi gelek nipis 1/2 inci.goring sambil renjis2 permukaan roti dengan minyak sampai gelembong.
5.Bila kekuningan dan boleh angkat.
 

 
KARI DAGING
 
BAHAN2 :
 
1/2 kg daging batang pinang - Potong kecil
4 tangkai cili merah - belah 2
3 biji ubi potato - belah 4
1 labu bawang besar kuning - belah 8
6 tangkai daun kari
rempah 4 sekawan secukupnya
1 ini halia - mayang
garam gula secukup rasa
1 keping nise
8 keping asam gelugur/Air asam jawa secukupnya
Minyak secukupnya
Santan rm4
 
BAHAN KISAR :
 
8 Ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar merah
1 inci halia
5 tangkai cili merah / lada kering
1 cup rempah kari
 
CARANYA :
 
1. Panaskan minyak tumis halia dan rempah 4 sekawan hingga wangi.masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan tutup tudung biar daging mereneh dan empuk,sekali sekala kacau supaya tidak hangit dibawah.
3. Maukkan ubi,santan,asam gelugur,nise dan biar hingga mendidih,sentiasa kacau supaya santan tidak berpati.
4. Bila ubi dah empuk masukkan garam gula,cili,bawang dan daun kari.Gaul mesra dan hingga kuah agak pekat.Sedia dihidangkan.
 
*Resepi kari daging adalah resepi Ks sendiri,kalau ada kekurangan harap dimaafkan.
 
SELAMAT MENCUBA !

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...